Kachak, witty and simple!

Kachak, witty and simple. 3 kata untuk abah saya.

Hari ini merupakan hari abah bukan kerana hari ini hari lahirnya tetapi kerana hari ini adalah hari dia didaftarkan sebagai penduduk Tanah Melayu yang sah. =)

Anak kepada Tuan Sheikh Abdul Ghalib dan Puan Siti Sepiah ini adalah abah yang terbaik sepanjang zaman.

Masih segar dalam ingatan, abah dengan taglinenya yang famousnya, "Abah ada 100 perkataan sahaja.." ketika kami sibuk meminta abah tenang-tenang sahaja sempena majlis pertunangan kakak - majlis yang pertama seumpama itu dalam famili kami. Ternyata abah memang tenang dan simple. Seperti kata orang-"Man of few words"

Anda rasa cucu IHAB ini kachak? Abah saya lagi kachak dari dia...huhuhu..
(anak yg perasan berabis)


Abah saya yang tersayang, tegas dalam diamnya, lucu dalam bicaranya dan kemas dalam penampilannya. Untuk abah, selagi abah ada dan kudrat ada, impian abah untuk mendapatkan kereta impian abah akan anak abah ini tunaikan..insyAllah.

Saya Sayang Abah Saya!











Comments

Popular Posts