Memulai cinta semula v2.0

Di sana, ia bermula.. Dan cinta itu bercambah. Setiap hari rasa tidak sabar untuk bangun dan memulai kerja. Rasa mahu menghidupkan gaya hidup batman dengan penuh cemerlang. Menziarahi akhawat jauh dan dekat jika tiada pertemuan mingguan. Ingin menyebarkan cinta ke segenap pelusuk alam. Terasa amat mahu seluruh dunia merasainya juga.

Itulah hamasah, itulah rasa setiap kalinya pulang dari daurah. Ketika uqy masih di sana. Daurah bagaikan pesta ibadah, pesta penuh kecintaan, berkongsi rasa, cereal, aiskrim dan tangis jua ketawa. Tidur sebantal, walaupun hanya berbantal lengan. Rapat-rapat agar haba tersimpan baik menghangatkan dingin mala tanpa heater. Suasana Masjid itu memang sejuk, tetapi amat hangat dengan rasa ukhuwwah dan hamasah orang muda. Cinta itu hadir semula dan saya dapat rasakan setiap inci tubuh mengalir dengan hamasah itu.

Saya ziarahi ukhti yang telah lama tidak saya tanyakan khabarnya. Begitu sakit dirinya, fizikal dan emosinya. Masih bertahan walaupun perit. Bercerita dengan ex anak-anak yang sudah lama khabar diri dan tarbiah saya abaikan. Dan baru-baru ini, saya tersedar, memang sudah lama saya tidak berinteraksi langsung dengan perkembangan katibah mereka. Saya hilang dalam ramai.

"Kak, kami ada lebih kurang 50 orang..."

Itu khabar selepas enam bulan saya tidak menemui mereka.

Sudah ramai dah bersalin, mengandung mahupun berwalimah.

Saya benar-benar hilang setengah tahun yang lepas.

Boleh saya katakan, trauma perjalanan sehari lebih sejam tu benar-benar mengubah struktur kehidupan saya.

Kini, bila cinta itu kembali, saya mula mengorak langkah dengan yakin dan bergaya sekali, tidak tanduk dan kehidupan lampau saya dipersoal.

"Enti ni murabbi.... Tidak sepatutnya enti begini..."

"Kenapa perlu buat begini? Apa tugas utama dan apa yang paling muntij.."

Benarlah, hamasah tidak akan kekal lama. Tetapi, himmah aliyah itu membawa kita dari kedudukan hina kepada mulia.

Saya akur dan saya terima apa sahaja desakan mahupun nasihat. Namun, sehari dua ini hati saya selalu sebak, menangis bila disentuh walaupun dengan perkara mudah.

Dan saya dapat rasakan, cinta itu telah mula menuntut pengorbanan. Dan selalunya ia beriringan dengan air mata.

Cinta, apabila telah dimulai, sukar untuk padam.walaupun selautan air mata...

Comments

Popular Posts