owh,saya mula bekerja!

esok saya akan memulakan kerja di bank negara.sebetulnya hari ini...alhamdulillah,penantian selama ini akhirnya terjawab sudah.namun, bukan ini yang buat saya gembira,tetapi ada sesuatu perkara yang sukar diceritakan namun bisa difahami oleh orang yang punya hati.satu perasaan yang sungguh enak rasanya,yang pasti dicemburui oleh insan yang tidak dapat merasainya.saya tak punya masa untuk bercerita,namun, insyaAllah bila tiba masa dan ketika blog ini ingin terisi,perkara itu boleh dihuraikan satu persatu.
cuma seketika saya terfikir.tatakala bagai menonton careka teman-teman sendiri.ada yang sudah berumahtangga,baru berumahtangga,mahupun baru melangsungkan pertunangan.seakan sebelum ini terasa jauh hati bila kegembiraan menghadapi tidak dikongsi bersama.saya tidak pedulikan apa ynag terjadi pada hari tersebut tapi saya ingin berkongsi waktu-waktu menghadapi majlis itu.bagi saya apa perkahwinan atau pertunangan itu hanyalah sebuah majlis semata-mata.saya lebih menghargai apa yang di sebaliknya.

tetapi saya faham hari ini,cukuplah kegembiraan itu dikongsi dengan teman-teman serapatnya dan ahli keluarga. malah,apa hak saya untuk terasa hati.jauh sekali untuk menyalahkan sesiapa lantaran sesuatu cerita itu tidak dikongsi. ada cerita yang perlu dikongsi,tetapi manusia jarang ingin berkongsi tentangnya.begitu juga cerita-cerita yang kurang penting prioritinya,itulah yang selalu ingin dikongsi bersama.

tak percaya?pergi sahaja ke kedai kopi,atau kantin seklah atau kafe pejabat.tak perlu pergi jauh,lihat sahaja di sebelah nada,cuba dengar apa perbualannya-gosip.saya engan mengulas lebih lanjut ttg apa yang dimaksudakn dgn perkataan itu,cukuplah ia masih dianggap baik sekiranya tiada menghina,mengutuk atau mengeji sesiapa.

hari semakin lewat.harus tidur untuk recharge tenaga....

till then wassalam.

Comments

Popular Posts