terima kasih teman

semalam seorang teman menghubungi sy.bercakap dan meluahkan perasaan adalah yang paling bagus pada saat2 ini. teman ini banyak mengingatkan saya kepada diri saya sendiri.bagaimana kami sebenarnya punyai masalah yang sama, kami tahu jalan penyelesaiannya dan kami juga tahu apa kesannya jika kami membiarkan masalah itu terus menghantui hidup kami.
saya akan ke notts,hujung minggu ini.insyaAllah
selingan untuk cerita seterusnya. dia bercerita ttg pintu2 yang terbuka, setelah dia dahulu menutup serapat2nya.ya...saya juga telah membuka pintu2 yang sepatutnya sudah terkunci sekian lama. rasa bersalah semakin menebal.saya x tahu apa yg telah dia lakukan tapi saya sedar apa yang saya lakukan ternyata amatlah salah.walaupun sukar untuk menutup pintu2 kembali, saya akan berusaha.itulah jihad saya buat masa ini.sekalipun imej saya sudahpun tercemar, malah nilai diri semakin terhina, usaha itu yang lebih penting.saya mengharapkan supaya Allah membuka ruang untuk saya lagi.apalah ertinya seluruh dunia ini andai tanpa kasih sayang dan hidayah-Nya.saya tahu pintu taubat sentiasa terbuka, tapi saya malu padaNya dengan janji2 sy selama ini.terkenang lagu Damba CintaMu dendangan raihan.begitulah sy.~pagi ku ingat petang ku alpa, begitula silih berganti~ sy berterima kasih pada insan2 yang sudi menegur dan memberi nasihat yang tidak putus2 buat diri saya yang semakin hancur.terima kasih teman.atas masa yang dibazirkan, atas kredit masa yang terluang, dan atas wang yang mengalir semata-mata mahu melawat saya di sini.saya mungkin x mengahrgainya,tetapi jauh di sudut hati sy, sy bersyukur kerana Allah membuka hati anda semua untuk membantu temanmu di sini.terima kasih sy ucapkan, kalian adalah insan2 yang x jemu berjuang dan berjihad untuk islam.kalian adalah yang terbaik

notakaki:saya baru melawat one of the bruneian girl nyer blog. sy tersenyum lebar membaca entri2nya. subhanallah! to think how much she has change dan menghasilkan entri2 yang meaningful, sangat2 lah mengagumkan saya. thanks to tuan punye blog.nway, sy still x memberi komen/say salam to her yet.i will someday....
doakan saya supaya diberi hidayah olehNya...

Comments

Popular Posts