Bukan Safee Sali, hanya Khairul Fahmi Che Mat


Safee Sali yang gagah perkasa atau Khairul Fahmi yang cool bergaya?

Sudah lama mahu menulis sesuatu yg berkaitan ini. Bukan bersempena adik-adik mendapat keputusan SPM hari ini, bukan juga kerana sesuatu yang bakal berlaku petang ini. Namun, segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita boleh dikaitkan dengan tema ini.

Buat adik-adik yang mendapat keputusan SPM hari ini, ada yang gembira, ada yang tak terduga, sama ada senyuman atau wajah cemberot meratapi keputusan yang di depan mata. Saya? Ketika mendapat keputusan itu, ramai antara rakan-rakan yang mengunjungi sekolah kerana pastinya dengan keputusan sekolah yang agak baik, menjadi perhatian para permberita dan jurugambar. Tambahan pula di Kuala Lumpur, sememangnya wajah kami menjadi muka hadapan akhbar. Tetapi tidak, tahun itu, saya rasa, hanya di tengah-tengah, bukan muka depan.

Selalunya kita akan diganjari atas kejayaan kita yang diukur dengan kuantiti. Jarang benar kita ini diukur dengan kualiti. Kerana manusia sukar mengukur manusia dari sudut kualitinya - mudah enggak menuturkan seseorang itu pandai, lebih sukar lagi dengan sifat baik, bertambah-tambah sukar lagi dengan frasa berkebolehan. Maka, dalam sistem pendidikan, kita mula mencari formula untuk mengukur kepandaian. Dalam kes sekolah agama, mula mencari cara untuk mengukur 'baik'. Ingat tak masa zaman sekolah rendah dan menengah, di akhir tahun, ada laporan yang akan ditulis oleh guru tentang perangai kita sepanjang tahun? Apa yang anda dapat? Baik? Sederhana? Cemerlang? Terfikirkah dari mana penilaian itu diukur dan diterjemahkan dalam kehidupan kita.

Berbalik kepada sistem pendidikan kita, banyak sekali cara untuk mengukur kepandaian kita. Pelbagai ujian dijalankan, pelbagai peperiksaan diadakan supaya ada satu pembaris untuk mengukur. Sedang sistem itu berjalan sekian lama, orang mula bercakap-cakap yang kononnya sistem itu menyebabkan murid-murid menjadi exam-oriented, spoon fed dan tidak menghasilkan quality yang kita impikan. Ramai yang mendesak agar sistem itu berubah. Maka, dengan itu, keadaan yang terdesak itu menjadikan sistem exam di 'abolish' sama sekali, diganti dengan penilaian guru selepas sesuatu pembelajaran dan pengajaran.

Kasihan, desakan itu disusuri dengan kajian, namun kajian itu tidak menatijahkan satu keputusan yang baik. Kita sukar menerima satu sebab ringkas yang menunjukkan kelemahan yang ada, kerana sebab simple itu terlalu simple. Mutu pendidikan merudum bukan kerana kita ini mengamalkan sistem yang exam-oriented, mungkin la ada sedikit sumbangan di situ, tetapi asalnya kepada sistem itu sendiri yang semakinrendah mutunya. Hanya dua perkara yaitu - syllabus dan guru - aset penting kepada pendidikan. Murid, dimana pun tersedia, sekalipun mereka enggan menjadi murid, kita boleh membuat satu rang undang-undang agar mereka menjadi murid. Atau kita iklankan betapa bestnya belajar dan menjadi murid itu. Namun, dua lagi perkara yakni guru dan syllabus itu bukan perkara mudah. Guru tidak lahir secara nature, but it need to be nurture. Ramai guru yang memilih profesion guru bukan atas dasar pilihan pertama, namun kerana 'dah xde pilihan dah, kalau ambil jurusan mengarut-ngarut, susah pulak nak dapat kerja'. maka, kerana sebab ianya pilihan 'dah xde pilihan dah', hasilnya sukar menjadi sebaliknya.

Siapa kata untuk menjadi guru itu mudah? Hati mesti bersih, jiwa harus besar, otak mesti ligat dan kemampuan melebihi cakarewala.Guru yang amat saya kagumi sewaktu kecil adalah seorang guru Matematik dan Bahasa Melayu. Saya takut tetapi amat kagum kerana dia juga mengajar Kemahiran Hidup. Sewaktu kecil, saya memang enjoy untuk ke sekolah(bukan sekolah agama-yang ini kerap saya ponteng), kerana kehadiran guru-guru yang hebat ini. Membuat karangan memang memakan masa berjam-jam bukan hanya kerana isi karangan tersebut, tetapi tulisan pun saya kena jaga sebab cikgu pernah puji kawan saya tulisan cantik, maka saya pun nak tulisan cantik juga. Guru yang bernama Cikgu Amlie ini orang Kelantan rasanya, tapi tidak berbunyi Kelantan pun. Dia sangat pandai art dan juga sukan. Malahan, reason saya sangat sukakan dia, adalah kepercayaan dan surprise yang dia buat masa saya dapat result UPSR. Ok, kita lupakan surprise itu, cuma nak tekankan, dia amat memahami keperluan kami dan amat sangat menghormati siapa diri kami ini. Begitu juga guru Sains saya, sangat rapat dengan kami dan memberikan satu nasihat yang amat benar...

