pemergiannya


hari ini pagi2 lagi sy bgn untuk sahur bersama teman di flatnya.melayani saya bagaikan puteri membuatkan sy semakin manja di flatnya.maka, selepas solat subuh, saya bergegas pulang ke flat saya dan menyudahkan kerja2 rumah sebelum mata mahu tidur semula. sy terlalu penat kerana semalamnya sy hanya tidur beberapa jam sebelum memulakan hari isnin yang penuh.sy ada group discussion sehingga jam 1 pagi.sebab itu, sy terus tidur di flat teman sy itu.

pagi ini,lebih kurang jam 8 pagi, sy mahu tidur sebentar.meregangkan kembali urat-urat dan memanjakan diri di atas katil yang empuk.kedengaran kecoh2 diluar bilik. tidak jadi sy tidur.sy keluar dan bertanya, apakah halnya. rupa2nya abang yang sy ceritakan dulu yg menderita kanser sudah meninggal dunia mlm tadi. dan dia meninggal hari yang sama dengan har lahirnya. suasana pagi terus berubah. kami bersiap2 untuk pergi ke rumah kakak khadijah.membantu apa yang patut.
setibanya kami di sana, kami disambut dua pupunya yang kelihatan sgt penat tetapi tetap berusaha menyambut kami dgn baik. sesekali bercerita air matanya mengalir. dia baru sahaja tiba di london mlmnya dari malaysia. dan terus bergegas ke coventry. sepanjang di rumah itu, sy byk berdiam diri. xtahu apa yg perlu dikatakan.


apa yang lebih meruntun perasaan saya apabila melihat anak2nya. isterinya kelihatan sgt tabah.tiada kesan air mata yang kelihatan.kata seorang kakak di situ, mungkin sudah agak lama tempohnya. suasananya tidak seprti di malaysia. di sini hanya beberapa kerat sahaja yang dtg ketika jenazah dimandikan. ketika sudah dikafankan kami dpt melihat buat kali terakhir. anaknya yang sulung menangis,ditenangkan oleh ibunya-ibunya tabah bukan? anaknya itu baru berusia 10 tahun. dan paling membuatkan saya sebak apabila melihat bapa kepada abang hazil( ibu bapanya sudah agak lama berada di uk untuk menjaganya)membelai tubuh anknya buat kali terakhir.kasih bapa kepada anak. dia kata kepada kami 'sy ingat dia yang akan memandikan saya bukan sebaliknya'. ajal maut di tangan Allah.bukan kita untuk menentukannya.

sy merenung diri.bukannya lama kita berada di dunia untuk mengutip amal sebagai bekalna.

nota kaki: dira(teman saya) menenangkan anak kak khadijah, Sarah semasa arwah bapanya dimandikan di masjid hijau, coventry.

Comments

Popular Posts