Bunga Mawar Ini

saya pulang dari sheffield dgn membawa satu buku yang best. inilah kata-kata yang menyebabkan saya terus membacanya, wlpn isi-isinya selepas itu benar2 mengejutkan hati.

... Bunga ini tertanam dan tumbuh ditanahku. Ia tampak merah kerana lelehan hati yang menyambutnya dengan lembut. Aku mempunyai hati dan cukuplah hati ini aku turuti sesuai dengan kejernihan dan kejujurannya.
... Maka, bangkitlah wahai saudaraku. Siramlah bungaku. Sesungguhnya di hadapanmu terdapat banyak jebakan, halangan dan rintangan. Bunga itu benar-benar tertanam untukmu. Dedaunnya yang merah(?) melambai-lambai oleh angin-angin sepoi keimanan. Bunga itu akan memperingatkanmu bagaimana cara menempuh jalan ini dengan baik....


actually bunga itu adalah ... sila baca sendiri buku yang best ini.

yang paling diingat adalah ttg pujian. sebenarnya, if kita menempelak atau memperkatakan yang buruk ttg diri kita pun sebenarnya adalah memuji diri sendiri. sy terkesima seketika,kerana sejak akhir2 ini saya sering mengutuk diri sendiri. adakah kita sebenarnya mahu orang memperkatakan yang sebaliknya? hurm...sama-samalah kita fikirkannya. tetapi, dengan pesanan itu, sy cuba dan berusaha berbuat seperti biasanya supaya tidak tersalah langkah... malu la oi!

yang kedua, sy belajar semalam adalah ttg 'bersabar' dengan sesuatu peristiwa. sy dgn mudah mengatakan org yang x dpt get over kenangan lalu, or 'luka semalam' dengan panggilan weird. tanpa saya sedari sy juga sebahagian darinya. sebenarnya semua org begitu, malah perlukan masa untuk get over it. mungkin sehari, mungkin berhari-hari, mungkin setahun, mungkin bertahun-tahun. hurm, agaknya berapa tahun lagi harus mengingat kenangan silam? mungkin sampai tiba masanya. bagaimana nak tahu? ENTAHLAH...

saya juga baru terbaca ttg satu tajuk yg bernama 'virus-virus ukhuwwah'. ukhuwah maksudnya persaudaraan.teringat pembentangan k.T yang super duper best. dah le tulisan cantik~ok,abaikan. ada beberapa point yg saya ingat-ukuhuwah tu
1. sunnah rasulullah- interaksi dgn para sahabat,object of attention
2. batu asas masyarakat
3. Tabiat fitrah manusia. Bak umar kata, "sahabat yang jujur adalah perhiasan ketika senang dan benteng ketika susah"
4. Ikatan aqidah > ikatan darah. seperti cerita Nabi Nuh dan anaknya.
5. satu nikmat...

since ukhuwah itu satu keinginan manusia,fitrah manusia, ia mudah dikacau syaitan coz mereka dah janji untuk kacau manusia.[maybe kena buat satu video syaitan yg kacau ukhuwah]- then,muncullah virus-virus ukhuwah. bukan nak cerita ukhuwah terlanjur ye.itu masuk bab lain.

k.t simpulkan dengan anti virus iaitu IMAN. bukan org nama iman tapi IMAN. ingat tu IMAN.

then sy tanya k.a kat dundee ttg buku nih. then,seingat sya dia cakap,kena tgk dan hadam buku ini secara kolektif.tidak cukup sekadar dengan membaca seorang saja. owh...nnt kita kena buatlah al-ansari ye...

saya lebih terkesan dengan kata-kata cikgu yg saya hormati. dia ckp kita ini seperti satu perkahwinan- bertemu dan dipersaudarakan hanya dengan ikatan akidah ini.bukan padang rumput,bukan hobi,bukan kesukaan, bukan padang ragut,bukan segala jenis padang tetapi akidah. sy fikir2kan hanya dengan akidah itu kami berjumpa dan bersuadara. rindu-merindu,berkasih sayang, tanpa tahu apakh latar belakangnya dulu dan tanpa tahu siapakah dia sebenarnya. so, ikatan 'perkahwinan' ini sudah bertahan 2 tahun lebih. berfikir-fikir lagi akan bertahankan sampai bila-bila? sampai ke syurga? hurm... saya tak pasti. tapi saya juga sygkan ikatan ini lebih dari segalanya. sebab bunga mawar itu, dan sebab apa yang lahir di tanah dan setiap lembah. serius sy sygkannya lebih dr segalanya...

Comments

Popular Posts