Anda bijak: Jadi sila teruskan membaca

Maulid nabi baru-baru ini dibanjiri dengan pelbagai ceramah dan pengisian sama ada untuk meraikan tarikh kelahiran nabi mahupun sememangnya bertujuan untuk dakwah umum yang mencakupi pelbagai lapisan masyarakat. Malah, kita juga seringkali dibentangkan betapa best nya Islam itu, betapa seronoknya membaca Al-quran, betapa tenang dan gembira melakukan sunnah baginda. Ya, kita disumbat dengan terlalu banyak. Apa yang kita dengari, kita bacai adalah tentang kemantapan Islam. Kita dipersembahkan betapa rabbaninya, syumulnya dan melengkapinya Islam itu.

Tetapi, saya ingin bertanyakan kepada anda, pernahkah anda merasakan betapa menyesalnya anda bila anda terlepas menunaikan satu tambahan pahal dalam seharian anda, atau betapa anda ingin mengulang kembali jalan certa hari anda kerana anda tidak mengikut sunnah, mahupun anda berasa begitu gersang,lembik dan tidak ceria apabila Encik AQ itu tidak menemani masa-masa senggang anda. Pernah ker?

Erk! Mungkin tidak pernah.....

Owh, setelah anda mendengar dan membaca pelbagai bentuk cara meyakinkan anda tentang ciri-ciri khusus Islam ini, anda tidak merasainya. Cukup malang bagi anda, kerana anda seperti span yang menyerap air yang banyak dan mengering jua apabila dipulas. Apa lagi alasan anda, adakah anda mahu claim yang anda tidak pernah mendengar? atau tidak pernah membacanya di amna-mana?

Baru-baru ini saya mendengar satu tajuk pengisian yang padat tentang ciri-ciri umum Islam. Terima kasih kepada Puan Pengisi yang sanggup datang dan berkongsi dengan kami. Hakikat tentang perkara-perkara ulangan ini sangat memeritkan kerana orang bisa jadi tuli mendengar kepada pengisian yang sama. Saya juga turut terfikir atas dasar apakah yang tajuk ini ditakdirkan Allah untuk saya di pagi Sabtu yang indah ini? Sejujurnya saya juga seperti anda, tidak merasa menyesal bagai nak mati bila terlepas sunnah, atau terasa nak berlari ke belakang mengejar masa supaya peluang untuk mempraktikkan what En AQ says.... Ya, jika punya kudrat ingin kembali, bukanlah atas dasar mahu mengejar kembali sunnah yang sangat kita cintai untuk dilakukan. Namun, takdir Allah itu menarik. Tarbiyah Allah itu selalunya kejutan(baca: surprise).

Dinyatakan oleh Puan Pengisi bahawasanya apabila seorang itu muslim yang rabbani(one of the ciri umum Islam) dia tidak akan stress dan bimbang bila datang kerja. Katanya kerana mereka tahu tentang matlamat hidup. Terasa hidup tidak pernah sia-sia kerana seluruh kehidupan adalah ibadah. Kerja itu ibadah. Tambahnya lagi, seorang muslim itu tidak akan stress dan malas kerana dia bekerja untuk Allah bukan manusia. Helllloooo! It's obvious kot kita ni kerja untuk Allah. So, what your problem at work, my dear PP? Sejujurnya, saya sebenarnya hilang sabar di tempat kerja,  stress jua menghadapi kerenah para petanggungjawab dan para urus'tak'setia, hinggakan saya merasakan mengapa DnT ini tidak memberi impak kepada diri saya. Adakah kerana keplastikannya atau kekalisan diri saya kepada konsep tarbiyah itu sendiri? Muhasabah mode. Mari kita ke masjid dan bertafakur sehari dua..... Ok, dah kuar dari masjid dengan satu pandangan yang jelas.

