Menangis di waktu pagi baik untuk mata anda
Menangis itu baik kerana ianya mencuci mata dan juga membersihkan hati. Menenangkan jiwa yang keserabutan dan melegakan kesempitan pembuluh darah di jantung.
Walaupun terpaksa memalukan diri menangis di dalam kereta menelefon abah meminta pencerahan.
Saya: Abah, boleh tak nak berenti keje?
Abah: Kenapa ni. Kak sabarlah. Buat apa pun ada masalahnya...
Air mata berderai dan abah sabar menunggu di talian.
Akhirnya 'BERSABAR' jugalah anaknya ini.
Pagi itu memang terasa berat sangat nak melangkah ke ofis. Al-maklumlah di tempat yang 'rules'nya kena 'zero-error', maksudnya jika anda buat error, anda menunggu untuk di'sembelih' hidup-hidup. Saya tidak menipu kerana perasaannya sangat teruk. Sakit dan memedihkan setiap urat dan saraf. Anda tahu bila anda berada di bilik itu, terkulat-kulat menahan rasa. Anda sedar bila anda berada di tempat itu, terasa setiap langkah anda salah dan menakutkan. Sebelum anda masuk ke kamar perbicaraan, anda sudah tahu apakah hukumannya. Tiada teman yang akan mem'back-up' anda ketika itu.
Ya, PERASAAN ITU SANGAT TERUK!!!!
Maka, setelah menenangkan diri seketika di dalam kereta comel cik Said bin Zubayr itu, saya memulakan langkah ke ofis dengan Bismillahirahmanirahim. Ternyata hati ini telah bersedia untuk dihukum bila-bila sahaja.
Encik Bos Kecil saya MC lagi, maka mengadap Cik Puan Besar lah sepatutnya. Mungkin Allah tahu jiwa saya kecil, maka dihadiahkan dengan secoret email yang ringkas (tetapi menakutkan) dari Cik Puan Besar meminta saya me'rectify' kesalahan saya semalam. Walaupun jumlahnya dalam ringgit equivalent to RM1.25, tetapi atas nama error or mistake, ianya tetap satu kesalahan. Maka, sepanjang hari seperti menunggu-nunggu perbicaraan terhadap diri ini. Walaupun kelihatan tenang dan bergelak ketawa, hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu.
Terlintas di hati saya, betapa teruknya perasaan itu, teruk lagi jika dibandingkan dengan pemandangan Padang Masyar, memang lebihlah menakutkan. Dikala kita mengira-ngira amalan kita, semua orang hanya peduli pasal diri sendiri. Tiada yang akan back-up walaupun anda adalah sahabat baik di dunia. Seriusly, kita akan menyesal sangat-sangat dan benarlah kata-kata Allah dalam firmannya dalam Al-Baqarah:167.
"Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan ke luar dari api neraka." [2:167]
Kita sure nak patah balik dan nak buat baik banyak-banyak. Samalah, saya mengharapkan agar saya beringat sedikit dan error tu tidak pernah berlaku. Malah, saya berharap agar ada orang yang mengingatkan saya dengan sejujurnya agar kesilapan itu boleh diperbaik sebelum cut-off time i.e dalam kes hidup kita, sebelum kematian menjemput kita.
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan.
Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan ." [23:99-100]
Itulah keadaannya. Itulah pengharapan kita nanti - agar boleh pusing balik masa dan berbuat baik.
Cuma sedikit berbeza sebab Allah bagi peluang kita bertaubat lepas kita buat salah. Dalam kes di ofis saya, kiranya when you're done, you're done. Tiada maaf bagimu.... Tetapi Allah sangat sweet sebab bagi kita peluang paling best seumur hidup - BERTAUBAT.
Maka, apa lagi kita tunggu? Bertaubatlah sebelum cut-off time.
Sekian.

Saya takut.....sebab saya buat salah... |

Masa kita semakin hampir tamat.... |
Sekian.
Comments