Kalaulah status 'berkahwin' blh selesaikan segalanya

Hari-hari kebelakangan ini amat memenatkan. Sengit mengumpul kekuatan untuk terus bertahan di institusi kewangan terkemuka Malaysia ini. Malah, amarah seringkali teruji hinggakan langkah-langkah 'berlakon' baik terpaksa dilakukan demi menjaga hati dan perasaan rakan sekerja. Sesekali, terlepas jua hingga menyebabkan rasa bersalah yang tidak berkesudahan. "Awak ni,takkan nak saya buat semuanya?...kenapa x buat ABC? Yang ni dah siap belum?" Itulah lagakku seperti seorang bos berkakilebar. Atas satu sebab sahaja ayat-ayat tersebut keluar lancar tanpa ada tapisan dari FINAS. Terkebil-kebil rakan saya melihat saya dan hanya mampu menjawab 'Ya...ok,nnt sy buat" . Terus terang saya bukan marah apatah lagi mahu memberi arahan tetapi saya teramatlah sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja rencam mahupun operasi dan strategik hinggakan terasa kewujudan orang-orang lain seperti tunggul kayu sahaja. Padahal setiap orang telah pun ditugaskan dengan kerja masing-masing, cuma tinggal saya seorang terpaksa memegang dua portfolio dan terpaksa mengetuai keduanya.
Pengsan!
Bukan senang nak memastikan semuanya okay bila mana kerja anda adalah di bawah kategori ' zero error' dan supervisor di atas adalah seorang yang 'takkan u blh buat salah?' . Faham kan perasaan saya dan kedudukan saya yang bagai duduk di atas bara api ini. Kata seorang kakak di tempat kerja saya,"Perhaps u kena kahwin kot... Dengan tu xde la boss suruh macam-macam. Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi tidak gemar mencari gaduh mahupun publisiti, saya terpaksa memikirkan cara terbaik untuk menyelam dalam alam pekerjaan yang tidak berapa saya imani sangat dan terpaksa berusaha memikirkan cara untuk memudahkan kerja saya supaya kerja itu siap dan hasilnya bisa diterima dengan baik oleh cik puan dan encik boss saya. 

Berbalik kepada isu 'kahwin' tersebut, memang ada benarnya kerana suami dan anak-anak sering menjadi alasan kukuh untuk mengambil cuti dan mengelakkan kerja- kerja kurang berfaedah yang telah diaturkan oleh pihak majikan. Maka, orang bujangan seperti saya adalah mangsa pengagihan kerja malah, menjadi last resort untuk dijadikan kambing hitam dalam menghadiri kursus dan seminar.

" Awak lah pergi, yang lain-lain ada famili nak kena jaga..."
"Si Y ada hal, anak sakit. Awak tolong gantikan..."
"X x dapat datang, mertua dia datang rumah, awak tolong datang weekend ni..."

Boss, sedap tak keki ni? Dengan gembiranya saya umumkan status saya...sudah berkahwin!
Jawapan saya, "Hoi, saya pun ada famili jugak, anak-anak jugak dan mungkin 'partner' yang perlu saya santuni." Itu yang saya ingin luahkan tetapi tersimpan sahaja dalam kerongkongan.

Jawapannya hanya begini, " Okay...baiklah...Kalau bukan saya, ada orang lain tak? Oh tidak mengapa, saya boleh attend that course..."

Kadang-kadang teringin juga nak adakan suami bayangan ini supaya boleh dijadikan alasan. Sebab nak menanggung suasana berfamili itu belumlah diri ini bersedia lagi. Ataupun belum lah masanya lagi...

Sekalipun harapannya...kalaulah status berkahwin itu boleh selesaikan segalanya....

Comments

Popular Posts