ba'da asar, ba'da isya'

kepulangan kali ini benar2 menyeronokkan.walaupun demam x kurang2 sehingga ke hari ini. kdg2 melihat perubahan orang lain menjadikan kita semangat untuk hidup semula dan semangat untuk menghadapi mati.

siapa pun xkan pernah sangka sekalipun sangat2 mengharapkan keluarga kita sentiasa dirahmati Allah. kali ini cerita ttg adik bongsu kesayangan saya...

zaki cakap dekwan dah berubah.x pernah tinggal solat,malah zaki cerita kat shopping complex,masa zaki siap2 nak tengok wayang, dekwan senyap2 datang bertanya, "Eh,zaki, ko dah solat ke belum?" bagi sesiapa yang mengenali adik saya ini.tidak akan pernah menyangka soalan itu keluar dr mulutnya...
malah, sekarang bila nak keluar, dia akan keluar lepas asar or lepas isya'-basically lepas solat. plus he knows he shud be the one who decide whether to go out or not...kalau sebelum2 ni ,kwn2 panggil je,sure dia akan keluar. finally, he knows his priority well...

basically,DIA TELAH BERUBAH DAN BERUSAHA MENGUBAH ORANG LAIN JUGA...

saya senyum shj sepanjang mendengar cerita zaki.ingin sangat bersua muka dan melihat sendiri depan mata perubahan dia. tiada yang lebih bahagia dari melihat dia berubah menjadi adik yang soleh wa musleh.

pagi2 selepas subuh, dekwan ajak breakfast sekali.dia kata jom la borak2 kat dapur. saya pun cuba nak korek2 camne dia boleh berubah...tapi,sebab masa tu makcik2 n nenek ada sekali,so, kami x dpt berbual pjg..

jawapan yang sy dapat masa tolong dia buat assignment is.."dah stat fikir tentang masa depan".. walaupun sy x puas hati dengan jawapan tu, sy rasa logik je utk dia bagi reason tu before dia cerita hal sebenar.nak cerita kena ada mood,kena ada masa yang agak panjang, di mana dia free nak ceritakan semuanya.

tapi, cuti kali ini terlalu singkat.nak betul2 tanya khabar mak abah pun x sempat.
hanya sempat tanya2 kak ttg persediaan kahwin dia. sempat tgk beg etc,tapi tiba bab plaing sedih bila dia ckp,nape dia proceed je nak kahwin cepat sebab dia sunyi kat umah tue.mak n abah ada,tapi diaorg bz dgn kerja masing2 n dia hanya ada kucing menemani. sian betul saya rasa,seolah-olah sy x jalankan tanggunjwab saya-mungkin dia ingat if saya dah balik dr uk,at least ada byk masa boleh spend dengan dia.tapi,tuntutan kerja dan d&t di kl ini menghalang saya untuk sentiasa bersama dia.

arghhhhh...sedar betapa banyak hak-hak yang tak tertunai...

bagaimana mahu uruskan diri supaya tiada siapa yang haknya terabai???

Comments

Popular Posts