petikan kata2 mengubat hati


Lantaran itulah seorang mukmin tidak mungkin langsung akan merasa terasing dan dagang ‘ghurbah’. Kerana dia mewakili iman dan al-hakikat, maka dia dapat merasai manusia lain yang sesat itulah sebenarnya yang dagang dan teraba-raba.
Justeru, ketika ada seorang yang tidak faham merasai Abdul Wahab Azam telah hidup sebagai orang ghurbah di tengah-tengah masyarakatnya, dia segera menjawab:
قال لي صاحب: أراك غريبا بين هذا الأنام دون خليل
قلت: كلا، بل الأنام غريب أنا في عالمي وهذي سبيلي
Seorang sahabat berkata kepadaku: aku melihat engkau seperti orang asing
Bersendirian di tengah-tengah manusia tanpa sahabat dan teman
Aku berkata: Tidakkkk……!, bahkan manusia itu yang asing
Aku berada di alamku dan inilah jalanku.
dan inilah jalanku


Kesedaran terhadap hakikat iman ini menyebabkan Dr. Yusuf al-Qardhawi menjawab orang yang membangkangnya, beliau berkata:
Aku hairan melihat mereka yang berkata: Anda berdegil di dalam cita-cita
memelihara idealisme yang tinggi dan pendakian yang sukar
berhentilah di sini, janganlah bersusah payah
engkau hanya menyemai benih di bumi yang kontang
Aku berkata kepadanya: Tunggu ! putus asa bukan sikapku
Akan kutabur benihku di bumi dan buahnya hanya dari Tuhan
Apabila aku telah sampaikan risalah ini dengan bersungguh-sungguh
Kemudian aku tidak dapati yang menyahutnya, apa dosaku?

maka, apakah dosaku?


sumber: muntalaq

itu sahaj buat masa ini.sy fikir kata-kata ini telah menggambarkan banyak perkara yang sy ingin luahkan. maka, silalah faham!

p/s: macam orang baca je my blog<- ini kes tahap perasan paling besar...

astaghfirullah sister!

Comments

Popular Posts