pengajaran dr az-zukhruf:18

43:18 Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan sebagai perhiasan sedang dia tak mampu memberi alasan yang tegas dan jelas dalam pertengaran.782

782: Ayat in menggambarkan keadaan perempuan Arab pada waktu Al-Quran diturunkan.Mereka tidak diberi kesempatan dalam pendidikan, sehingga kurang kecerdasannya dan hanya dijadikan perhiasan saja. Perempuan tidak mampu bersikap tegas,garang, dan jelas menyampaikan kehendaknya untuk memperoleh kemenangan.[penerangan dari 'Syamil Al-Quran]


Maka, kenapa zaman sekarang masih ada yang berfikir bahawa anak perempuan tidak patut dapat pendidikan tertinggi dan hanya perlu dikahwinkan cepat-cepat dan membina keluarga(feminist?).

nota kaki: ayat ini tidak bertujuan untuk memperkatakan tentang hal ini, cuma penerangan 782 itu memberi satu pengajaran yang menarik untuk dikongsi. ayat ini bercakap tentang orang kafir yang memperkatakan tentang malaikat sebagai anak perempuan Allah.sesungguhnya mereka dalam kesesatan yang nyata.

Comments

Popular Posts