Pekanbaru...for love!

Pekanbaru....

Air Tiris....

Kampung Sawah...

Rings any bells?

Itu kampung mak. Itu saudara mak. Itu kisah mak dan keluarganya.

Kerna saya meletakkan kedudukan mereka di situ, jauh dari sudut hati saya. Walaupun, ketika setibanya saya di sana, mereka lantas mengambil tangan saya, menugucup dan memanggil saya makcik.

Makcik?

Ketika anda berusia 26 tahun, menerima panggilan  'makcik' dari seorang anak muda berusia 22 tahun begitu aneh. Seolahnya, satu kesilapan di situ. Terasa nak gelak pun ada. Namun, saya memang makcik mereka.

Hubungan kami rapat, bukan saudara emak lagi. Mereka menajdi sebahagian dari saya.

Mungkin mandi air perigi yang berbau lumpur itu agak mengejutkan bagi saya, makan nasi di waktu pagi itu asing bagi saya, bahasa yang hampir langsung tidak dapat saya fahami itu amat memeningkan kepala saya, malu bukan kepalang kerana terpaksa naik motor yang dibawa anak sedara... Dan banyak lagi mungkin-mungkin yang aneh dalam rutin seharian saya berlaku di sana, aesungguhnya itu kenangan tanpa duga yang sangat berharga.

Sayang rasa sayang itu muncul di hari-hari terakhir. Baru nak kenal, sudah kena balik.

dan sekarang baru saya faham tentang rindu. Walau di mulut kata,'Takkan kujejaki lagi tempat itu..' Tetapi hati berkobaran mahu ketemu mereka lagi...santi,pendi,liza,ikhsan,pandri ilahi,rizki aldi,septia dan tikah. :)

Comments

Popular Posts