pelbagai rasa

sudah lama rasanya menulis dengan seriusnya.terlalu banyak ingin saya tulis dan terlalu banyak peristiwa yang berlaku sebagai pengajaran diri ni.

pernah saya kecewa kerana ditegur menulis picisan di dalam blog.lantas saya memdam blog tersebut sedangkan terlalu banyak kenangan yang ingin saya baca kembali lantaran ingatan saya yang sudah semakin teruk dari ke hari. saya gagal mengingat kembali pelbagai peristiwa dan merasai 'rasa-rasa' ketika peristiwa itu berlaku.

cuti ini saya banyak meng'update'kan diri dengan cerita-cerita rumah,cerita-cerita Malaysia. biarpun saya pulang setiap tahun namun, abang-abang dan kakak tidak bercerita penuh lantaran diri saya yang sentiasa sibuk atau kerana saya masih belum tamat belajar. terllau banyak yang sudah berubah dan everyone needs to move on utk terus hidup.

saya baru terbaca karangan seorang ukhti tentang kenangan beliau di negeri sebelah sana.ternyata penuh dnegan emosi di mana rasa seronok,kecewa, dan cemburu ada di sini sana dalam coretannya. saya terpegun dengan ceritanya tentang seorang ukht seberang sana yang ternyata hebat. saya terpegun dengan usaha dan semangat ukht tersebut dalam jalan dakwah ini. dan sekali lagi,tidak dapat saya elak untuk tidak membandingkan diri dengannya. alangkah jauhnya, maah kata-kata ukht tersebut ada terkena batang hidung sendiri.

saya tahu saya lambat dan saya sendiri terlalu banyak fikir.entah apa yang saya fikirkan tetapi kurangnya sungguh2 saya itu dalam lapangan dakwah ini.walaupun telah terasa cahaya kira-kira 3 tahun yang lalu,saya tidak selaju dan setangkas akhawat yang lain. tidak saya salahkan sesiapa tetapi diri ini juga.

kecewa?saiap yang tidak kecewa.namun,hari ini saya mempelajari satu hakikat kehidupan. seseorang telah memberitahu saya kita ini mungkin menyedari dan memperjuangkan satu matlamat tetapi cara dan jalan kita berbeza. oleh sebab itu,kita tidak mungkin boleh bersama-sama dalam menuju ke arah matlamat itu.saya tidak sekali-kali sedih dengan kenyataan tersebut kerana saya sudah biasa dengan penolakan orang terhadap apa yang saya bawa. terima kasih saya ucapkan pada orang tersebut.

ini kerana orang yang hari-hari berusaha mencari sesuap nasi tidak sama dengan orang yang hari-harinya mencari kesempuarnaan pada wajah,pakaian dan aksesorinya. tidak orang akan faham bagaimana hidup dengan makan jemput setiap har, bercatu nasi dan berkira-kira setiap kali duit keluar untuk pulang ke kampung. saya,sekalipun hanya pernah merasai pengalaman tersebut sesekali dalam hidup, dapat menyelami perasaan menjadi orang tersebut.bagaimana mahu bercakap pasal hidup,mengenai matlamat yang besar2 sedangkan ruang lingkup kehidupannya sekadar mengisi perut yang kosong setiap hari.

ada orang menegur bagaimana seringkali melompat-lompat tiap kali menulis.padahal saya bercakap mengenai hal yang sama. untuk melalui jalan ini hati kena besar, andai hati kecil,tidaklah lama di sini. saya sendiri kurang pasti cukup besarkah hati saya menghadapi semua ini...

saya seringkali kecewa dengan janji2 manusia yang palsu.menghadapi perjumpaan dan pertemuan yang tak pernah 'sharp' ... apa yang saya harapkan setiap kalinya... pada rakan-rakan yang tiada apabila saya mengharapkan pertolongan mereka... sekali lagi jika tidak berjiwa besar,pasti kalahlah dalam pertarungan dengan diri sendiri.


sekarang bukan masa bercerita sedih atau bercerita bohong. inilah realiti,bukannya tempat bermanja-manja lagi.

Comments

Anonymous said…
siti is siti ;)

hope u enjoy ur days~
apa maksudmu sarah???

ni nak tanya,no phone yang mu bagi aritu boleh guna ke tak? siti try call,xde org angkat...

nak bagitahu yang nad n me nak jumpe kak siha rabu ni,27th august kat midvel.

if mu nak join,roger siti keh...no siti bagi aritu...or check ur email. x sure mu selalu bukak my blog or ur email....

ok,harap2 mu xde ape2 hal le on that day.lame x jumpe kak siha....

lagi satu if mu nak balik ganu,make sure singgah permatang badak dulu keh!
Anonymous said…
haha, bace blog ko, dapat bayangkan ko tengah bercakap, dengan expression skali. =)

ade jumpe misscall, mase tu hp x de dengan ku, sori

ku da mesej ko...dapat tak?

Popular Posts