dan kerja lagi?

hari ke-3.bermakna hari yang ketiga bekerja.jabatan yang best dan colleague yang menarik. setiap orang ada kelebihan tersendiri. perjalanan kerja saya bermula seawal malam sebelum hari bekerja.menggosok baju dan menyiapkan barang2 yang perlu dibawa kerana esoknya,saya hanya perlu mencapai apa shj yang di depan mata. sibuk benar pagi2 itu.bermula seawal jam 5pagi,bangun utk tahajjud dan proceed dengan mandi dan seterusnya tunggu untuk solat subuh dengan berpakaian kerja lengkap. kini x boleh bangun lambat lagi....hehehehe

tetapi suasana pagi memang mendamaikan,walaupun xde arnab dan tupai yang mengiringi tetapi bunyi2an cengkerik dan satu bunyi yang sgt familiar seperti bunyi burung mengiringi langkah saya di pagi hari.rakan saya menghantar ke stesen komuter.jam 7.16,komuter sampai.xle penuh sgt tapi biasanya tiada tempat untuk duduk.beberapa hari ni sy menghabiskan masa membaca al-quran sepanjang perjalanan.kekadang terasa agak janggal dengan orang yang melihat.tertanya-tanya,takde orang ke yang pernah buat seperti yang aku buat?.. persoalan yang sering menjengah saya abaikan dan buat sahaja.

pagi2 orang akan bersarapan dahulu.di suatu sudut,penuh dengan orang-orang berkemeja putih dan berseluar slack hitam. kenapa pula penuh di suatu ruang.dan mengapa semuanya lelaki.sejak bila bank buat partition pulak ni? rupa-rupanya kat situ smoking area,patutlah semuanya lelaki... ingatkan buat partition tadi... excited tak berasas.

dan bila di pejabat,apa cerita?rasa-rasa boleh agak.. on 5th,anak-anak masuk sekolah,maka ceritanya adalah mengenai anak2. anak itu,anak ini.best jugak dengar cerita mereka ni,tapi xleh masuk campur sekali sebab x releven. cuma ade sesuatu yang menarik perhatian...cerita mereka tentang anak-anak mereka yang pertama kali ke sekolah sudah dibuli.ditarik telinga etc. maka, timbulllah idea nak menghantar anak-anak belajar taekwando or karate. huh? idea yang menarik jugak.tapi,cuba kita fikir balik,dalam taekwando tue,penting sgt ke skills tue?banyak ynag jadi sebelum ini,handal mcm mana pun,x mampu menghalang sesuatu berlaku pada kita. saya membuat anadaian begini: pentingnya latihan taekwando itu pada keyakinan yang ditanam untuk berani menentang lawan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu.apabila menghadapi lawan,bukan skills yang harus dtg dulu tapi kekuatan dalaman itu.betul tak? kalau takut,kita lari dah awal2,if lawan takut2 pun tumbukan,tendangan kita akan lemah?tak gitu? maka, saya ingin menyarankan ibu2 yang ada supaya menguatkan jiwa anak itu dari menghantar mereka belajar taekwando. menguatkan jiwa? mcm mana tue... ade byk cara yang costnya sgt sedikit tapi mesti berterusan.ibu bapa yang bekerja jarang dapat luangkan masa bersama anak, maka mereka hanya memberi kasih syg apabila berjumpa.sebenarnya penting untuk mendidik dengan cara berbeza.anak yang tidak pernah dimarahi,akan menjadi seseorang yang akan memarahi ibu bapanya kelak.sama seperti cerita anakkku sazali...namun,mana mungkin kita dapat berbuat begitu sekarang.tuntutan orang di kota memerlukan ibu dan bapa bekerja.tuntutan itu begitu mendesak sehingga kita sudah tidak lagi hidup secara asas(basic). semuanya mahu berlebihan. kenapa ketika bujang,kita boleh tidur atas katil tanpa tilam?duduk di rumah yang begitu simple dan tidak heavily furnished. apabila sudah berumahtangga kita mula fikirkan itu dan ini.dan kita bekerja untuk memnuhkan rumah kita dengan segala macam bentuk kayu2 dan besi2 disaluti warna berwarna warni.

padahal kita punya tanggungjawab utk orang lain juga. suadara mara kita di palestin. jika ingin menghulur,hanya dengan cukup sekeping note berwarna merah.cukup dah tue,malah terasa banyak .padahal apa yang membawa kita ke syurga, apa yang menambah pahala kita. tepuk dada tanya iman.

saya masih belum menerima sebarang gaji,dan saya harap sy bukan pekerja picisan shj...

Comments

Popular Posts