Memang Allah itu manis dalam mendidik kita, malah unik dalam menyediakan apa yang kita tidak cukup. Sebetulnya, sabar itu takat yang sentiasa berubah mengikut cuaca diri kita sendiri, takatnya unik untuk setiap orang, dan unik untuk fasa-fasa orang itu sendiri. Makanya, jika diri sudah bersedia ditarbiyah, dos ujian untuk kesabaran ditambah berkali-kali ganda. Dan mungkin berkali-kali jua saya tewas. Baru-baru ini, setelah menanti cemas bagaikan 'lembu menungu untuk disembelih' atas kesalahan yang tidak boleh saya nyatakan di sini(alhamdulilah without financial loss =]), saya dan rerakan terpaksa mendengar bebelan dan rungutan para penanggungjawab, maka reaksi saya amatlah negatif. Saya mengambil sikap berdiam diri(silence treatment) lantaran jika memberi idea sekalipun, idea akan ditolak mentah- mentah, ataupun diambil mereka menjadi idea sendiri. Saya juga bersikap acuh tak acuh, hinggakan kerja orang lain saya 'ignore' dan kadangkala breakfast hingga melebihi tempoh flexi hour saya. Memang, kutuklah jika anda mahu kutuk, kerana saya juga manusia biasa. Jelaslah betapa saya amat 'menyayangi' kerjaya saya di dalam bidang kewangan ini. Jika tidak kerana perjanjian yang termeterai ketika saya masih budak hingusan, saya pasti sudah tiada lagi menapak ke tempat kerja. Sekurang-kurangnya saya bakal menjadi penghutang sebanyak RM250,000. Ataupun diisytihar bankrupt. Nauzubillahiminzalik.. Saya suka bekerja, tetapi sudahlah kerja saya dikelilingi riba, dengan situasi yang tidak berapa  membantu dakwah, memang sebaiknya saya tinggalkan. Ok, thanks , bye Puan Sponsor! Hohoho, ingat senang nak lepas? Lembu diikat pada talinya, manusia diikat pada janjinya. Sesungguhnya aku telah berjanji suatu ketika dulu.... Setelah keluar dari masjid tadi, saya mula nampak apakah manisnya ujian kali ini...

 Memang Allah itu sengaja mahu menjadikan diri ini stress. Bukan ertinya stress itu baik atau buruk, kesian cik Stress, dia tidak bersalah dalam hal ini. Yang salahnya sikap dan reaksi diri saya apabila dilayan sebegini sekali di tempat kerja. Namun, kini saya bahagia kerana Allah bagi stress itu untuk kita reaksi lebih baik lagi. Supaya kita ini ditambah pahal dengan usaha untuk mengurangkan tensi di tempat kerja dan bahagia bekerja. Bersopan santun dalam memberi pendapat, rasional bila pendapat tidak diterima dan respons kepada solusi yang ada. Maka, kini saya berkobar-kobar untuk terus bekerja-bersedia menghadapi cabaran demi cabaran supaya saya lebih baik lagi keesokkan hari nya. Saya perlu rectify keserabutan dan ketegangan yang saya hasilnya di tempat kerja. Walaupun itu beerti saya harus mengalah. Kerna mengalah bukan bererti kalah.

Itulah kita, bila mana kita mengingati syahadah kita tempoh hari di alam ruh, kita harus berusaha juga untuk menyempurnakan diri kita. Semakin banyak kelemahan yang kita jumpa pada kehidupan kita, makin banyak peluang untuk mengutip pahala bukan? Makin banyak masa juga untuk kita mengadu pada Dia, makin banyak juga untuk kita ber'date' dengan Dia, maka tidakkah kita merasa bertuah? Apa perkaitan dengan baca dan dengar tadi? Jawapannya adalah 'lu fikirlah sendiri'  Saya suka membaca dan mendengar, tetapi amat sukar membuat. Jika buat pun, pasti akan berhenti di tengah jalan. Maka, apakah saya harus berhenti membaca, mendengar dan mencuba? Of course lah, tidak!

Untuk orang bijak: Jadi sila teruskan membaca!

Comments

Popular Posts