Komuter 101

Post ini adalah sebagai panduan untuk mereka yang akan menggunakan, sedang menggunakan atau akan sentiasa menggunakan perkhidmatan komuter. Sebelum anda mengeluh setelah mendengar pelbagai cerita tentang KTM komuter,saya harap ada bersabar, seat back and relaks.



Fuhh..macam gaya nak cerita apa je kan? relaks2x.anda pasti tidak menyesal menggunakan komuter setelah membaca panduan ini dan mengamalkannya.


1. Owh KL SENTRAL! Buah hatiku!!!





KL SENTRAL adalah tempat pertemuan segala kejahatan komuter di mana manusia yang anggun dan cantik bertukar menjadi serigala jadian dan harimau lapar dek kesesakan melampau di setiap pintu masuk keluar komuter terutama ke SEREMBAN dan PELABUHAN KLANG. Anda pasti menyesal kerana menunggu atau turun di stesen ini. Tapi, kalau anda nak ke Bt Caves or Rawang, keadaannya masih terkawal. =)


2. Naik di stesen lebih awal

Ini bukan soal masa tetapi kedudukan stesen. Seperti yang anda ketahui, walaupun anda boleh naik di Kl Sentral atau di Midvalley, sila naik di stesen2 sebelum kedua-dua tempat ini sekiranya anda mahu ke Seremban atau Pelabuhan Klang. Tetapi jika anda mahu ke Bt Caves or Rawang silalah naik di KL Sentral atau stesen sebelumnya kerana semakin anda ke hadapan, semakin sesak komuter. Tidak percaya, cuba naik di komuter Bank Negara jam 6.30 ptg, hari Jumaat ke Rawang. Silakan :D



3. Gemukkan sedikit diri atau kuruskan diri tapi pastikan anda tinggi





Agak malang bagi gadis bertubuh genit kerana anda adalah orang yang akan teraniaya kerana keadaan fizikal anda itu. Owh, maafkan saya...bukan bermaksud menidakkan ciptaan tuhan tapi anda perlu berusaha bersenam lebih kerap dan membina tubuh yang kuat untuk menghadapi tolakan dan henyakan lembut para penumpang komuter. Bertuah menjadi agak besar kerana kelebihan anda akan lebih selesa dan kuat untuk menggunakan taktik penumpang Pantai dalam untuk masuk walaupun tren sudah terlebih sardin.




4. Sediakan wang secukupnya atau gunakan Touch'n'Go




Anda tidak akan pernah menyesal sekiranya memiliki kad ini sebab anda bisa round2 satu KL dengan hanya sekeping kad.... Malah, laluan T'n'G lebih pantas dan licin(baca:smooth). Harganya RM10 dan perlu ingat, anda perlu men'top-up'nya sendiri setelah membeli kerana tiada nilai yang diberikan dalam kad tersebut. Jika anda dicaj lebih, ingat tarikh anda dicaj lebih tersebut di dlm telefon tangan anda untuk dituntut bila2 masa anda teringat. Leceh tapi lebih efisien dari terpaksa beratur membeli tiket, masuk keluar stesen dan kehilangan tiket atau tersalah beli tiket.

5. Sila pastikan jantina anda!




Pernahkan anda masuk ke tren, yang tiba-tiba bertukar semuanya menjadi pink dan berpuluh-puluh polis wanita mengangkat anda dan menghumban anda keluar ketika tren hampir2 mahu bertolak?





Jangan risau, orang malaysia ini masih bertimbang rasa dan tidaklah akan menumbuk dan mencampak anda keluar sekiranya anda tersilap jantina anda sendiri. 'Koc ini untuk wanita sepanjang masa' - pasti anda pernah membaca lebel ini kan? ada...tapi di mana ya... ketahuilah anda sudah tersilap gerabak sekiranya anda pernah terbaca ini. Bila dah sedar, pandai2lah keluar ye pakcik, atau beralih ke gerabak sebelah. 2 untuk lelaki dan satu gerabak sahaja untuk wanita dan anak2. maka, tolonglah pakcik2, abang2, adik2 - sila ke gerabak kiri dan kanan bukan tengah2 ye... anda seorang lelaki kan???




p/s: selamat menaiki komuter. Semoga anda lebih matang menghadapi kerenah hidup setelah bergelumang dengan cabaran ini.

Comments

arissa myana said…
nice one kak :) hehe

Popular Posts