Kini mengerti kisah jiwa wanita

Dua  suasana, dua kisah, dua rasa.

Jumaat lepas, saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan beberapa rat di Semua House. Ya, di Jalan Tar yang saya sudah jejaki sejak 4 tahun dahulu. Seakan baru sahaja berkenalan dengan kesibukan dan syurga beli belah pelbagai barangan, teruja juga membeli barang-barang hantaran abang sulung saya yang bakal menikah Mac ini. Kali ini nekad untuk buat sendiri hantaran setelah diyakinkan oleh rakan sekerja. Segalanya berjalan dengan baik, dan rakan saya mengambil kesempatan untuk membeli beberapa kain pasang di salah sebuah kedai di deretan kedai Jalan Tar tersebut. Ketika di kaunter semasa kami mahu membuat pemabayaran, ada seorang wanita yang agak berusia(layak dipanggil nenek) menegur saya,
"Jadi membeli?" soalnya ramah.

Saya tersenyum sambil menunjukkan ke arah rakan saya, "Jadi. Adalah beberapa pasang."

Perbualan terhenti disitu. Saya melihat-lihat kain yang lain dengan niat untuk membuang masa sambil mencuci mata melihat kain-kain yang cantik.

Setelah selesai memilih, rakan saya menuju ke kaunter untuk membayar hasil tuaiannya. Makcik tadi yang begitu ramah, kembali memulakan perbualan dengan rakan saya pula.

"Beli untuk siapa?"

"Untuk kawan-kawan..."

"Bagus kamu ni, jarang orang beli untuk kawan-kawan.."

Kawan saya senyum sahaja. Makcik tersebut menambah, "Datang seorang?"

"Tak.."  sambil menunjuk kepada ke arah saya.

Sebelum sempat rakan saya memperkenalkan saya, makcik tu terus membuat telahan?

"Ni siapa? Mak ke?"

Errrrr.... Mak??? Koyak!!!!!

Saya tak tahu wajah saya bertukar menjadi warna apa. Sama ada merah menahan marah atau biru menahan malu. Atau purple warna manggis kerana sudah terbakar.

Rakan saya cuba men'cover'. Ternyata usahanya gagal. Saya pulang menahan rasa. Hati benar-benar terluka. Sesekali saya cuba melihat cermin dan berfikir apa yang makcik tu tengok sampai aku ni terbalik jadi mak, padahal saya ni muda 5 tahun kot dari kawan saya tuh.

Nak cakap, "SAYA INGAT SAYA SUDAH LEPASI FASA ITU".

Saya akui, saya memang tak pakai make up dan dengan saiz yang agak gemuk gedempol ni, begitu mudah dianggap telah berkahwin dan punyai lima anak. Tapi, saya rasa wajah ini menggariskan wajah muda remaja yang tidak matured lagi. Mungkin....

Akhirnya saya berfikir positif sahaja dan buat-buat lawak tentang cerita itu.

Pada hari Sabtunya pula, yakni sehari selepas kejadian memalukan itu, saya dikejutkan dengan penilaian yang berbeza pula. Seperti semalamnya, makcik di sebelah saya yang juga ahli kumpulan di konferens itu memberikan sepatah dua kata mengomen diri ini,

"Ni keje kat mana..."

"Keje bank makcik..."

Ada makcik lain menyampuk.

"Owh, dah keje...ingatkan student lagi.."

Makcik tadi menambah, "Itulah, umur berapa ni. Nampak muda macam student, tapi dengar tadi dah keje. Ingatkan baru setahun dua keje..."

Errr.... Muda memang muda makcik, tapi saya memang dah lama keje. Dah 4 tahun dah...

Kesimpulannya, lu pikirla sendiri.

Selang satu hari, manusia membuat telah macam langit dan bumi. Seorang ibu, seorang pelajar. Yang mana satu pilihan kalbu?

*                                                                                *.                                                                   *
Saya menerima hakikat orang berhabis beribu ringgit untuk kelihatan muda dan cantik. Hanya kerana perasaan yang begitu koyak apabila dikatakan tua melebihi umur sebenarnya. Malah, saya terima hakikat mata, akan melihat perkara yang sama, tetapi penilaian berdasarkan upbringing. Mungkin makcik yang pertama tadi melihat kepada besarnya tudung saya, dull nya warna pakaian saya serta lebarnya fizikal saya, lantas membuat keputusan untuk mendakwa saya kawan kepada rakan saya yang berumur 30an itu. Mungkin juga, makcik-makcik di konferens itu melihat kepada kebudak-budakkannya cara saya membawa diri, lantas mendakwa saya masih bergelar mahasiswa. Maka, apa yang kita kisahkan kepada rupa paras dan fizikal. Sekalipun sama, penilaian manusia berbeza. Namun, jika hati baik, apa-apa pun penilaian manusia adalah suka.

Jadi persetankan sahaja kesempurnaan fizikal. Apa yang penting kesihatan. Tanpa hati, fikiran dan tubuh yang sihat, bukan sahaja kita ini menjadi tua sebelum umurnya, barangkali juga semangat kita luntur seperti orang tua.

Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts