Sempit

Tajuk ini kurang sesuai untuk diri saya yang boleh dikatakan mewah dengan wang kerana kurang gemar berbelanja walaupun gaji boleh katakan sedap juga. Begitu juga, saya buknnya sibuk sangat macam doktor-doktor mahupun full-timer daie di luar sana. Saya ini orang biasa yang biasa-biasa aja kehidupannya. Cukup makan, cukup pakai dan cukup masa.

Malah, mungkin berlebihan kerana masih sempat meng'update' blog untuk tujuan peribadi.

Perasaan sempit saya telah muncul semalam. Malah, hampir-hampir membuatkan air mata saya tumpah dek menahan rasa. Sejujurnya apa yang berlaku semalam hanyalah kesilapan teknikal atau komunikasi dua hala yang tergantung. Perkara ini mengakibatkan saya berfikir apakah silapnya saya berperasaan begini.

Kerata saya memang sepenuhnya milik saya - saya bertangungjawab memeliharanya. Namun, mungkin kebanyakan masanya kereta itu bersama orang lain. Mungkin paling kerap sekali bersama adik lelaki saya. Maka, di hari-hari saya tidak mempunyai kereta, begitu sulit sekali untuk ke mana-mana. Saya bukanlah suka menagih simpati orang mahupun suka menumpang orang, malah perkara terakhir yg saya mahu lakukan adalah berada di sudut tumpangan. Barangkali ramai yang faham keadaan ini.

Seringkali saya meminta adik saya untuk menghantar pulang, dan jika kereta itu bersamanya, tidak ragu-ragu dia mengatakan "YA" dan segera mengambil dan menghantar saya ke mana sahaja saya mahu. Baik bukan adik sy ini? Namun, malam tadi jawapannya agak sedikit keras dan menjengkelkan dirinya dengan permintaan saya. Opss, air mata belum tumpah lagi. Sekonyong-konyong saya teringat bahawasanya dialah my saviour di waktu susah dan senang saya. Ternyata saya terkecewa di situ.

Ini gara-gara saya menyangka ada orang yang akan pulang ke arah KL sedangkan statement itu dibuat dengan nama bersahaja dan bukanlah satu janji.

"Saya boleh hantar awak balik.."

Disertakan oleh Allah juga, bahawasanya jam sudah menunjukkan jam 12 lebih, mata masing-masing sudah kantuk dan penat. Maka, pilihannya adalah untuk berehat sahaja di rumah-rumah terdekat. Sekalipun tanpa bekalan baju mahupun alatan mandi , saya pulang juga bersama salah seorang mereka. Dalam fikiran hanya berfikir untuk mencari penyelesaian baju dan bahan-bahan untuk bekerja esok hari.

Ternyata Allah itu Maha Sweet. Saya tenangkan diri, senyum dan melangkah masuk ke rumah Fateh dengan bergaya. Masih ada yang belum tidur, lantas bertanyakan baju-baju yang cukup besar untuk dipakai(diriku bersaiz triple XL ini begitu sukar untuk menemui baju kurung yang sesuai). Ternyata baju hijau pucuk pisang yang termuat di badan walaupun kelihatan benar kesentengannya. Tidak apa. Redha. Asalkan cukup besar. Walaupun hijau pucuk pisang is so not my color.

Malam itu saya membaca Al-Quran dan Muntalaq sehingga mata benar-benar kantuk supaya fikiran tidak teringat kisah ini. Semoga bangun pagi esok, yang keluar di fikiran hanyalah ayat-ayatNya dan motivasi Syeikh Ahmad Ar-Rasyid. Alhamdulillah, pertemuan dengan ahlul_fateh itu amat menceriakan dan mengujakan. Yup, saya tertinggal keropok lekor asli Terengganu yang teramat enak itu. Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk mereka yang menikmatinya.

Saya positif dengan apa yang berlaku kerana Allah mengajar saya untuk bergantung pada Dia semata. Malah, DnT ini mengajar untuk melengkapkan diri dengan segalanya. Tiada ketempangan yang dapat dijadikan alasan. Maka, selepas ini, kereta ku adalah untuk aku. Huhuhu...

Notakaki: Sebenarnya keretaku accident sedikit dan perlu ditinggalkan untuk direpair. Lantas mamaku meminta untuk kereta itu dipinjamkan kepada mama ku kerana keretanya dipinjamkan kepada kakakku. al-kisahnya kereta kakakku accident ketika dalam perjalanan untuk mengambil mak dan abahpulang dari indonesia. This is what we call systemic risk or more relevant word is 'domino's effect'.

Comments

arissa myana said…
salam,

smoga pengorbanan kak, Allah shj yg membalasnya.
most importantly, hati jg perasaan yg anda korbankan buat mereka di sekeliling anda :)

love u kak :)
jzkk dik. moga Allah membantu kita utk terus tsabat di jalan ini.

luv u too dik!!!

mish u so much.

p/s: kak pindah umah baru feb nnt.jemput dtg...

Popular Posts