Warna-warna kehidupan
Warna-warna dalam hidup saya
Sejak kecil lagi saya memang sukakan seni- arts. Saya amat teruja di dalam kelas seni, malah itulah kelas yang paling ditunggu-tunggu selepas kelas sains. Kerna dalam kelas sains, saya boleh bereksperimen dan mengubah warna-warna bahan kepada warna-warna yang amat cantik sekali. Saya obses warna.
Obsesi ini diparahkan lagi dengan kewujudan seorang guru yang selalu mengatakan '.....paling lurus/baik/cantik dalam dunia....' Hasil kerja kami selalu diberikan ranking dan saya amat suka bila dia menyebut, '10 terbaik dalam dunia!' Itulah dia Cikgu Hadi, guru seni saya di sekolah menengah. Tangannya memang berseni, menyentuh apa sahaja, pasti menjadi. Tidak kiralah dari water color ke poster color, dari mencanteng batik hinggalah melukis mural, dia melakukan dengan terbaik- boleh dikatakan hampir sempurna.
Warna dan seni adalah perkara yang sentiasa menggembirakan saya.
Masih saya ingat ketika di sekolah rendah, jika sesuatu kerja arts itu tidak dapat saya lakukan dengan baik, abahlah menjadi mangsa untuk melukis. Satu hari, abah terpaksa melukis orang yang bermain layang-layang untuk tugasan yang berkisarkan hobi barangkali. Walaupun tidaklah sesempurn mana, tetapi kesungguhan dan ke'willing'an abah menyiapkan kerja-kerja seni bersama kami, amatlah saya hargai. Bukan mudah untuk ibu bapa zaman sekarang sanggup meluangkan masa semata-mata mahu melukis orang bermain layang-layang untuk anaknya. Zaman anak-anak itu yang paling cemerlang, walaupun abah terpaksa meninggalkan kami untuk sambung belajar di UKMalaysia, namun, ketika itulah kami banyak belajar berdikari.
Mak setiap harinya, akan membuat kuih dan sayalah menjadi penjualnya...kueh!kueh!kueh...mcm siti nurhaliza pulak, tidak tugas saya hanya menyampai kuih tersebut kepada makcik kantin untuk dijual kepada murid-murid sekolah. Dahulu, saya tidak kisah dengan kerja-kerja menjual ini, cuma terkadang tugas mudah jadi sukar bila banyak sanagt yang hendak dicapai dalam satu masa. Sebagai seorang yang minat sukan juga, walaupun tidaklah secemeelang mana dalam sukan, saya memang suka mengambil bahagian dalam sukan. Nak dijadikan cerita, praktis saya hari2adalah membawa kueh sambil berlari. Kuih sampai dan saya juga cukup warm untuk terus berlari di padang. Bak kata orang, "kill 2 berds with 1 stone". Antara banyak-banyak pengalaman itu, pernahlah suatu hari yang agak terik mentarinya, seperti biasa kuih di tangan, berlari 100 meter untuk sampai ke destinasi dalam 10saat. Agak-agak, walaupun dengan latihan yang cukup, kaki itu bisa tersadung jua. Kuih keria yang bersalut gula pasir itu tumpah ke pasir...walaupun dengan pantas saya mengutip kuih yang jatuh itu, tidak terfikir oleh saya kesannya kepada si pemakan, kerana terlalu bimbang jika hasil kurang hari itu disebabkan saya. Seperti yang saya sangka, perisa pasir itu lebih enak, dan kuih tersebut habis licin...harap ya tiada yang terkena sakit perut kerana hal ini diceritakan kepada mak setelah kering segala perasaan bersalah itu. Setahun kemudian kot....
Itu cerita minat sukan dan menjual kuih, tetapi banyak kan moment2 indah yang dicipta Allah untuk mendidik kita. Saya pasti orang yang senang, takkan even merasa pengalaman untuk berlari seratus meter kerana kaki hanya mencecah pintu pagar rumah dan pintu pagar sekolah. Mungkin itu sebab anak-anak muda sekarang terlalu pelik jadinya kerna senang terlebih. Jarak antara rumah dan sekolah tidaklah dekat, malah berbukit, tetapi perjalanan ulang alik itu memang seronok dan mengujakan. Dulu Muadzam itu sungguh sejuk hinggakan jika berjalan kaki di awal pagi, terasa embun menampar pipi. Bagaikan perjalanan dari Lakeside ke Ramphall Hall, sungguh sejuk! Ah, betapa saya rindukan Warwick! Bukankah anda dapat melihat warna pelangi di situ? Ada indigo yang malu-malu, ada merah yang terang membara dan ada kuning yang memang warm... Sebab itulah di heujung bandar Muadzam Sahah itu ada nama tempat dipanggil Pinggir Pelangi. Di sana, with out fail, pelangi akan pasti muncul selepas gerimis mengundang.
