Sehebat Nuh?

Perjalanan seorang hamba Allah sememangnya penuh warna. Kadang merah, kadang hijau, kadang jingga...

Kisah 1

Kursus tentang ekonomi memang memenatkan. Ditambah dengan waktu yang tidak flexible, test pada keesokkan harinya, bersambung-sambung tanpa henti memang membuatkan sang murabbi benar-benar flat. Diikutkan hati, mahu sahaja mencapai telefon dan menaip pesanan ringkas men'cancel' kan usrah hari ini. Tetapi memikirkan susahnya bertemu adik-adik ini, ke'rata'an tadi dilupakan. Sampai di rumah, terus sahaja ke dapur mencari-cari apa yang boleh dibawa untuk adik-adik hari ini. Ternyata Jemput-Jemput adalah yang terbaik.(teringat Jemput-Jemput kasih sayang murabbinya yang pertama...rindu!) Siap menggoreng dan solat Maghrib, sang murabbi terus mengangkut 'Harun' bersama ke usrah ini. Perjalanan hari Jumaat memang sengaja mencari nahas. Tetapi, alhamdulillah mereka hanya tersekat dalam kesesakan jalan raya cuma 40 minit plus jika nak dibandingkan perjalanan sebenar selama 15 minit. Terpaksa berhelah dengan pak Guard yang sememangnya amanah banar dengan kerjayanya, menaiki dua lif, mereka tiba di rumah adik-adik. Alhamdulillah :)
Tekan loceng.......yang menyambut hanya seorang. Diingatkan adik usrah sendiri, rupa-rupanya orang lain. Dan bila ditanya mana yang lain? Jawapannya...

"Yang lain semua dah balik kak..."

GREAT.


Kisah 2

Hari Ahad memang hari yang aktif dan penuh. Dari pagi hingga ke tengah malam.Maka, momentum harus dikekalkan sehingga ke lewat malam. Walaupun pernah sekali-sekala badan dan otak berfungsi sendiri tanpa kawalan, diri tertidur sebelum usrah tamat. Mungkin tertidur ketika sedang berkata-kata...Murabbi tertidur? Ya, ini agak biasa bagi Murabbi UO. Anda tahu di alam maya, bila bercakap, hanya angin yang mendengar. Wajah tidak bisa dilihat, suara pula muncul mengikut giliran. Lebih menarik, adik-adik ini lebih separuh daripadanya tidak pernah ditemui di alam realiti (face to face). Ternyata tanggungjawab ini amat berat dan kuasa mengekperimen juga besar. There is no right or wrong in conducting UO. No best practice yet. Pergi terjun sendiri kalau nak tahu. Apa yang menariknya, dipenghujung hari Ahad tersebut, sang murabbi sudah tercongok di depan laptop, menunggu dengan sabar untuk warna hijau skype menyala....seminit... beberapa minit...

Seorang muncul..meminta maaf lambat... sang murabbi minta bersabar..... beberapa puluh minit berlalu ...

dan hanya seorang lagi meninggal mesej bahawa dia sedang mengejar program yang lain di uni...

dan tinggallah sang murabbi keseorangan.



BEAUTY.

Kisah 3


Beberapa message diterima dari mereka yang hanya dikenali lewat Facebook dan Skype.Suara bertukar di corong speaker tetapi jiwa-jiwa ini masih belum bertemu.Messages itu simple. But, simple things usually hard on the implementation. Komennya berbunyi-bunyi sebegini, "takkanlah kak camni..saya tak faham dengan apa yang nak dibawa...perlu kah kita ni similar in everything...saya faham apa yang nak bawa,tapi maaf, saya tidak dapat bersama-sama...siapa kak ni?kami tak pernah jumpa, jadi macam mana kami nak kenal?" Begitulah serba sedikit ayat-ayat yang diinterpretasikan oleh si murabbi hasil open feedback from her mutarabbi. Koyak? Terguris? Terhiris? Tak percaya? Kurang senang? Sedih? Patah hati?

No. Baginya itu adalah yang terbaik.

PERFECT.



GREAT.BEAUTY.PERFECT.

Kita tinggalkan sebentar cerita hikayat sang murabbi ini dan cuba kita perhatikan kisah Nabi Nuh. Jom!
 
Bismillahirahmanirahim...

