mak abah, ikhwah akhawat???

Pulang dalam jangka masa 24 jam untuk melepaskan rindu.Malah, sudah lama sangat tidak pulang ke kampung, hinggakan Ahmad tidak kenal lagi makciknya ini.Abah pun membuat remark yang mudah tetapi menusuk ke hati, "Lama 'Miss Sheikh'  tak balik. Selalu mengacah nak balik,tapi  tak sampai-sampai jugak. Sampai ke Penang la, Ipoh la (Kalumpang sebenarnya)...mana lagi 'Miss Sheikh' pegi..."

Kalumpang - airnya segar bagai berendam di dalam ais!
Saya senyum sahaja sambil menggangguk tanda setuju. Apa lagi yang mahu dikata...Semua banar abah! Mak abah terbuka, jika ada urusan di KL, mereka yang pertama akan menyokong, tetapi mungkin kali ini terlalu banyak peristiwa yang berlaku di kampung dan juga terhadap diri saya yang tidak di'update'. Kakak juga sudah baik kakinya dan sudah pulang dari bercuti di China. Ahmad sudah semakin tembam dan bertambah nakalnya.

Pendek kata suasana di rumah agak berlainan sedikit dengan pertambahan sekuter abah dan surau yang bakal dibuka sekejap masa lagi.Hoyeahhh!!! boleh solat jemaah hari-hari kat surau time cuti nanti. :)

Seronok bercerita dengan mak tentang D&T.Kira ni first time dapat berkomunikasi dua hala yang kami faham each other. Itulah tidak sangka yang mak masih lagi aktif, cuma tak tahu mak ni under usrah apa.Yang pasti, buku-buku kat rumah tu sebijik apa yang dipelajari selama ini. Hazad Deen adalah antara buku terlama dan terkuning antara susunan buku-buku Maududi, Ihab dan pastinya Syed Qutb. Ikhwah akhawat mak abah ni rupa-rupanya, cuma mungkin tidak seaktif dulu. Bila mengingat balik kes-kes dan perjalanan hidup semalam, eh, betullah sangat macam kita tengah lalui sekarang. Cuma rasanya dulu, lebih bonding sebab dulu tidak seramai sekarang dan jemaah tidak macam-macam. Semuanya baik dan tenang sedamai Muadzam Shah zaman 90-an.

Abah pernah cakap kat mak, "Biar dia cari sendiri.."

Ingatkan cari apa, rupa-rupanya cari jalan penghidupan ini.

Sambil-sambil sibuk bercerita, laju meluncur dari mulut mak, "Ada BM ke?"

Saya terkejut dan terus menjawab,"Owh, daurah BM? Memang ada..."

Tapi mak bukan maksudkan itu, dia ingin bertanyakan tentang Unit BM. Memang la tidakketahuan oleh diri ini. Dengan terkial-kial nak menjawab, dari luar lantang nama mak dipanggil, "Makkk!!"

Sementara itu, kepala ligat mencari jawapan. Antara yang dapat di fikirkan saya dalam seminit dua itu;

1#
Of course lah unit ni menjalankan tugas dengan efisien.Tapi ini urusan manusia, bukan mudah nak susun atur macam susun atur meja. Sebab itu, masih ramai yang belum menikah lagi termasuklah anak mak ni..
Kalaulah menyusun manusia itu semudah menyusun kerusi...

2#
Mungkin dengan kepelbagaian manusia yang semakin kompleks ni, susah nak cakap bagaimana nak menguruskan hal ini dengan cara yang terbaik. I think they have done their best, and better kita tunggu dan lihat sahaja. Lagipun anak mak ni bukanlah wanita cantik, lemah lembut dan berbudi bahasa, mungkin susah la sket orang nak terima. (ade ke alasan macam ni?nohohoho)

Jalan ke syorga bukan dengan menjadi seorang isteri/ibu shj...
3#
Sejujurnya mak, kak tidak tahu bagaimana unit ini berfungsi. Plus, belum masanya lagi, terlalu banyak perkara yang masih perlu diselesaikan sebelum hal ini difikirkan sedalam-dalamnya. Tapi, jangan risau, persediaan ke arah itu sudah ada :P Mak pun sure tahu, if Allah izinkan, esok jugak anak mak ni menikah...

Bolehkah isu jodoh ini difahami dengan kaca mata yang lebih terbuka? 
Tapi, panggilan yang menyelamatkan diri saya itu hanyalah panggilan palsu kerana adik abang sebenarnya sedang menonton Arsenal vs Chelsea. Mak yang memang tahu pasal sukan ni pun turut serta sebentar lantas melupakan terus isu yang dicetuskan dalam perbualan kami. Selamat daku!

Saya? Lega berabis!

Mak masuk je ke bilik, terus saya membuka mulut, "Mak, jom solat!!"

Isu terkubur sebentar. Balik kampung nanti, insyAllah jika ditanya lagi -jawapan sudah sedia dalam kocek. :)

Comments

arissa myana said…
hehhh...

mak abah, anugerah terindah :D

mashaALLAH sgt sweet hehee **,

'kak, bila nak menikah?'

mcm boleh bajet jwpn kak...

"yang di tanya, tidaklah lebih tahu daripada yg bertanya"

cool.

selamat hari raya aidil adha kak ;)

smoga Allah berkahi semua pengorbanan kak, sampai syurga iA ;)

love u!
owh adik...

soalan yang melazimi kepulangan anakanda nyer dari kota... penat jugak nak melayan n memberitahu sehinggakan abang2 sendiri dah bertanya. hohohoho

sukar juga jadi single ni ya...

walau apa pun kita berdoa sajalah. moga syahid sebelum menikah, dpt syorga dan apa sahaja yang kita pernah impikan..insyAllah.

Popular Posts