Confident but wrong!


Bila bercerita tentang confident ni,teringat kepada PR ansar, Anak Pakcik Muhsin, betapa konfiden nyer makcik ni untuk menjawab soalan Cikgu Kimia kami, Puan Jamilah, lantas mengangkat tangan dan menjawab dengan penuh yakin...


Dengan selamba Cikgu Jamilah, sebagai guru yang tidak mahu mematahkan semangat anak muridnya memberi komen yang simple tapi cukup bernas buat Anak Pakcik Muhsin (APM), "APM, you're confident...but wrong!" Hahahaha, tergelak satu kelas(yang ni saya tambah). Di sekolah tepi tasik, segala-galanya menarik...tapi saya tidak la rindu sangat.




Ni ada lagi satu kisah konfiden but wrong yang berlaku kira-kira 10 minit yang lepas.


Sesungguhnya saya sungguh bersemangat untuk membuat kuih buah melaka yang sweet n simple itu. Bak kata Kaka Jepun, " Amatur pun boleh buat. You can't go wrong with buah melaka." Dengan kekonfidenan yang memuncak n believe it can't go wrong, saya pun memulakan upacara menguli tepung tanpa pewarna kerana pewarna tersebut hilang dalam aksi...Wah, tepung dah siap, datang pula pembantu yang memberi komen sana sini dan membantu memanaskan air.


Dan satu batch of buah melaka masuk ke dalam periuk. Dulang berisi kelapa parut sudah tersedia supaya buah yang sudah masak boleh digulingkan di atasnya. Parut kelapa yang suci dan bersih memang mengiurkan. Kami menunggu penuh sabar supaya buah jatuh...silap buah melaka timbul.... 2 minit... 3 minit.. 4 minit... 5 minit.... masih belum timbul... tapi saya masih mengharap... please la timbul!


After 10 minit, buah melaka itu masih berada di dasar periuk...adoi, satu buah melaka dicuri dari periuk dan dibelah. Owh no! keputusannya-> fail miserably. tiada 'can' langsung kuih itu berbentuk seperti buah melaka apatah lagi rasanya.


Maka, percubaan pertama GAGAL-owh, malunya! Selepas mendapat bantuan En Google, kami memasukkan sedikit tepung gandum ke dalam adunan. Moga-moga jadi...tapi kali ini eksperimentnya hanya 2 biji buah melaka... Please,please,please, tolonglah timbul... ada harapan nak timbul tapi separuh saja. x naik-naik. Aduh, apa lagi yang tidak kena.


Di saat kelam-kelibut buah x masak-masak, Miss Herbalife mucul dan menawarkan diri untuk membantu.


"Guna apa ye kak.."




"Tepung beras campur tepung gandum sket...tapi x tahu naper la x timbul-timbul.."




"Bukan tepung pulut ke kak?"




Dalam hati dah terasa kegusaran. Dah nak call mak tadi tapi mengenangkan dah pukul 12 mlm, mengganggu mak la plak kan.




Lantas Miss H terus menelefon ibunya setelah dipastikan ibunya masih belum tidur...




Keputusannya... Guna Tepung Beras PULUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebab itulah buah melaka tu takkan jadi walau eksperimen berjuta kali sekalipun. Sebabnya bahan ASAS yang salah.
Dan saya yang memang konfiden dengan tepung beras itu menjadi MALU sangat. Kaka Jepun terus menggelakkan saya, begitu kaka-kaka yang lain. Adik-adik juga T_T. Itulah pengalaman 'KONFIDEN BUT WRONG' saya. Agak memalukan juga setelah lebih 20 tahun hidup, rupa-rupanya hari ini baru saya tahu buah melaka itu menggunakan tepung beras PULUT.

So moral of the story is, kalau anda nak buat apa-apa pun especially nak tunaikan tanggungjawab seorang hamba Allah dan khalifah kat bumi ni, kenalah betul asasnya. Tak kisahlah betapa konfidennya anda terhadap cara dan jalan hidup yang anda lalui sekarang, anda harus bertanya ->adakah anda pasti ASASnya BENAR?

Plus, jika anda sudah mula berdakwah pada yang lain, anda pasti anda sudah pasti asasnya? Sekiranya anda pasti sekalipun, silalah terus belajar sebab mungkin juga anda tersilap... huhu... seperti saya. So, jangan miss ur usrah, don't take it lightly and never ever think u've learned enough. Seperti saya.... T_T saya sebenarnya sudah bergelumang dengan pembuatan buah melaka sejak saya mengenali kelapa lagi (i.e umur 5 tahun) kerana membantu mak membuat kuih dan menghantarnya ke kedai. Tapi, sedar atau tidak, saya masih salah ketika cuba membuatnya ketika saya berusia 20++.
Tidakkah anda mahu mengambil pelajaran?

Comments

miss harti said…
hehe xpe kak pengalaman! bukan akak sorang je tak tahu tepung tu.. sy pun haha!

Adik sy pun pernah ade pengalaman yang sama.. sebijik! die nk wat kuih melaka juga n kuih tu pun tak timbul2.. tgk2 salah tepung juga.. time tu mak saya takde kat rumah.. bile cerita kat mak sy je terus die gelak tak hengat.. siap cerita kat kawan2 die lagi haha!
rupa-rupanya ramai dah mencuba try kuih yang simple tapi sedap nih. next time kita cuba dengan tepung yang betul eh, siap beli daun pandan lagi. this time for real...
arissa myana said…
heheheee... comel la kak...

x pe, lesson learnt :) inshaAllaj nxt time akn more aware n berhati2

semoga berjaya dlm percubaan yg sterusnya! :)

Popular Posts