(Surah Nuh:1-28)
1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih".
2. Nuh berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu,
3. (yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku,
4. niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui".
5. Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang,
6. maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).
7. Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.
8. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan,
9. .kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam,
10. maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,
11.niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
12. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
13. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?
14. Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.
15. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?
16. Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita?
17. Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya,
8. kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya.
19. Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan,
20. supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi itu".
21. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakai-ku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka,
22. dan melakukan tipu-daya yang amat besar".
23. Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr".
24. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang lalim itu selain kesesatan.
25. Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.
26. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.
27. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir.
28. Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang lalim itu selain kebinasaan".

Begitulah report Nabi Nuh kepada Allah swt yang dibentangkan untuk para daie. Bagaimanakah perasaan anda?

GREAT.BEAUTY.PERFECT.

"Aduh, aku tidak bisa setabah Nabi Nuh!" hati kecil bersuara.

Persoalan yang muncul dibenak fikiran, PADANkah dengan segala apa yang diusahakan dan diterima oleh Nabi Nuh, hanya sebilangan saja pengikutnya? Padankah dengan segala perit jerih dan pengorbanan 950 tahun itu dibalas dengan berimannya segelintir umatnya? Padankah dengan caci maki dan tohmahan yang diterima, isteri dan anaknya turut tida beriman?

Jawapannya... MEMANG PADAN!

Tapi, mengapa?

Kerana..... HARGA KEIMANAN itu sangat besar, besar lagi dari apa sahaja di dunia ini. Dengan apa yang diusahakan dan penderitaan membawa risalah Allah ini memang padan dengan keimanan para pendakwah  itu sendiri. Mengambil kata-kata Syed Qutb dalam Fil Zilalil Quran:

"...Tetapi dakwah kepada Allah tetap berjalan terus sebagaiana dikehendaki Allah, kerana hasil kejayaannya memang wajar dan padan dengan segala usaha perjuangan dan pengorbanan. Walaupun kejayaan itu kecil dan walaupun hanya berjaya membangun sebuah hati yang mendukung sebatang cahaya dari nur Allah dan berhubung dengan Allah....Sekurang-kurangnya kejayaannya ialah kejayaan hakikat keimanan dapat bertapak kukuh di dalam hati para pendakwah yang sanggup menempah maut atau lebih dahsyat dari maut untuk menegakkan dakwah,kerana sikap mereka ini menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh kepada kenikmatan-kenikmatan dunia yang menarik dan mereka bebas dari belenggu-belenggunya...."

Begitulah Quran mengajarkan kami. Seraya saya bertanya diri, dengan segala keperitan dan kesusahan yang dialami, adakah ia menambahkan iman saya? Adakah ia membuatkan saya berasa lebih dekat pada Allah swt?

Jika saya tidak merasakan ini, maka untuk apakah semua ujian ini? Adakah untuk menjadikan saya lebih berputus asa dalam hidup? Atau lebih membenamkan saya dalam lumpur jahiliyyah dengan semua prasangka yang bukan-bukan terhadap Allah swt?

Maka, dengan keadaan yang hampir nyawa-nyawa ikan ini, saya berusaha untuk bangkit semula -perbaik diri dan mengubah orang lain. Jalannya hampir terkubur namun, masih ada sinar di hujung sana. Apalah sangat dengan ketidakhadiran mad'u secara berjamaah, apalah sangat ke'invisible'an mad'u secara beramai-ramai, dan apalah sangat dengan komen-komen pedas menyiat hati yang dilemparkan kerana belum kenal ataupun kerana sudah kenal sangat.

Dalam ketidaksempurnaan itu kita mencari kesempurnaan. Dalam kesempitan kita mencari keluasan. Dalam kesedihan kita mencari kebahagiaan. Bukankah bersama  kesusahan itu datangnya kesenangan? [94:5-6]

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"[55:13]


-mama-



Comments

arissa myana said…
sangat mendalam kak. inilah erti perjuangan yang sentisa menuntut pengorbanan. masa, tenaga, wang even hati dan jiwa. semoga Allah memberkahi setiap langkah kak dan memberi yang terbaik utk kita semua dlam urusan tarbiah kita, dakwah kita juga dunia kita inshaALLAH.

Dia pasti akan menggantikan yang lebih baik. pengakhiran itu tentunya lebih baik dari permulaanya iA ;)

mari kita sama2 menunggu dengan sabar janjiNya bahawa dalam setiap kesulitan itu pasti terdapat kemudahan.

salam rindu <3
insyAllah dk.moga Allah bisa mengurniakan kesabaranyang baik untuk kita.

kerana syorga itu mahal harganya, harga sebuah keimanan juga tiada nilai setara, maka tidak mengapa untuk kita bersusah payah sedikit kan?

Kita sama-sama doa supaya Allah tsabatkankita di jln ini InsyaAllah. Ameen.

Popular Posts