Peristiwa ini terjadi ketika sesi lawatan alumni ke rumah Cikgu Shuaib

Ketika ditanya tentang apakah yang sedang dilakukan oleh semua orang, ramai antara kami yang menjawab, "sedang belajar perubatan, engineering, perakaunan etc..." sehinggalah cikgu bertanya, "Yang ni je ke yang ada, apa cerita yang lain-lain." Kami terkesima di situ. Rata-rata yang ada adalah yang punya prestasi baik dan cemerlang. Cikgu menambah lagi, "Cikgu tak kisah tentang apa yang kamu lakukan. Yang peting lakukan dengan ikhlas dan baik. Kalaulah Allah tak kurniakan orang seperti mereka di kelas bawah, siapa yang nak buat kerja-kerja kotor macam angkut sampah semua. Kalau xde kerja macam tu, macam mana nak bersih. Mereka itu, kalau buat kerja dengan baik, tak malas, lebih cikgu sukai dari kerja besar tapi x buat dengan baik."

Itulah nasihat yang bisa mencucurkan air mata kami. Saya yakin apa yang Cikgu Shuaib katakan itu hasil daro pemerhatian dia selama mendidik kami. Dia bukan mengajarkan sains tetapi dia mengajarkan kehidupan. Cikgu mana sekarang ini sanggup menatap anak murid lagi di waktu malam untuk memberikan tuisyen percuma. Siapa guru yang sanggup menghabiskan cuti weekends nya menemani kami menjalani latihan sukan mewakili sekolah? Mereka setia melakukan itu semua, menghantar setiap seorang dari kami ke rumah masing-masing dan dalam kereta itulah pelbagai nasihat dicurahkan.

Pesan guru saya ketika saya sibuk dengan latihan bola jaring, latihan lontar peluru dan sebagainya... ketika menghantar pulang, "Siti, lepas ni berhenti ya. Tumpukan pada UPSR. Memang ko kurikulum kena bagus, tapi orang akan tengok result dulu, bagus atau tak. Ko ku ni pelengkap je." Saya berjanji selepas mewakili zon untuk bola jaring, saya gantung kasut,sekalipun ditawarkan ke peringkat negeri, tetapi ditakdirkan Allah saya patah kaki dan bercuti dua minggu. Namun, saya pendekkan cuti untuk datang sekolah kerana UPSR semakin hampir. Bukan saya mahu tekankan soal pengorbanan mereka, tetapi perhatian dan kesungguhan mereka mengenali setiap kami dan mendidik kami dengan jujur sekali. Langkah mereka sempoi, tenang dan tidak marah-marah.

Maka, apa kaitan dengan Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat? Siapa rasa mereka ini sama? Tidak! Seorang mencapai populariti kerana gol yang disumbangkan dan seorang lagi dihargai kerana menyelamat gol pihak lawan. Namun, hakikat yang selalu kita nampak hanyalah kiraan gol yang berjaya disumbangkan. Benar bukan? Jarang sekali kita dihargai ketika mana sesuatu buruk terjadi dan kita menyelamatkannya. Namun, guru-guru yang baik ini menghargai dan mengenali potensi keduanya. Guru-guru saya dahulu begitu bijak memposisikan kami dalam posisi yang baik, dan setiap kebaikan yang kami buat akan dihargai. Teringat saya ketika majlis akhir tahun 6, seorang pelajar mendapat hamper yang paling besar. Ia, untuk dia seorang. Cuba teka apakah jasa seorang murid itu sehingga dihargai sedemikian rupa? Bukan kerana UPSRnya yang cemerlang, kerana dia di kelas last, bukan kerana sukan dia bagus, kerana dia gemuk, sukar untuk berlari atau terlibat dalam apa pun sukan, bukan kerana kekemasan pakaian kerana dia bukanlah berpenampilan menarik, tetapi semua orang memberikan tepukan paling gemuruh kerana terlalu gembira dan suka apabila anugerah itu diberikan padanya. Anugerah Khas Guru - kerana dia tidak pernah culas membantu guru, datang ke sekolah setiap harinya walaupun entah apa yang dia pelajari hari itu, dan ternyata, walaupun di kelas terakhir, figurnya lebih cikgu senangi dari kami di kelas pertama. Dia yakin dengan dirinya, tersenyum sentiasa, sangat suka menolong dan begitu akrab dengan rakan-rakannya. Walaupun namanya saya tidak ingat sekarang kerana sifat lupa saya yang menjadi-jadi dan sememangnya saya todak pernah memanggil namanya sebelum anugerah itu- namun anugerah itu dan juga tepukan itu tidak dapat saya lupakan. Dia tersenyum-senyum mengambil hadiah hamper besar dari cikgu.

Murid ini bukanlah diukur dan dipembariskan mengikut peperiksaan semata-mata, tetapi pengalaman di sekolah, pergaulan dengan guru, kejayaan-kejayaan kecil yang diiktiraf menjadikan mereka manusia. Benarlah seperti kata Cikgu Shuaib, pencacai sampah itu lebih aku sukai dari eksekutif malas di ofis ber'air-cond'. Buat mereka yang mencaci cerca pendidikan sebelum ini, saya ingin katakan satu sahaja, jika kita membina 'asal' atau punca kepada pendidikan itu dengan baik, maka baiklah hasilnya. teknologi itu kosong tanpa manusia. Jagalah manusia itu agar ia juga malahirkan manusia bukan robot. Apatah lagi jangan sampai melahirkan robot yang berevolusi - semakin jahat!



Comments

Popular Posts