my mum is amazing


Saya tidak secomel baby di atas ketika kecil dulu.Malah, paling kurang tahap kecomelannya dek ruam-ruam yang memerahkan dan menggatalkan saya. Sehinggakan mak kena lumurkan tempat tidur dan baju-baju saya dengan krim ubat. Sabarnya mak menjaga anak istimewanya ini sekembaliya kami di semenanjung.Kiranya setibanya di semenanjung, kisah ruam-ruam ini bermula.

Bukan nak cerita tentang comel dan erti kecomelan tapi hari kelmarin saya berjaya memasak masakan melayu dengan cemerlangnya since sekembalinya ke tanah air. Yeah! bihun goreng!



Rekod masa : 1 jam
Berat tanpa air : Sebungkus bihun
Bahan-bahan : Air, Bawang dikisar, Sebungkus perencah, sedikit kicap dan garam secukup rasa
Tenaga : Gas Petronas, Sekuat tenaga seorang wanita

Baru saya sedar nak masak bihun ni memerlukan kekuatan tangan yang sangat mantap. Bak kata Miss Sharapova,kena latih agkat dumbell dulu sebelum memasak. Memang tidak saya sangka betapa susah nak bagi mee tu lembut, nak make sure semuanya cukup rata dan cukup rasa, wuuuaaaahhhh, memang tak menang tangan, memang tangan dah abih ngreng(bak kata orang Terengganu) mengacau bihun. Penat dan lenguh sangat tangan-lengan saya ini. Tapi, hasilnya berbaloi walaupun sedikit pedas.

Selepas tahu betapa susahnya nak masak bihun ni, terasa bersalah sangat dengan mak sebab mak mesti buat bihun yang super duper sedap setiap kali saya pulang ke kampug. Waaaaa, mak memang amazing! Sebab mak tak pernah fail untuk memenuhi kerenah dan kehendak anak daranya ini. Terima kasih mak!!!

Lagu yang sangat touching walaupu susunan lagunya sedikit rancak...

http://www.youtube.com/watch?v=uSeAFCfWV4U&feature=related


Comments

arissa myana said…
cool... hehee rupa2ny nak masak bihun bukan senang kn?

our moms are real amazing figures :)

Popular Posts