Kesalahan mengeja itu perkara biasa

Dalam hidup kita, mana ada orang yang tidak pernah buat salah. Salah dan silap itu sebahagian cara untuk kita belajar tentang hidup mahupun sebahagian besarnya belajar menikmati hidup. Baby yang tidak mencuba untuk bangun dan jatuh berkali-kali tidak akan dapat menikmati indahnya apabila boleh berlari-lari kencang tanpa masalah. Seorang pereka fesyen tidak mungkin temui rekaan terbaru dan 'rare' jika tiada kain yang salah gunting dan salah jahit. Seorang guru tidak mungkin akan menjadi guru pakar jika anank muridnya memanjang dapat A++ kerana ...

Ada satu perkara....

Setiap kali kesalahan itu kita lakukan, pasti ada proses improvement yang akan dilaksanakan supaya pisang tidak bebrbuah dua kali walaupun sebenarnya menguntungkan bila dapat 2x buah pisang dari pokok yang sama.

Saya tahu anda mahu yang sempurna, tiada defects, tiada cela. Jika tidak masakan make up itu terlalu laris di pasaran walaupun memakainya mengambil masa yang lama, dan ianya plastik!!!!  Saya juga mahukan yang perfect. Tiada kompromi.

Akan tetapi, perjalanan alam yang Allah telah tentukan ini tidak berjalan sedemikian rupa. Tiada daun yang tidak gugur dan tiada siput yang tidak tersangkut di persisiran pantai. Ini kerana Allah menghendaki proses alam ini berputar-putar tidak statik.

Allah menghendaki supaya daun-daun yang gugur itu untuk menjadi baja buat kesuburan tanah. Bayangkan jika daun tidak gugur? Bayangkan jika tiada siput yang tersangkut di persisiran pantai, dapatkan pokok-pokok lain tumbuh segar, dapatkah kita menikmati pasir yang memutih?

Kita semua pernah melakukan kesilapan. Sama ada besar atau kecil. Tidak boleh tidak, seakan sudah menjadi hukum alam untuk kesalahan itu dilakukan.

Sejujurnya saya sering dimarahi sehingga pening kepala menahan pekikan suara sumbang bos saya yang amat pantang jika kesalahan dibuat. Bukan senang menghadapi kesalahan yang telah kita lakukan. bagi pihaknya, hanya satu tujuan-memarahi agar pisang tidak berbuah dua kali. Namun, di pihak saya, jujur sahaja jika benar itu salah kita kerana, berusaha macam mana pun kita untuk menutup kesalahan, ianya akan terbongkar juga di masa hadapan.

Kita berbuat salah untuk terus diajari, untuk diperbaiki, untuk menjadi lebih baik. Kesalahan bukan satu kesengajaan. Ia satu perkara yang bukan dibuat 'intentionally'. Kesalahan untuk penambahbaikan. Kadang-kadang kita perlu membiarkan sesekali ombak menghempas pantai dengan kerasnya...sebab dari situ pantai belajar - putihnya pasir kerana rajinnya ombak menghempas pantai.

Comments

Popular Posts