fitna:anda kini disibuk2kan

dua tiga hari lepas sy bersembang-sembang dengan nadiah. sebagai informer saya plus seorang sociologist yang berjaya, dia menceritakan ttg filem fitna keluaran seorang MP Netherlands. saya tak mahu publicizes cerita ni lebih2, coz bad publicizing pun dikira sebagai publicity juga kan. cerita yang memakan masa 17 minit ni dah ditarik balik, namun ada sahaja orang merekod dan menayangkan di youtube. anda berminat? bawa sekali quran di sebelah anda, kerana anda pasti tertanya-tanya betul ke mamat ni cakap ttg ayat Quran tu.

sebab ada seorang atheist yang curious giler nak tahu apa yang betul ke verse2 Quran yang dipaparkan di dalam cerita itu. menarik kan? sesiapa pun akan tertanya-tanya, even orang islam seperti kita yang x menghafal quran ni kan-sure nak tahu betul ke mamat ni. jelas mamat tu ambil separuh-paruh je ayat tu. ada 3 ayat yang saya dah semak-which digunakan out of context(dengan sejelas-jelasnya)

nadiah kata juga filem fitna ni lebih bahaya dari isu cartoon coz ini melibatkan political ideology.since dia tayang pasal 9/11- orang masih mourning dengan hal itu, di mana ia masih menghantui ramai orang. mamat itu sengaja mahu meraih simpati dan kemarahan orang terhadap islam dengan cara yang keji dan kotor. mmg mamat tu nak orang islam shift our ideology-jgn refer to quran lagi. malah, dia nak nyahkan orang2 islam dari bumi Netherlands tu sedangkan ada lebih kurang sejuta orang kat sana.but, kita orang islam ni akan mudah tersentuh dengan isu-isu sebegini-mulalah nak berdemonstrasi. bukan x setuju untuk react cuma if kita melawan dengan ganas, kita hanyalah mengiakan apa yang movie tu cuba buktikan- muslim are violent!

nak sentuh juga tentang peristiwa since isu cartoon hari tu. teringat pesanan syed qutb masa dia risau melihat orang di sudan berdemonstrasi pada hari dia akan digantung. dia mengingatkan umat islam supaya kita jangan terlalu disibukkan dengan hal-hal kecil sebegini sehingga lupa tugas asas untuk membentuk inidividu yang mantap. mungkin saya faham dari konteks berbeza, cuma apa yang sy cuba pertahankan di sini adalah, andai kita sibuk mengajak orang berdemonstrasi, melakukan sesuatu terhadap orang itu, kita mungkin akan terlalu asyik sehingga lupa tarbiyah diri sendiri. lihat diri-terlalu sibuk dengan menghantar msg supaya orang mmeboikot barangan belanda?

hurm, sy x kata boikot tu salah.malah, saya rasa itu adalah satu perkara yang wajar dilakukan dengan syarat tahu mana pokok, mana ranting. orang sering menghantar msg "sila boikot barangan belanda beserta listnya". bila ditanya kenapa, dah ada arahan dari so and so, minta kita boikot. maka, jadilah pemboikotan yang membuta tuli- tiada tahu apa sebab, kita boikot je la. seharusnya peluang ini diambil untuk menerangkan sebabnya- kita ini mahu mmepertahankan islam-kita marah dan ingin melakukan sesuatu utk mengajar orang berkenaan dan seluruh negaranya supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali. seharusnya mesej harus bermula - rakan2, apakah kita membiarkan orang memburuk2kan islam dan kita berdiam diri? lakukan sesuatu!jika anda tidak tahu- kita sebenarnya marah dan ingin menunujukkan marah dengan filem 'fitna' . dan salah satunya, anda semua boleh memboikot barangan untuk memberi tekanan ekonomi. listnya ialah..." list itu adalah perkara cabang- orang akan pandai-pandai cari sendiri untuk mengetahuinya andai dia faham kenapa kena boikot.

satu perkara yang menarik juga adalah ketika interview ABC dengan mamat tu, interviewer tu dengan selambanya cakap mamat tu "... you are racist, man!" love that part so much. sebab mamat tu cakap culture mereka(western culture is superior to islamic culture) [sejak bila islam jadi culture plak ni]. basically mamat tu menafikan, tapi jelas-jelas dia merendahkan orang lain dengan selambanya.

but, sy kagum juga dengan semangat mamat ni. walaupun dia sedar dia akan diancam, tetapi masih mempertahankan untuk release this movie. patut kita takutkan dia dengan lebih lagi-maybe cara ni x berkesan. kita buat boikot-bagi kesan kat seluruh negara dia supaya orang2 kat sana pun naik marah ngan mamat ni dan sedar yang mereka mesti berhati-hati dalam menyentuh sensitiviti orang lain. bagi pengajaran kat negara2 lain juga.jika boikot ni x berjaya, hurm, ada kebarangkalian mamat ni akan kembali dengan cerita lain plak. sy rasa kerajaan belanda mmg kena bg warning keras kat mamat ni coz dengan cara tu saja dia akan dengar. mungkin ke dia lagi takut dengan kehilangan jawatan dan kuasa dari mati? entahlah...

menarik juga kerana tetiba malaysia yang lebih2 dlm hal ini. sebab orang makin sedar or ada agenda lain? mcm cerita syrd qutb tadi, maybe orang2 atas dia malaysia nak kita rakyat malaysia disibuk2kan dengan hal2 lain sehingga lupa hal-hal prioriti yang melibatkan hidup mati kita. begitu juga dengan review2 filem2 picisan yang kurang enak mata menonton yang memberi bad publicity tetapi masih publicity kan? sure orang rasa nak tahu or tengok bila baca review2 yang mengkondem teruk2 cerita yang memang semua orang tau teruk pun. cukuplah kita mengatakan- filem so and so teruk-tidak perlu pendetailan. review2 picisan di akhbar2 arus perdana sudah banyak menceritakan bagaimana jalan ceritanya, x usahlah kita menambah2kan perasa dalam masakan yang sudah pasti kurang enak dan beracun itu.maka tanya diri: anda sibuk???

ini dari pandangan saya yang kurang ilmu plus pandangan nadiah as sociologist. kalau nak lebih insight sila baca blog2 ustaz seperti ustaz halim, ustaz zaharuddin dan saifulislam. timbang2kan sendiri.

Comments

Popular Posts