kerna bumi ini?part 2

Hari akhir sudah tiba. Pagi-pagi laku sudah bersiap-sedia dengan jayanya.Alhamdulillah dapat bangun lebih awal dan solat subuh bersama-sama rakan-rakan yang lain. Satu peristiwa yang menarik hatiku- pertemuan dengan Aqilah , adik kepada temanku di UK.
Sapanya pagi itu,
"Kenal Aisyah tak?"
"Aisyah?K.aisyah dundee ke? Kenal!" teruja sahaja aku memberitahunya.
"Saya adik dia."
"Wow!"itu shaja yang dapat aku katakan.Hebatnya adik dia.Bertudung labuh, berbaju panjang-ayu!Hanya hati berkata-kata. Salam bersambut, hati juga sudah tertaut. Perbualan kami terhenti kerana harus segera bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya.
Kenangan di sini mungkin sekejap,namun lekat di kotak memori.Terutamanya melihat mereka berlaokn.Bagaikan profesional. Terfikir juga, bila masanya mereka berlatih. tetapi yang penting pengajaran di sebalik cerita "Hentian sebelah dinia" . Aku meletakkan sendiri tajuk lakonan tersebut. Sinis dan jelas mesej yang ingin disampaikan. Terfikir mungkin kami boleh belajar daripadanya. Bukan senang hendak menghasilkan karya bermutu sebegini.Malah, aku kenal benar dengan mastermind di sebalik lakonan tersebut, seseorang yang sudah lama aku tidak bertemu...Betapa dia menjadi orang yang hebat di dini juga...
Kami diletakkan di Arden,dengan rakan-rakan lebih kuarang sebaya dengan umur kami. Sempat kami melawat universiti. Hatiku suka benar dengan pemandangan. Very scenic. Memang sesuai kalau hendak buat penggambaran filem di sini. Hujan renyai-renyai menambahkan perasaan dalam kanvas peritiwa petang itu. Aku yakin bumi bukan hanya sekadar scenery yang cantik,obsesku pada kecantikkannya tidak sekuatku keinginanku untuk mengutip mutiara berharga di sini.
Pencarian tidak akan berhenti. Pelajaran bukan sekadar ceramah dan takzirah sepanjang hari.Namun, pelajaran dari sikap manusia itu lebih lekat di hati.Sekali ia singgah, pasti tidak akan bercerai lagi di sudut ingatan.
Satu cerita yang benar-benar terkesan di hatiku. Setiap harinya, rakan-rakanku sentiasa bersunguh-sungguh menyediakan sarapan pagi untuk kami. Kelambatan aku bersiap-sedia kadang-kadang membuatkan aku benar-benar malu.Bergegas setiap pagi menggosok pakaian dan bersiap-siap dan sedar-sedar makanan sudah siap terhidang. Bukan mudah sarapannaya. Roti karamel, roti bakar, roti bersama telur cincang?(scramble egg) dan baru-baru ini garlic bread with mushroom soup(all from scratch).

Setiap pagi selepas subuh,kami membaca Riyadhus-Salihin bersama. Ada cerita mengenai topik melebihkan teman. Cerita berbunyi begini, ada seorang pada zaman Rasullullah yang menerima kehadiran tetamu.Dia tidak punya makanan kecuali cukup untuk kelaurganya makan. Si suami meminta isterinya menidurkan anak-anaknya sedangkan mereka belum makan lagi. Malah, mereka menutup lampu dan makan dalam gelap bersama-sama tadi. Sedang tetamu itu makan, mereka berpura-pura makan supaya tetamu itu cukup makanannya.

Cerita ini lebih terkesan kerana ada suatu hari itu, kami pulang ke rumah rakan-rakan kami dengan perut yang sanagt lapar.Malah, dengan otak dan tubuh yang sangat penat. Mereka juga begitu. Makanan yang ada hanyalah 4 ketul ayam dan sedikit fries. Aku meliaht dengan tidak percaya.Bagaimana makanan yang sedikit ini boleh mengisi lebih kurang 15 perut yang lapar? Kuasa Allah itu lebih besar dari telahanku seorang manusia/ Sememangnya para tetamu dilebihkan dan rakan-rakan tuan rumah makan sedikit sahaja.Terharu aku melihat pengorbanan mereka. Tersentuh aku melihat mereka tidak sedikit pun merungut atau mengeluh. Senyuman sentiasa menghiasi bibir dan kata-kata mereka sentiasa membasahi hati. Alhamdulillah, aku(yang ternyata makan semacam piranha ini) kenyang sepanjang malam itu. Tidak terhingga kesyukuran aku buat Alla yang menunjukkan aku kuasaNya dan memberikan aku peluang untuk mengenali rakan-rakanku yang baik akhlaknya,bersih hatinya dan lembut tingkahnya untuk aku mepelajari daripadanya. Mungkin inilah mutiara-mutiara yang mereka sebut-sebutkan di bumi ini.

Pernahkah anda bekerja 72 jam dalam masa 24 jam? inilah hakikatnya rakan-rakanku di bumi ini. Mereka bukan sahaja harus menguruskan kami dari UK namun dari banyak dari tempat-tempat lain yang datnag berkunjung. Bukan senang untuk menerima tetamu yang sekian banyak ini. Perlukan kesabaran dan yang paling penting keikhlasan untuk membantu teman yang hanya diikat dengan pertalian aqidah. Ramai di antara kami hanya baru bersua muka pertama kalinya di bumi ini. Namun, dengan pancaran keimanan barangkali mampu membuatkan aku benar-benar selesa di sini. Tertanya-tanya apakah rahsianya mereka ini berjaya menjadi seumpama 'superhuman'. Apakah sumber kekuatan mereka? Bolehkah aku menjadi seperti mereka?

Kita bersambung lagi....

Comments

Popular Posts