Senyum =)

Yang pertama anda kena senyum. dan seterusnya....
Baby ni perfect sungguh! Mata biru idaman hatiku....

Hey, cantik luar, cantik dalam, cantik dengar sini!
Kalau saya senyum,awak mesti senyum sekali, kalau semua orang tersenyum, dunia tiada penyakit =) Haa.... cantik sungguh kan ciptaan Allah ini. Tiada alasan untuk kita tidak tersenyum melihat makhluk paling comel ini. Sungguh tidak semua dikurniakan Allah cantik dalam, cantik luar,namun did they deserve our smile too?


Sejak akhir-akhir ini saya akui bahawasanya sungguh sukar mengukir senyuman, mencoret segaris garisan di wajah dengan bibir merah mengutum. Mengapa sukar sangat? Itulah hebatnya Allah yang memberikan kemampuan untuk tersenyum itu dengan kerelaan hati. Kalau kita senyum tapi xrela, kelat jua senyuman itu kan.

Dalam kita berukhuwwah(bersaudara) perkara-perkara remeh terlalu penting dan itulah relationship kan? Persaudaraan itu sememangnya perkara besar dan serius tapi tidak perlulah kita sentiasa berdiskusi tentang perkara besar dan serius sahaja bukan? Sehingga kita lupa untuk bertanya khabar, bertanya keadaan kerja dan sekolah, ada ke duit belanja, atau kita ignore sahaja.


Di satu pagi yang hening, saya bertanya kepada tean serumah


'Awak lambat ke semalam?'


"A'ah. saya sampai kul 8.09..."


'Owh, ingat awak masuk kul 8.30a.m sebab relaks je semalam. Tak bagitau Yuyu yang awak masuk kul 8a.m?'


"Yuyu tak tahu ker?"


'Erk...' sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu.


Simple sahaja dan memang maklumat yg bersahaja tetapi penting dan Yuyu tidak tahu?

Bagaimana pul Yuyu tidak thu, bukankah kit serumah? Haaaa... ni yang saya nak cerita. Mungkin kerana sibuk dengan urusa besar-besar, perkara remeh-temeh seperti rutin orang serumah kit mungin abaika. Buk salah sesiap tetapi terpulang pada kita untuk ambil thu dn ambil berat.


dan saya...kan tetap terus tersenyum =)

Comments

Popular Posts