confidence...

orang kate keyakinan tu penting.dan keyakinan buakn boleh dibina dengan sehari dua.tapi,bisa diruntuhkan dengan sekelip mata. dulu,x realise yang sports n koko ni sgt membantu utk bina confidence.ingat nak kumpul sijil utk masuk uni. org tua2 lebih makan garam.diorang tau confidence ni penting. sebab without sennag je kita nak meyerah kalah. dengar2 cerita org kalau akademik x ke mana tapi sukan je aktif, masa depan x cerah. setakat mana kita mampu menilai masa depan dan rezeki org. Allah dan tentukan rezeki manusia. so,x kira macam mana pun pasti apa yang telah berlaku adalah yang terbaik utk kita. berbalik pada soal keyakinan ni,org yang pandai sekalipun akan kecundang bila diuji dengan sedikit kesusahan. but,org yang berkeyakinan tinggi ni dapat menempuh segala macam kesusahan wlpn teruk diuji. tapi,jarang kita ambil berat soal ni.ibu bapa maybe x sedar yang anak2 mereka perlu involve dengan segala macam pertandingan supaya dia dapat membina keyakinan secara berperingkat2. susahnya bagi ibu bapa apabila aktiviti sebegini tidak mementingkan nilai moral yang lain lantas mengenepikan aspek akademik. seringkali semata2 utk mencipata kejayaan, latihan dijalankan dengan maksimum. justeru, solat dan buku dilupakan. kelas terpaksa di'tuang'. mana ibu bapa yang tidak risau?mana guru2 akademik yang tidak bimbang. kejayaan itu satu keperluan bukannya tujuan. itulah yang jurulatih2 perlu ingat. itula guru2 pembimbing harus sematkan dalam hati. sekalipun kita kata sukan dan pelajaran perlu seimbang, sejauh mana seimbangnya perlu kita tuju. sekalipun kita berusaha membuat jadual, perkataan seimbang itu hanyalah ilusi. 'SEIMBANG" takkan pernah wujud. apa yang perlu ditekankan ialah memeberi fokus yang tidak berbelah bahagi terhadap latihan dan masa belajar yang ada. Dengan kata lain, perlu latihan sukan, perlu waktu belajar. Kerja sekolah mesti disiapkan. Aspek2 kerohanian seperti solat tetap dilakukan dengan sempurna. Kita mahu belia dan remaja mahupun kanak2 sekolah menjadi bangsa yang mapan, individu yang berguna. apa guna jika separuh aspek kehidupan ditinggalkan utk mengejar kejayaan pada sebahagian bidang lain. sedangkan kejayaan itu sekadar dibanggakan tetapi cabaran, kesungguhan dan keberanian itu yang akan dicontohi. pendek kata, setiap ahli masyarakat tidak kira guru, ibu bapa, mahupun pelajar sekolah perlu tahu tujuan hidupyang sebenar, bukan hanya sekadar mementingkan keprluan setiap keprluan pertandinngan dan ujian.

Comments

Popular Posts