Saya telah begitu lama sekali tidak menghantar kad ucapan selamat hari raya. Budaya hantar kad ini telah gagal menyerap ke dalam jiwa saya. Mungkin kerana semasa di sekolah menengah dahulu saya menganggap diri saya anak muda yang ‘cool’. Untuk saya menghantar kad ucapan selamat hari raya ini hanyalah untuk mereka yang ‘emosional’ dan jiwang.
Di sekolah menengah dahulu kawan-kawan saya menghantar kad kepada orang yang mereka minati. Untuk saya ini perbuatan anak muda yang tidak ‘cool’. Kalau kita sukakan seorang Minah maka untuk saya adalah cool jika kita terus pergi berhadapan dan nyatakan niat dan cinta kita. Saya tidak akan membuang masa mencari-cari kad yang sesuai untuk dibeli. Kemudiannya menulis sedikit nota pendek yang membayangkan perasaan cinta. Lepas itu wajib menapak ke pejabat pos dan beratur untuk membeli setem.

erm...ada jugak fikir org fikir mcm ni...tp,betul juga...dan masa sekarang...ape kes plak?

Bila saya fikir-fikirkan maka barulah saya sedar bahawa si Mamat ini sedang menghantar satu maklumat penting dan iklan kepada saya - dia seorang ahli perniagaan yang bertaraf Datuk. Dia memiliki sebuah rumah yang besar. Dia beristerikan seorang Mak Datin. Anak-anak mereka sihat dan tinggal bersama mereka. Anak-anak mereka tidak menginap di Pusat Serenti.Hingga ke hari ini saya masih lagi belum dapat memecahkan kenapa nama-nama syarikat dan anak-anak syarikat yang dimiliki oleh si Mamat ini disertakan sama dalam kad hari raya ini. Apa sangkut-pautnya nama syarikat-syarikat ini dengan bulan puasa. Saya merasa ini satu ciri budaya baru yang agak pelik.

c:inilah..masih lagi dgn perangai lama...masih suka menunjuk2...angkuh dan sombong...apa nak jadi?

Comments

Popular Posts