cukuplah tu mak...

saya mungkin balik ke uk dgn perasaan sayu dan agak kesal dgn apa yg terjadi ketika hari-hari utk pulang ke m'sia semakin hampir. saya tak salahkan mak saya atau keadaan sekeliling.sebab puncanya saya juga. saya rasa sesiapa yg menjadi 'anak emas' dlm famili dia blh rasa apa yg sy rassa. sememangnya saya tak minta utk jadi anak emas.keadaan lebih merimaskan dan membosankan.saya cuba utk tidak menyuarakan apa-apa keinginan saya supaya mak saya x cuba utk penuhi.segala apa yg saya ckp sy suka, pasti esoknya sudah dibeli oleh mak saya. saya satu2nya anak yg diberi birthday present dan di'celebrate' birthday nya. siapa tak gembira dilayan sebegitu istimewa. cuma, sejak akhir-akhir ini, saya gundah dgn situasi ini.kucar. kucar dgn perasaan sendiri. seolah-olah saya sudah tiada kesukaran utk mencapai sesuatu. bukan saya minta kesukaran, cuma apabila sesuatu perkara itu amat mudah, ia hilang istimewanya.ia hilang kesyokkan utk menikmati sesuatu itu. saya tidak pernah dilarang ke mana-mana, cuma sekali saja. itupun jika saya berkeras, pasti saya akan dpt pergi juga. saya jadi marah dgn emak saya jika hari-hari dia belikan kuih yg sy pernah kata suka. mmg sy suka, tapi bukan bererti sy mahu mkn hari-hari. adik-beradik yg lain juga sudah mula cakap-cakap. sbenarnya, moral of the story, susah nak satisfied org lain. lebih baik serahkan pada Allah. buatlah yg termampu dan sekiranya x dpt seperti yg kita mahu, redha dgn ketentuannya. Susah nak puaskan diri sendiri sebenarnya.
sempena 10 terakhir ramadhan ni saya merasakan sy semakin lagha dan bermain-main. Ya Allah, tetapkanlah di jalan ini. bukan mudah nak mengawal hati yang berbolak-balik ini...

Comments

Popular Posts