Pemenang trofi kegagalan

Ini serius.

Semalam saya pulang dengan keadaan yang sangat letih.Letih mengejar masa untuk UO jam 10mlm waktu tempatan dan 10am waktu US. Saya tiba jam 10.07mlm(melalui jalan Subang Jaya, apa lagi yang harus saya jangkakan). Sedikit kecewa.

Seusai meletak barang dan membuka laptop, hanya seorang menunggu di Skype. Kuchiwa sedikit. Tetapi masih positif. Lantas, beberapa patah kata tertulis dan ada yang menjawab. Panggilan dimulakan dan hanya 4 orang di talian (daripada 14 orang). Kecewa lebih dari tadi.

Positif! Saya meminta Adik Q menelefon yang lain-lain untuk bertanya khabar mereka(saya tak pakai credit, maka nak memanggil amatlah mahal). Ternyata jawapan yang diterima lebih mengecewakan - "Maaf, kami letih kerana mengambil rakan di airport. Pagi ni baru nak tido.." Saya tersenyum dan mengucapkan "GREAT!!!!!!" sekuat hati di dalam hati. Saya tidak tahu mengapa saya kecewa sangat - adakah kerana saya keletihan hari ini berkejar-kejaran dan terlepas peluang berbuka bersama mak abah tercinta.Atau menguruskan iftar dengan kawasan SJ itu yang meletihkan saya. Atau barangkali saya sudah letih - letih dengan semua ini.

Teringat pesanan naqibah utama saya ketika di Warwick dulu - berpesan bahawasanya jalan ini tidak ditaburi bunga dan permadani merah, jalan ini jalan yang panjang dan payah. Tetapi, katanya jalan ini jalan yang pasti. Saya tahu, saya percaya dan saya amat sedar . Buku Hambatan-Hambatan Dakwah karya Muhammad Ahmad Ar-Rasyid itu juga telah khatam dibaca, tetapi semalam saya benar-benar kecewa dan hampir berkata, "Indahnya hidup dalam ignorance. Ignorance is a bliss...."

Seronok hidup dahulu - hanya memikirkan tentang diri. Dan diri sendiri. Dan diri lagi. Aku sudah cukup pandai, aku boleh cari makan sendiri, aku boleh belajar sendiri. Aku tidak perlukan sesiapa untuk menyibuk dalam hidup kerana aku ada segalanya. Itu dulu....

Aku bukanlah orang pilihan, aku bukan juga orang targetan. Tersembamnya aku di jalan ini kerana aku yang sibuk-sibuk menempel diri di majlis-majlis yang eksklusif itu. Aku tiada menerima jemputan, malah aku hanyalah orang tumpangan. Tapi hari ini aku masih di sini. Tiada aku ingin membuktikan bahawa aku tsabat kerana usia tarbiyahku baru setahun jagung.

Mana mungkin aku tidak kecewa melihat orang lain semuanya segar bugar tanamannya. Ya,aku tahu Allah itu tidak melihat result, tetapi orang yang result oriented seperti aku ini sukar melihat sesuatu di sebalik apa yang jelas ternyata di mata kasar.

Melihat anak-anak buah aku - owh, tiada yang ku hantar yang selayaknya menjadi pulau. Mungkin ada seorang yang itupun telah diserahkan pada orang lain untuk me'nurture'kannya. ISK yang aku buat untuk para ahli Warwick - fail miserably - aku menangis sepanjang habis program hingga ke petang. Malu dengan ikhwah yang datang dari Notts - mereka jagoan, presenter yang hebat tetapi kerana sedikit kesilapan aku ini, semunya jadi pelik. Mujur di situ Allah mendatangkan bala tenteranya untuk menenangkan aku...terima kasih Allah. Dan kini aku selayaknya memegang trofi kegagalan itu. Sekurang-kurang ada trofi untuk aku kan...

Dan kini aku berkira-kira...sekiranya aku 'quit' apa yang akan jadi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cuma satu menghalang aku untuk berfikir ke situ ;
"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan -Nya sedikit pun. Dan Allah MahaKuasa atau sesuatu [At-Taubah:39]

Pahala saya tidak banyak dan saya juga sering berbuat dosa, mana mungkin saya terselamat dari nerakaNya. No choice but have to move on - senang atau susah!

Comments

Popular Posts