Once in West Lafayette

I blog with BE Write
Salam buat seluruh penduduk bumi yang sedang beradu mahupun yang segar bugar di sapa angin petang summer nan cerah ini. Hari ini merupakan hari-hari terakhir sebelum meninggalkan bumi Amerika yang penuh cabaran ini.

Saya menyimpulkan perjalanan yang panjang ini dengan satu kata, 'JELAS'. Titik tolaknya pada niat dan perjalanan seterusnya yang jelas. Jelas objektif, jelas untuk melakukan apa, jelas dengan tindakan, reaksi dan yang paling pasti, harus jelas dengan apa yang kita mahukan.

Alhamdulillah, banyak mutiara yang dapat saya kutip, ada yang manis, ada yang pahit. Walaupun, saya berjanji tidak akan melalui lagi penyeksaan penerbangan yang panjang ini, tetapi jauh di sudut hati, saya ingin kembali, menyelesaikan kerja-kerja yang masih belum siap.

Saya bersyukur kerana jaulah yang jauh dan panjang ini membuatkan saya mengerti lebih labi tentang hidup. Saya tidaklah gembira sepanjang berada di sini, kadang-kadang terasa terasing, walaupun di kalangan kita-kita sendiri. Sesungguhnya, bukanlah tempat atau masa itu yang menyebabkan kita terasing sedemikian rupa tetapi hati. Bila mana saya terpaksa mencari celah dan runag unutk bersolat dan mencari punca untuk menyelesakan diri, air mata kerap tumpah kerana merasa seorang. Skarnya keadaan itu, tetapi saya beljar tentang satu perkara penting: selagi mana fikrah dan fikiran kita betul terhadap sesuatu, kita tidak akan merasa asing itu. Muntalaq yang menjadi peneman setia ketika jaulah ini, mengingatkan tentang bicara Syed Qutb yang benar yakni, kita bukanlah asing dan pelik. Tetapi mereka yang di luar sana yang asing dan pelik. Seolahnya mereka sedang berjalan dengan tangan dan bergembura dengan keadaan itu padahal kitalah yang berjalan dengan kaki dan seluruh alam ini bersama-sama kita sentiasa- dinding, batu, tiang, pasir dan udara sentiasa menemani hati yang sekeping ini.

Kadang-kadang dalam suasana kedinginan itu, saya menyesal kerana tidak bersungguh dalam banyak perkara yang menyebabkan saya terpaksa menghadapi pelbagai musibah. Sehingga saya merasa tertekan dengan peluang yang datang dan terpaksa berhdapan dengan pilihan yang sukar. Perasaan itu begitu teruk sekali hingga sekali lagi air mata itu tumpah tiada henti. Macam boleh panggil jaulah air mata pulak. Saya meninggalkan bumi Malaysia dengan segala urusan terbengkalai, dari kerja, projek, bisnes dan jugak penulisan yang sudah due date. Banyak tanggungjawab yang tak tertunai, dari penyusunan hinggalah perancangan masa depan. Di tambah pula dengan persoalan cepu emas emak yang menghantui, saya ada perkara yang terlalu banyak untuk difikirkan.

Kini, alhamdulillah saya sudah sedia hadapi realiti, insyAllah. Saya bersedia untuk dimasukkan semula ke section yang lain, walaupun saya baru nak duduk dan bertenang di section yang baru. Saya sedia untuk berkerja dengan team mate yang baru walau siapa pundia. Kerana saya yakin, Allah itu tidak akan menzalimi saya. Dan saya juga tidak akan memarahi, mahupun merungut dengan bos saya kerana saya tahu dia juga terpaksa membuat pilihan dalam hidupnya. Dai tidak perfect dan sudahpun nasi menajdi bubur- dia mendapat saya sebagai pekerjanya. Saya akan berusaha menyiapkan projek saya sehabis baik kerana sekarang saya jelas tujuannya ke mana. Saya akan berkeras dengan semua counterparts yang berurusan dengan saya dan memastikan saya bukan di pihak yang kalah. Akan saya astikan seminggu ini sesuatu akan berlaku.

