cerita sultan al-fateh

sebetulnya saya mahu menulis tentang 'hari bersama-sama kanak2 sedunia' 2 hari yang lepas. sebnarnya, rabu lepas, emak meminta saya menguruskan program bersama-sama anak-anak rakan2 seusrahnya.saya fikir rakan-rakan seusrahnya kerana sejak saya berpindah ke Kuantan 4 tahun yang lalu, saya sudah tidak berapa ambil athu apa yang emak abah lakukan saban hari. saya pun duduk jauh di subang jaya.

Pagi itu bermula dengan baik,cuaca pun cerah. Saya juga terpaksa mencelikkan mata dan menceriakan hati walaupun baru sahaja tiba di rumah jam 4.30pagi dari UKM,menemani kakak tersayang menghantar jubah konvokesyen. Program patut bermula jam 9 pagi. Namun, saya tiba jam 9.25pagi,terlewat 25 minit. Nasib baik, kanak-kanak pun belum sampai semuanya. Puas saya bertanya kepada emak berapa jumlah mereka dan linkungan umur mereka. Emak juga tidak pasti. Saya bimbang sekiranya permainan2 yang saya sediakan tidak sesuai untuk peringkat umur mereka.

Cuaca sempurna!Di tepi pantai yang memutih,bunyi ombak yang menenangkan dan laut membiru.bak kata iklan panatai lagenda-"Royal blue,Majestic green!". sememangnya cantik, dan itulah Pantai Sepat namanya. tidak ramai pengunjung dan itu membuatkan saya selesa untuk memberi arahan i.e. menjerit.

sebelum bermula, saya berbasa-basi dengan ibu bapa yang ada dan cuba mengenali budak-budak secara tidak formal.Nama-nama mereka sukar untuk saya ingati bukan kerana terlalu biasa tetapi kerana sedikit luar biasa. Mutmainah,hanzolah dan Qaatinaah adalah antara yang saya dapat ingat. Memang ibu bapa mereka bukan calang-calang orang,ada basic agama yang kuat. maka, benarlah telahan saya....

saya bermula dengan mengumpulkan mereka dan meminta sesiapa yang tidak solat subuh pagi tadi untuk duduk.Alhamdulillah semuanya berdiri. Rupa-rupanya ada Qiam malam tadi.Bagus betul budak-budak ni,kecil-kecil lagi dah diajar untuk Qiam. Saya tersenyum lebar. Seterusnya saya bertanya Solat Subuh pada hari2 sebelumnya. Ramai yang duduk,malah hampir keselurahannya duduk. Mereka ni masih kecil lagi. Range umur dari 3-14 tahun. Saya pun startlah bercerita tentang Sultan Muhammad al-Fateh dan bagaimana dia menjadi pemimpin yang terbaik dan mempunyai pasukan terbaik. Rata-rata tidak mengetahui siapa Sultan ini dan saya berjanji saya aan menunjukkan kartun Sultan ini sekiranya ada sesi sebegini lagi.Opss,saya sudah berjanji rupa-rupanya.

Sesi taaruf dimulakan dengan meminta mereka mencari barang-barang yang menggambarkan diri masing-masing. Sebenarnya saya tidak kisah menegnai barang2 tersebut,cuma mahu mereka bergerak cergas pagi-pagi dan mahu menguji kreativiti masing-masing. Malangnya, saya mungkin meletakkan harapan terlalu tinggi pada kanak-kanak ni.Puaslah mereka mencari sampai ada yang tidak tahu barang apakah yang mereka nak persembahkan. Tetapi,seronok jugalah mendengar alasan mereka. Cara mereka memperkenalkan diri pun sangat comel. Intonasi dan gaya mereka sudah lama saya tidak dengari. Ya,Allah-tersangatlah comel.

Setelah itu, saya membawa mereka ke tepi pantai untuk aktiviti seterusnya. Masing-masing geram melihat air laut yang jernaih,namun memnadangkan ibu bapa mereka melarang mereka mandi,maka tiada sesi mandi laut untuk hari tersebut. Saya teruskan dengan aktiviti membina istana pasir-dengan syarat paling tinggi dan paling kukuh.

Apa yang menariknya,istana mereka dibina betul2 bersebelahan gigi air. Apa lagi,air laut pasang, habis melanggar istana mereka. Kini sibuklah mereka membina benteng yang selama ini mereka tak terfikir untuk membuatnya.

Kuasa Allah banyak yang mereka pelajari hari itu. Pemenang,pasukan lelaki membina istana bagaikan busut semut tapi tinggi dan kukuh.Istana tersebut paling lama bertahan daripada dilanggar ombak. Ketika sesi muhasabah(berehat-rehat setelah penat bermain sukaneka), saya memberi sedikit penerangan dan pengajaran daripada apa yang kami telah lakukan tadi. Mengingatkan mereka tentang kebesaran Allah dan menghargai betapa Allah telah memberikan banyak nikmat kepada kita.

Overall,saya berpuas hati walaupun saya rasakan gagal untuk memuaskan keperluan setiap orang. Ada kanak-kanak yang menangis,ada yang tetiba mahukan ibu mereka,ada yang sudah menjatuhkan diri di dalam air laut, dan ada yang alah kepada pasir. kesimpulan, menjalankan program untuk anak-anak ini bukanlah mudah. mereka mudah hilang fokus dan kita tidak bole mekasa mereka berfikir 'mengapa' dan 'bagaimana' terlalu banyak.

Apa-apa pun saya seronok dan memlaui feedback yang diberi diakhir program,mereka juga seronok dan mahukan program yang lebih lama->seminggu ke,sebulan ke. haih,adik2 pengsan le kak siti di buatnya....insyaAllah hujung tahun ini,mereka merancang untuk mengadakan satu lagi program for aulad.if saya tidak bekerja lagi,bolehlah saya menyertainya sekali lagi.nampaknya kena bersiap-sedia dengan persiapan tarbiyatul aulad selepas ini...


kak siti di sana sini...

Comments

Popular Posts