kerna bumi ini?

"Siti, Siti, Siti...bangun.Dah pukul 5 ni. Kita qiyam sekejap lagi," suara siapa entah mengejutkan aku dari tidur yg tidak sampai nyenyaknya lagi.Terasa bagaikan baru sebentar meletakkan kepala. Aku mengeluarkan kepala dari sleeping bag.
"Arghhh,sejuknya!"aku mengerang kesejukan sambil memegang hidung yang sudah kebas.Terfikir pada saat itu mengapa aku sanggup meletakkan diri di tempat yang sejuk sebegini sedangkan bumi UK dan tanah air tercinta sedang gembira menikmati sinaran matahari yang panas dan menyegarkan. Malah terlintas di saat itu, mengapa aku memilih untuk bersusah payah begini. Kembali aku beristighfar dan memulihkan kembali niat asalku ke sini.
bukan mudah untuk memujuk hati yang manja begini.Setelah mengurungkan diri dalam kebuk belajar kerana peperiksaan, aku menjadi sedikit kurang alert dengan keadaan sekeliling. Terlalu memanjakan diri dengan tidur dan makan yang serba cukup,malah mungkin berlebihan.
Melihat orang yang semakin berkurangan di dalam dorm yang sederhana besar itu, aku bergegas turun dari katil.Sudah lame tidak memanjat-manjat sebegini.Pagi-pagi sudah memerah tenaga untuk turun dari katil 2 tingkat itu.
Dengan lemah longlai, aku menuju ke bilik air. Lega merasai air yang panas. Ingatanku terus berlegar pada ketika kami bercamping di uk dahulu. Ketika itu, hendak ke bilik air, perlu keluar dari barn dan berjalan dalam kedinginan pagi.Bersyukur aku tidak terhingga kerana dapat mandi dengan air panas dan hanya perlu berjalan di dlm bangunan.

Setibanya aku di dewan solat, kebanyakannya sudah selesai solat. Masing-masing sibuk mebaca Al-Quran semenatra menungggu waktu solat yang semakin hampir. Baru aku sedar masa untuk bersolat hanya tinggal 15 minit.
Setelah selesai solat dan bacaan ma'thurat, kami dihidangkan dengan takzirah 7 minit.Pendek dan mudah sahaja ceritanya. Cerita mengenai sahabat nabi. Pada kala ini, mataku masih segar lagi. Tetapi keadaan tidak sama selepas itu, sepanjang hari aku asyik tersengguk-sengguk. Malu juga namun ianya tidak mampu ditahan lagi.

kami makan bersama-sama untuk makan tengah hari. Aku tersenyum melihat portion makanan yang di hidangkan.
"Sikitnya mereka makan," hati kecilku bersuara. Jika dibandingkan dengan cara aku makan du UK, pasti mereka terkejut. Mkan bagaikan piranha. Malah, itu salah satu sebab aku besar sebegini.
Petang tersebut kami di'excited'kan dengan permainan 'giant swing'. Memang mengagumkan dan menjadi idaman hati semua orang untuk naik dan menguji kehebatannya. Aku menunggu-nunggu masa untuk naik.Malangnya, masa permainan sudah tamat. Kecewa juga aku jadinya. Namun, kupujuk hati supaya tidak merasa terlalu kecewa. Niat kembali diperbetulkan. Melihat kakak-kakak memberi ruang kepada adik-adik menjadkan aku malu sendiri.Aku sudah bertaraf kakak kerana sudah tahun kedua. Malah, bakal berusia 21 tahun beberapa bulan lagi. Mengenangkan pengorbanan mereka hatiku pulih sendiri.

Bengkel-bengkel yang dijalankan sama seperi di UK. Tiada bezanya. Sekali lagi kesabaranku diuji. Seorang peserta seolah-olah memperlekehkan pendapat-pendapat aku.Aku cuba memikirkan apakah yang salah pada pendapatku tadi. Aku bertindak melupakannya kerana memikirkannya hanya menambah prasangka dan tidak langsung menambah amal. Azamku untk tidak bersangka buruk dengan sesiapa pun sebelum aku benar2 mengenali mereka.

hari pertama berlalu dengan baik. Lewat pertemuanklu dengan rakan sekolah menjadikan aku lebih sennag di sini. Senang ke mana-mana dengannnya.Mlah, mengenali lebih ramai orang melaluinya. Mungkin sedikit aku dapat dari pengisian,namun, banyak pengajaran yang aku pelajari.Semoga esok menjadi lebih baik.

Comments

Popular Posts