Di sekolah menengah, jika warna itu mengambil tempat, pasti hijau dan biru menjadi pilihan. Hijau bila cita-cita segar, ingin menghirup ilmu dan pengalaman di tengah kota Kuala Lumpur, dan biru pula bila mana rindu-rinduan pada rumah menjadi teman setia. Setiap hari ketika sedih rindu rumah, pasti ada bunyi seekor burung(ada orang kata ungka, tapi ada ke kat tengah-tengah bandar tu?), sehingga bunyi yang sinonim itu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Saya seolah dapat merasai kembali bagaimanakah perasaannya ketika burung itu bersiul dan perasaan itu jelas sejelas bunyi siulan tersebut. Sebenarnya x best pun perasaan itu, tapi bila mengenang nostalgia, yang pahit bila jadi manis bukan?
Eh, Di mana oren? Koleksi warna pelangi belum habis, selepas merah, indigo, kuning, hijau dan biru...oren? Macam xde je dalam senarai warna yang dihafal-Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan U! J 4 jingga! Jingga.... Mungkin lebih sesuai di samakan dengan keadaan ketika di A-level dahulu. Subang Jaya itu sangat-sangat berjaya hinggakan sempit dan berhabuk, dan tentunya sangat bising! Tetapi perasaannya benar-benar baru dan menterkezutkan juga. Pertama kali tinggal bersama non muslim-rumah aku,rumah kau jua, bilik aku, bilik kau jua? Errr...x boleh beb, no shoes inside my room, okay... Begitu juga di kelas, kami rapat dan persahabatan itu ceria kerana kami hanya berkongsikan keceriaan. Terasa begitu famous sekali bila mana hanya kami bertiga Melayu, dan masa tu agak perasan pandai juga, walaupun sebenarnya tidak... But, alhamdulillah dapat fly dengan sedikit colors :)
Ungu? Dimana ungu? Dimana!!!!
Ungu adalah warna evergreen saya. Menjadi warna pilihan dan ungu sememangnya unik. Tidak percaya? Cuba lihat anak-anak muda di uk sana, apakah warna pilihan untuk menunjukkan keunikan masing2? Ungu! Tidak kisahlah dengan padanan ungu-hitam, ungu-kuning mahupun ungu-coklat, warna ungu memang biasa strike hati sesiapa sahaja untuk pandang kali kedua. Cuma saya mengambil langkah tenang dengan memilih warna ungu pastel untuk disarungkan ke badan. Habis satu almari berwarna ungu? Tidak, pilihan baju variasi kerana saya tidaklah pandai shopping sendiri, maka pilihan selalunya terletak di tangan si peneman shopping saya.
Kenapa sibuk tulis entri tak penting nih? Owh, sebab saya sukakan art dan nak tulis buku 'Arts for kids'. Maka, tengah mencari idea dan pengalaman untuk dikongsikan bersama. Tambahan pula di saat penyakit lupe semakin membarah, maka lebih baik jika moment indah ini dicapture dalam tulisan... Seperti Shakespeare menukilkan di dalam sonnet 18,
'So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.'
Apa warna anda hari ini?
Comments
teringat bila ada kerja rumah pendidikan seni dan clash dengan kelas mengaji, saya akn bg alasan mahu siapkan h/work.
dan pastilah, pn. emak amak memaksa saya ke rumah Tok Sani untuk menghabiskan muqaddam agar lekas naik alQuran.
balik sahja di rumah, kerja sekolah siap, esoknya dapat A+ lagii.. hehee
Allah..
suka analogi warna dan juga pagar sekolah. mendalam.
moga Allah mudahkn urusan akak :)
rindu.
Doakan akak di sini keh... Sebab life kat cni memang bersifat kapitalis betul...
:)