Saya tidak tahu apakah yang terbaik kerana saya banyak sangat impian yang bertukar menjadi impression bila mana saya berada dalam sesuatu keadaan. Saya ingatkan akhawat ini super daie yang bisa menjadi perfect sahaja dalam perkara-perkara asas. Namun, judgement terhadap perkara asas jugak berbeza. Jaulah ini terasa kepelikkanya kerana terasa seolah-olah mereka ingin cepat-cepat men'ditch' saya dari satu tempat ke temapt yang lain. Ini menyebabkan saya memuhasabah diri, adakah saya ini orang yang sukar dilayan? Terlalu kompleks dan terlalu demand? Atau mereka juga keliru dengan siapa saya dan apakah role saya mainkan ketika berjumpa mereka. Seikhlasnya, saya tidak peduli bumi mana pun saya berpijak kerana saya tahu ada kecantikannya, tetapi cantik sesuatu tempat itu adalah kerana orangnya. Serius, jika anda mampu membuatkan suasana itu warm enough, secara tidak langsung ia tergambar dalam gambar yang anda ambil. Kamera anda tidak menipu dalam hal ini, cuma kadang-kadang maat yang tertipu dnegan trick kamera. Sungguhpun perasaan itu ada dan menebal yang membuatkan saya sebal, ia mengajar saya untuk bertenanag, kemabli pada Allah dan berdoa banyak-banyak supaya Allah luaskan hati saya untuk berfikir baik sahaja tentang akhawat. Alhamdulillah saya rasa sudah banyak ruang seluas pokok boabab untuk diisi ruang tamu dan bilik tetamu yang semakin ramai mengunjungi. Jelaslah yang waktu itu menyembuhkan dan memberi pengalaman. Adik-adik kurang pengalaman dan mereka telah lakukan yang terbaik untuk perjalanan kali ini. Sangat berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan mereka.

Sudah pasti dnegan belanja yang dikeluafkan, tenaga dan masa, adalah sesuatu yang tidak mungkin dpaat saya balas. Even dengan jumlah dollars yang saya kira-kira, tidak mampu saya balas, apatah lagi barang intangible seperti kesanggupan men'drive' kan saya ke sana ke mari, lagilah tidak dapat saya bayar. All the sleepless night, kerumitan dan kebimbangan, sudah pasti Allah sahaja yang boleh membalasnya. Apa yang jelas juga, objektif tidak tercapai dan terasa pengorbanan dan wang yang dihabiskan tidak berballi dnegan apa yang dapat saya sumbangkan kepada mereka. Remuk juga hati, tetapi dengan keyakinan, apa yang telah berlaku adalah yang terbaik, saay terima seadanya.

Of course saya terasa amat teruk sampai terasa di bumi mana pun saya berada, saya sangat hopeless, kebodohan, kelemahan, ketidakmampuan dan kekesalan bersarang di jiwa. Tetapi, saya tidak akan breakdown dan pulang ke kampung menangis dekat mak abah. Saya cukup dewasa untuk selemah itu. Tetapi apa yang akan saya lakukan, saya akan hargai setiap moemnt kesusahan yang saya hadapi dan merakamkannya di dalam blog ini. Moga, bila mana saya terasa macam putus asa bak ayang-layang putus talinya, saya akan kenang kembali kembara saya menghadapi kesukaran masa lalu. Saya yakin jalan yang akan saya tempuh selepas ini bukan mudah. Makin banyak tanggunjawab, makin banyak kehendak dan keperluan yang terpaksa saya tempuhi. Hanya Allah yang tahu. Berpegang kepada itulah, saya akan cuba membuat yang terbaik dan tidak meletakkan neraca sesudah perkara berlaku tetapi hanya mengukur sebelum perkara tersebut dibuat. Bukan senang untuk memujuk diri setelah mengalami kekalahan, tewas dan kegagalan dalam setiap misi yang dijalankan.

Namun, kini saya tenang. Bersedia. Dan jelas ke arah mana yang saya perlu tujui. Persoalan cepu emas mak, saya sudah pasti dengan apa yang saya mahu dan apa yang akan saya lakukan. Bila tiba masanya, hal ini perlu diambil serius dan saya tidak mengelak lagi. I will try to live healthier, happier and stronger. Dengan apa sekalipun yang terjadi, prinsipnya tahu apa yang betul dan buat apa yang sudah diketahui betul. Thanks to Wardina yang keep on reminding to know why we doing t his and that... Terima kasih untuk semua atas pengalaman yang berharga ini.

Terima kasih.


I blog with BE Write

Comments

arissa myana said…
semoga Allah kuatkn akak :)

being there in the 1st place sudah mrupakn 1 persiapan yg Allah sediakn utk akak, see, now akak dah brsedia utk mnghadapi apa yg mendatang kn?

dan pastiny mata yg mmbaca ni turus terkesan.

moga Allah redha :)
You'll never alone. itu yg sy belajar dri akak ;)
Sometimes ur comment means more than what i've wrote. Jzkk for being there for me..insyAllah Allah itu sentiasa ada, dimana jua kita berada, di tangga keimanan plg tinggi mahupun rendah..

Allah tidak akn pernah menditch kita kn?
arissa myana said…
Allah... tu la kan kak...
dan ap yg kita beri sgt2 lah...humn.

semoga itu mnjadi sbb utk kt trus kuat mncari redha Dia... kalau bukn krn rahmat Dia, entah apa jdi pd kta..

moga Allah redha ;) love u kak!

Popular Posts