Seolah-olah kematian itu dekat di kerongkong

Musibah berdekatan rumahku


ya,benar-benar berdekatan rumah.dan hampir setiap hari saya melalui jalan tersebut,melihat bangunan tersebut.namun,ketika mendengar kejadian tersebut terasa seolah-olah itu berita mereka.tiada kena mengena dgn kehidupan saya.tetapi bila saya lihat kembali,saya sedar itu mungkin sahaja terjadi kepada saya dan mungkin sahaja sayalah orang yang berada di bawah itu ketika kejadian tersebut berlaku.

semalam kami men'tadabbur' surah al-humazah.yang menceritakan sikap orang2 kaya dan suka mengumpul harta.disifatkan mereka ini suka mencela dan merendahkan orang lain.malah, mereka ini tidak langsung mengikut neraca manusia,apatah lagi neraca Allah. mereka ini hanya mengikut neraca dan pertimbangan mereka sendiri. sungguh buruk perlakuan mereka sehingga diceritakan Allah ttg neraka hawiyah yang dikhaskan utk orang sebegini.

namn,kita tidak sedar, 'mereka'itu mungkin kita.kita memandang rendah pada pekerja asing,pada pembantu rumah kita sehingga meletakkan mereka ke tahap seorang hamba.kita merasakan kitalah yang memberi mereka rezeki kerana kita membayar gaji mereka.tidak sedarkah kita bahawa kita ini sama shj dihadapan Allah.mengapa sanggup memperlakukan sedemikian rupa.kita juga(terutamanya saya) pernah memandang enteng pekerja2 pembersihan(floor manager,pengutip sampah etc). but, i realise that i am no better than them. there is no way to said that... I'm one of the ppl yg bakal menerima hukuman Allah-nauzubillahiminzalik. ya,Allah,saya terdiam sendiri bila mengenangkan betapa basic of islam sendiri sy x amalkan lagi-sebab mungkin sy x faham.so,apa kaitan dgn perenggan di atas? kaitannya,kdg2 kita lupa bahwa bila kita ada duit yg banyak,harta yang banyak,kita FIKIR kita BOLEH BELI KEMATIAN. sy tertarik dgn ungkapan murabbi sy...MEMBELI KEMATIAN...biasanya org berkata,membeli kehidupan-tapi yg dimaksudkan di sini,kita fikir kita mampu menguasai kematian dengan membelinya.sebab kehidupan mmg Allah dah siap beli,dan kita mcm2 mana pun x akan ada kuasa untuk membelinya. x akan pernah....

sedarlah saya bahawa saya ini masih banyak kurangnya,masih lemah imannya.masih kurang usahanya.saya sedar apabila sy tinggalkan basic islam itu,pelbagai perkara ynag terjadi.hak kesamaan antara islam, semua orang islam berhak dilayan sebaiknya,begitu juga yang bukan islam yang bertindak baik terhadap kita.mereka ada hak akan akan dituntut di akhirat kelak jika kita mengabaikannya.punca segala kejadian jenayah yg dilakukan oleh warga asing mungkin juga berpunca dr kita yang mengabaikan kebajikan mereka. ada yang dibayar gaji rendah malah ada yang tidak dibayar langsung.jadi bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup?mereka terpaksa mencuri,mencopet dan merompak. perkara sekecil2 jenayah mampu jadi besar bila kita mula melakukannya,syaitan akan menarik kita supaya mahukan lebih lagi,buat lebih lagi. memikirkan semua ini, sy berada begitu sedih dan terasa begitu kerdil.

kini sy semakin sedar betapa banyak tanguungjawab dan hak2 yang perlu ditunaikan. terasa masa2 yang dibuang begitu sahaja tanpa berusaha menunaikan hak2 mereka dan mengubah dunia ini menjadi lebih baik. masa tidur sudah berlalu,masa menonton tv sudah berlalu, masa berhibur dan berlibur sudah berlalu. terbentang di hadapan saya seribu satu tugas yang hanya mampu dijalankan dengan kekuatan yang dtg dari Allah,dan pastinya kekuatan itu terpancar dari hati yang penuh dengan rasa keimanan.dan itulah yang menjadi prioritinya sekarang->menambahkan keimanan,keperluan dan kebergantungan pada Allah semata-mata untuk menunaikan tujuan saya diciptakan-> menunaikan hak2 sebagai abid dan khalifah.

wallahu'alam.

-apakah rasanya bila kematian itu singgah menghampiri,berbisik pada hati kita?-

Comments

Popular Posts