Eksperimen rebel tak jadi

Ex-mama saya dulu seorang saintis yang suka buat eksperimen. Bukan sahaja yang berkaitan nuerology+biochemistry tetapi juga dalam lifesology. Antaranya test iman dengan tengok drama-drama pilihan di TONTON, yang menariknya keputusan yang diterima kadang-kadang luar biasa juga.

Maka, atas dasar suka meniru ini, saya pun meng'test' diri sendiri dengan mengekperimenkan diri menjadi REBEL, rebel terhadap apa? Terhadap peristiwa skema dalam hidup dan tentang hal-hal adminitrative yang menyesakkan minda. Semalam, dengan nekad dan kesungguhan yang jitu, saya memejam sebelah mata terhadap meeting yang sepatutnya dihadiri sekiranya tiada aral melintang yang rasmi.

RASMI. Malangnya tiada yang 'rasmi' semalam.

Yang ada hanyalah kemahuan menghadiri Pesta Buku Islam di KL Sentral. Fullstop.

Perjalanan diteruskan dengan mengharap keberkatan.(Huh?) Membeli sebuah buku Hlovate dengan harapan buku ini dapat memberi sedikit ketenangan dengan jalan rebellious yang diikuti. Ingin sekali pabila pulang, tiada sesiapa di rumah. Sekurang-kurangnya tidak perlu berfikir banyak untuk berbual, membuat mimik muka yang sesuai dan merespons dengan jayanya. Sememangnya, 'wajah-aku-bukan-perahsia' sering menjadi mangsa salah sangka dan perosak perasaan orang lain. Huhuhuhu..Mintak maap eh...

Kalaulah boleh kututup muka sebegini...

Serius. Perasaan bersalah menghantui. Nak tanya juga apakah resolusi persidangan meja bulat malam itu. Mereka pulang dengan wajah yang penat. Saya pula berpura-pura membaca novel Hlovate untuk vet through sebelum menghadiahkan kepada orang lain. Kena check dulu sesuai ke tidak. Selepas penat hantu 'BERSALAH' merajai hati, akhirnya saya kalah dengan kantuk sendiri. Sambil menekup muka saya lantas tertidur dengan nyenyaknya hingga ke pagi.

Selepas sunat Dhuha pagi ini, saya membaca Al-Quran dan membaca terjemahannya. Terpana pada satu ayat ini - pantas memanah hati, menikam kalbu dan menembak mati jiwa... Air mata mengalir laju.......

"Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan derajat orang orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing masing, Allah menjanjikan (pahala) yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar." An-nisa:95


Ya Allah!Ampunilah hambaMu yang penuh dosa ini.....








.....itulah, nak rebel...tapi jiwa kecik!.........aduhai......eksperimen rebel fail dengan jayanya!

Comments

Popular Posts