figur seorang dai'e

Susunan langkahnya bersahaja. Rambutnya sudah putih tetapi masih kacak bergaya - bak kata omputih 'salt and pepper hair'.

Percayalah dia lebih bergaya dari George Clooney!

Kesungguhannya terpancar di mana sahaja di pergi. Kata-katanya penuh semangat. Kadang-kadang dia bercerita penuh dengan emosi dan tentunya ceritanya sarat dengan pengalaman yang dilalui seberapa dekad dahulu. Dakwah bermula dengan generasinya.
Ketika kami sedang sibuk berdaurah, tidur dan makan di dewan yang hawanya suam-suam kuku, beliau ada datang mengisi. Ketika kami sibuk bersukan dan bermain-main, beliau ada menjenguk. Memikirkan kami ini hanyabudak hingusan yang masih bertatih, baru memulai langkah dalam dakwah ini mendapat sentuhan darinya - it's blessed! Bukan calang-calang orangnya, penuh dengan hikmah dan experience, namun, dia masih hadir di celah-celah program kami yang masih hijua muda. Semangatnya mengalahkan orang muda, plus his wisdom - tahap super saiya level ke-tujuh.

"He's the supersaiya that everyone will meet because he goes anywhere"

Mungkin harinya bermula dengan kuliah Subuh di masjid berhampiran, paginya memberi daurah kepada kanak-kanak ribena, tengaharinya bersama-sama para shuyukh dan as-satizah, petangnya menghadiri diskusi ringkas tapi padat bersama anak-anak muda lepasan luar negara dan Maghribnya pula berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Malah, malamnya pula sempat memberi tazkirah di sekalian 40 orang yang sama-sama membersihkan jiwa dan tengah malamnya qiyam bersama. Dia seperti tiada kenal letihnya. Kehadirannya sentiasa dirasai malah kelibatnya ada di amna-mana. Dirinya lebih popular dari Ahadiyat Akashah di dalam penulisan dan lebih menarik personalitinya dari mana-mana personaliti tv Fetri. Tertanya-tanya diriku pada atmaku, mana datang kekuatan dan semangatnya itu?

Itulah daie 'salt and pepper hair' berjiwa muda. -> yang saya muliakan Ustaz Alias Othman . Figur yang menerujakan!!!


=)

Comments

Popular Posts