Politik? Ewwwww......

Politics? Ewwww...

Orang kata, orang tarbiyah ni anti politik. Tidak suka bicara pasal politik, tidak suka ditanya tentang politik. Malah, kalau ada yang bercakap pasal politik, kita akan duduk jauh-jauh dan buat-buat tak dengar. Iye ke? Saya bukan macam tu la.... Jauh di sudut hati kita terasa yang politik itu kotor. Tiada apa yang baik tentang politik. Ia hanya membicarakan tentang kuasa, cela mencela, menuduh orang sana begini, begitu. Kerap kali bahasa yang terkeluar di medan politik ini kasar, keras dan kekadang lucah. Itu sebab kita kurang berminat bukan?

Di suatu sudut lain pula, ada yang berkata, "Politik tu untuk orang-orang tertentu sahaja. Kita ni tak payah la, bukan faham sangat dengan apa yang berlaku. Mengabihkan boghasss(beras) aje. Biarlah orang-orang yang terpilih(dan memilih?) itu tenggelam dengan labunya."

Hey, tunggu sekejap! 

Bukankah kita ni dilantik sebagai khalifah? Bukan ke kita ni akan melalui fasa daulah itu? Bukan ke kita ni harus mengambil tahu sosio masyarakat untuk kita dakwahi. Eh, itu dakwah bukan politik! Jangan campur adukkan, nanti pening dan berpecah belah. Kesian politik dan orang-orangnya. Seringkali di salah anggap sehingga ramai yang membenci tanpa sebab atau dengan sebab yang salah. Mari sini saya bagitahu anda satu hakikat-jika anda seorang muslim, politik itu sebahagian dari Islam, dan of course anda perlu ambil tahu. Malah, tugas anda sebagai seorang murabbi, harus mengambil tahu dan memasukkan tema ini di dalam usrah anda. Kita, para murabbi mungkin kurang sedar bahawasanya kita ini mungkin sedang mentakwin seorang pemimpin! Seorang pemimpin itu haruslah mempunyai tsaqafah yang meluas tentang orang yang akan dipimpinnya dan itulah politik!

Kenapa saya pro-politik ini? Adakah kerana PRU 13 bakal tiba sehingga bahangnya sudah panas terasa? Atau mungkinkah kerana saya baru sedar yang pakcik teman bapa saya adalah YB yang begitu hebat? Atau mungkin kerana saya baru tersedar dari lamunan yang Malaysia ini memerlukan hanya satu undian untuk mana-mana parti berkuasa. Ya, hanya dengan kelebihan satu undi. Sebenarnya, apa yang kita perlukan adalah kesedaran politik itu, bukannya anda berada di dalamnya. Kerana dari situ anda tahu betapa banyaknya kerja kita dan betapa kita harus cepat-cepat menyusun langkah dan mempersiapkan diri sehebatnya...

Bukan saya meminta anda berpolitik kerana orang-orangnya sudah ada di barisan itu. Di sudut pelaksanaan politik itu terukir sudah nama-nama yang hebat di belakang tabir, menjana idea dan membuat kajian bukan sedikit untuk  Malaysia kita ini. Malaysia ini unik, tidak sama dengan Mesir, jauh juga bezanya dengan Indonesia. Di Mesir, warganegaranya hanya bercakap dalam satu bahasa. Lenggok yang bisa difahami segenap Mesir. Kebimbangan dan keluhan sesiapa sahaja di dada akhbar dan di muka TV sememangnya difahami masyarakat sekitar. Mereka hanya tahu beza Arab dan bukan Arab. Beza benar di Malaysia, kita ini berbilang bahasa, agama dan budayanya. Sekalipun 'perkahwinan silang budaya' ini sudah pun mencecah setengah abad, namun, kesefahaman masih belum hadir. Kecintaan sesama kita kabur dan keakraban kita masih teka-teki. Itulah Malaysia yang istimewa. Apakah bezanya kita dengan Indonesia? Hurm... kita sama Melayu... err....sama Islam....dan punyai kaum lain juga di sana. Tapi, bedanya mereka itu bicara bahasa Indonesia(sila baca dengan nada Bahasa Indonesia). itu satu, yang lebih jelas berbeza, PKS itu berada di posisi disokong kerajaan. Nah, tidakkah itu tersangat besar bezanya? Jadi, negara kita ini unik dan perlukan pendekatan yang unik untuk kita melangkah ke fasa seterusnya. Sekalipun kita tidak menikmatinya di usia hidup kita ini, namun, kita inikan mata rantai yang bersambung? Generasi seterusnya akan menyambung perjuangan ini dan diharap perjuangan kita diberi saham jua.






Selamat mengenali politik di Malaysia!

Comments

Popular Posts