2 mazhab: yang mana satu?

Sejak akhir-akhir ini banyak benar ujian-ujian ringkas yang diberikan oleh para guru untuk anak-anak muridnya yang baru setahun jagung mahupun yang sudah bersekolah dengan kadar masa yang lama. Mahu uji kefahaman ye cikgu?



Timbul satu persoalan dalam kaedah kita menjalani hidup sebagai muslim ini - patut kita tekankan soal ketertiban ibadah khusus mereka atau berusaha mengubah corak pemikiran mereka dan berusaha berdikit-dikit untuk menyempurnakan soal peribadatan dan akhlak mereka.

Sebagai orang muda, sememangnya kita agak alergik sket utk menerima teguran bab2 menutup aurat dan memperkemas solat kita nih. Agak tersinggung jugak tatkala asyik tersekat-sekat membaca Al-Quran bersama-sama ketika tadarus Ramadhan. Maka, berlumba-lumbalah kita cuba menyemai nilai dan cuba perbaiki tatacara solat dan kesempurnaan bacaan Al-Quran untuk mereka yang baru-baru nak sedar untuk apakah mereka hidup di dunia. senang cerita, mereka ini adalah mangsa keadaan yang baru nak mengenal Islam yang sebenar. Ini approach mazhab pertama yang agak bagus juga alasannya.

Nak tahu kenapa?

Yelah, Islam itu akan terekspresi dengan perbuatan si pelakunya i.e. muslim itu sendiri. Maka, sangat logiklah sekiranya seorang Muslim yang baru mahu berubah dilengkapi dengan kefahaman yang betul dalam meyempurnakan peribadatan dan akhlak mereka supaya tidak menjadi fitnah kelak. Namun, dalam keghairahan kita untuk 'SEMPURNA', barangkali kita tersempit dengan method ini dan agak sukar untuk keluar untuk memahami Islam itu dalam konteks yang lebih luas- yakni memahaminya secara holistik. Percaya atau tidak, barangkali sudah setahun usrah, kita tidak tahu ataupun tidak diberitahu bahawa dakwah itu wajib. Malahan, apabila secara teorinya kita fail, apatah lagi nak wujudkan perasaan dan menggerakkan anggota untuk melakukannya. All about mengucap shahadah, adalah sebagai saksi dan kita menyaksikan, i.e. kenalah jalankan tanggungjawab saksi hingga kebenaran is revealed.

Owh, saya tidak menyalahkan usrah, cuma agak terkilan dengan sudut pandang kita terhadap pengendalian usrah itu sendiri. Jadinya, kita perlu berusaha beri kefahaman tentang dakwah ke dan biarkan mereka terjun ke medan dakwah tanpa melengkapkan diri dengan ciri-ciri akhlak muslim yang baik?

Itu kes mazhab kedua. Bila mana kita sibuk cerita tentang fikrah, kita terlupa bab kemantapan ruhiyy dan akhlak. Bukan salah fikrah, cuma kita kadang-kadang tercicir bab ini bila kita sangat teruja untuk memahamkan orang lain tentang tanggungjawab sebenar kita. Tak mustahil lahir, para daie yang masih merokok, masih menc*r*t, masih mengumpat dan masih banyak compang campingnya berada dalam kancah dakwah dalam waktu yang lama. maksud saya, dah buat kerja dakwah lama dah, tapi isu-isu ni masih belum settle. Maka, apa masalahnya?

Sememangnya kedua-dua penting dan sebenarnya boleh je buat simultaneously. seriously xde dua mazhab yang menyebabkan kita terpaksa memilih sebab memang kena mantapkan kedua-duanya.

Comments

Popular Posts