Ujian kesabaran dan ketaqwaan?

Saya pernah berkata pada diri saya tentang blog ini, "kewujudannya adalah untuk merekodkan jatuh bangun perjuangan saya dalam kehidupan untuk dibaca dan dihayati oleh anak saya, bila saya tiada nanti." Macam mustahil je kan? Sebab yang pertama, saya masih belum punyai suami mahupun anak, dan wujud lagikah blogger ini di akhir usia saya...

Namun, siapa kata anak itu perlukan suami? Saya boleh mengambil anak-anak angkat bermata biru dari Russia itu(sebab terpengaruh dengan satu program tv cerita psl adopted child from Russia) dan saya juga boleh mati bila-bila masa sebelum usia mencecahkan 60 tahun.(sebab accident dll)

Sebab saya terfikir tentang perkara ini adalah kerana saya terpengaruh(sekali lagi?) dengan cerita Kuch Kuch Hota Hai yang mak dia tulis surat untuk anak dia yang hanya boleh dibuka setiap tahun kelahiran anaknya itu. Sweetkan? Huhu... Takkan saya nak tulis surat dari sekarang? Blog kan lebih mudah. Nanti saya print dan simpan dalam botol kaca dan tanam dekat tepi rumah yang bakal saya beli...

Ok, ini sudah mengarut. Saya menulis supaya anak-anak saya boleh mengambil contoh dari jalan cerita mamanya yang tak berapa nak menerujakan ini.

Cerita perihal anak-anak, saya dipertanggungjawabkan dengan beberapa anak-anak yang yang hanya dikenali melalui alam maya. Nak kata kenal pun tak la kenal sangat sebab kes serupa ini hanya pernah berlaku sekali sahaja iaitu kepada diri saya. (setahu saya la) Betapa nak mengenal wajah dan peribadi mereka, habis fb mereka saya selongkar dan habis 'ngreng' cuba menelaah keperibadian mereka melalui tulisan/skype sahaja. Sejujurnya, hubungan ini bukanlah sihat walafiat dan montel bak baby-baby comel di pasaran. Ianya tidak berapa nak bertaut di hati kerana tiada apa yang terhubung kecuali relationship murabbi-mutarabbi sahaja. Keadaannya amat sukar dan seringkali menyesakkan dada saya memikirkannya. Bagaimana ya mahu bertersu-terusan membawa UO ni tanpa mengadu susah? Terasa seolah-oleh bercakap sendiri tiap masa dan seringkali 'give-up' itu muncul di benak fikiran. Namun, ada sokongan kecil dari anak-anak seusrah mereka yag pernah saya temui di Malaysia suatu ketika dulu. Soal hati ini sukar dimengerti nggak? Walaupun ada hujah mengatakan bahawasanya ada orang bercinta dan berkahwin melalui r/s alam maya, saya kurang yakin dengan keberkesanananan kaedah ini.

Tetapi berat bagaimanapun perasaan saya ini, banyak manapun air mata mencurah kerana ini, dan betapa banyak luka pun kerana ini , saya rela,kerana dakwah ini milik Allah dan Dialah berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa yag Dia pilih. Malah, Dia juga berhak utuk menghentikan dakwah ini bila-bila masa sahaja.

Semboyan telah berbunyi dan tugas semakin menggunung tinggi. Apa lagi alasan yang mampu diberi? Doa dan harapan silih berganti mengubat luka di hati. Siapa tak mahu anak-anak/adik-adik mereka berubah mnejadi singa dan helang? Menjadi pulau di tengah lautan? Tetapi kita manusia biasa yang tidak punya magic stick which can change anything into something. Kita hanya punya iman dan itulah sebaik-baik perkara.

Untuk anak-anakku,
Semoga kita bakal bertemu dan doakan selalu mamamu ini.

Sekian.

Comments

arissa myana said…
He knows best and surely He will give you the best thing you'll be needing inshaALLAH.

may your path made easy.

love,
munnamu ;)
Habibah said…
salam...kak sheikh ansarian mana ni ye? :)
Semoga menjadi ibu yg diredhai Allah...
sayang dari bumi jepun...
munnaku: Jzkk dik... kena byk bersabar dan bertenang. insyAllah akan dipermudahkan olehNya. doakan kak yeah!

Habibah: Bib x kenal kak? isk,isk,isk...

Popular Posts