belum habis rindu

Kepergian aku kali ini terkandung seribu satu persoalan.malah perasaanku juga bercampur baur.Niat juga sudah tidak satu lagi.Ku cuba sedaya-upaya menghilangkan resah di jiwa.Bimbang kalau-kalau kehadiranku menjadi beban-untuk dilayani dan diberi perhatian.Namun, kubuang segala persoalan itu jauh-jauh.Resahku sudah menjadi lali dengan lambungan bas yang selalu mengejut tidurku.

Aku tidak mampu untuk tidur lagi.sakit belakang yang datang ketika perjalanan sejauh ini membuatkan aku tidak selesa. semuanya penumpang bas ke kedah sudah lama dibuai mimpi.sekali lagi persoalan itu datang lagi. Persoalan niatku datang dari kuala lumpur ke kedah.perjalanannya bukan sekejap. bukan seperti di UK-yang selalunya memakan masa hanya 2-3 jam untuk jarak sejauh ini. Aku bertanya pada diri- adakah kerana Allah perjalanan ini ditujukan atau kerana semata-mata untuk melepas rindu pada teman yang lama tidak bermesra. perjumpaan yang sekejap cuma,hanay sempat menghulur salam dan bertanya khabar,malah hanya sempat memberi tahu perkara penting. Kini,seakan 'cukuplah kau tahu tentang perkara penting',tiada lagi perkongsian emosi,hanya sekadar berita. Terasa juga seakan-akan aku ini sedang menonton berita setiap hari. Menatap television yang kaku dan mati,hanya menyalur emosi dari penyampainya. Tertanya pada diri,"Kisahkah aku dengan semua yang terjadi.dengan jarak yang memisahkan kita,dengan isu dan komitmen yang berbeza,kita sudah menjadi orang yang berbeza." Kesimpulanku, kita ini sudah menjadi orang yang berbeza. Syukurlah matlamat utama kita masih sama, dan kerana itulah perjalanan ini menjadi.

Ketibaanku di sana tidak disambut paluan kompang, tidak juga dengan senyum mesra atau pelukan hangat. Angin sejuk Jitra pgi itu menemani aku sehingga teman-temanku dapat keluar untuk mengambilku.Restoren India Muslim menjadi persingghanku sehingga mentari muncul di ufuk timur. Penat semalam masih belum habis. Aku benar-benar bersyukur restoren itu ada di situ,jika tidak,berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit tempat rehatku.

Namun,keluhan dan rajukku terus hilang tatkala melihat mereka dan bersalam dengan mereka.satu-satu rasa rindu itu jatuh dan seakan aku ingin mencucurkan air mata. dan pagi itu,setelah ketemu semuanya,rinduku semakin hilang... berganti dengan kasih sayang. what i want to say is, "I love u so much!!!!"

to be continue...

Comments

Popular Posts