Antara Dua rasa

Pernah tak rasa dua rasa dalam masa yang sama? benci tapi rindu, sedih tapi gembira, menyesal tapi terharu...

Punya dua rasa selalunya tidak logik dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk ada dua rasa berbeza dan bertentangan dalam rongga hati yang sama. Begitu juga keimanan dan maksiat tidak akan berjalan seiring. Pasti ada yang mendahului dan jauh ke hadapan malah menurut Hasan Basri, keduanya ibarat utara-selatan, jika kamu ke arah selatan,kamu akan menjauhi utara. Tidak akan selari keduanya.

Kisah ini bukan kisah iman, tapi iman juga berkaitan dengan rasa juga kan? Rasa ini yang membangkitkan iman dan juga melemahkan iman.

Saya dikejutkan dengan kehilangan rakan sekerja dengan tiba-tiba. Seharusnya saya tidak melatah tetapi mungkin saya sudah terbiasa berurusan dengannya, malah terlalu bergantung kepadanya untuk banyak perkara, maka kehilangannya menjadi hujan sebentar dalam hati saya - maksudnya sedih sedikit.

Tapi, saya gembira sebab sekurang-kurangnya dia punya ruang dan sudah pun mendapat peluang untuk membina karier( erk? ada apa pada karier?) dengan lebih cemerlang. Semua sudah maklum, jika dia masih di sini, maka, hanya setakat di situlah dia, lemau di sana. Maka, sangat baiklah untuk dia pergi.

Tapi, saya?

Comments

arissa myana said…
semoga semuanya baik2 aja kak :))
insyAllah dik,kena terima semuanya dengan redha...

Popular Posts