Tarbiyah on sale


Sejujurnya, saya tidak gemar bershopping. Maka, mata saya biasa- biasa sahaja melihat diskaun 50% mahupun diskaun 99%. Itu tandanya harga runtuh benar. Saya tidak kisah berbelanja lebih andai sesuatu barang itu mahal sedikit, asal kita mahu dan perlu.

Saya rasa dan puas fikirkan, apa sebab saya jadi begini. Pendapat yang tidaklah beberapa tepat ni, hal ini berkemungkinan kerana terlalu banyak diskaun dalam tarbiah kita, dalam usrah kita.

Sebelum bicara lebih lanjut, mak dan adik kesayangan sanggup bersengkang mata mendengar cerita saya. Mereka orang luar yang tidak terlibat secara langsung dalam kes usrah saya, tetapi menyokong sepenuhnya apa-apa yang saya lakukan. Konklusi adik saya, saya ini EGO, expect too much dan kechiwa bila x jadi spt yg diexpectkan, tak cakap apa yang sy rasa dan fikir mudah sangat. Hal- hal begini menyebabkan banyak salah faham dan membawa saya jauh dari jalan para nabi ini.

Kenapa saya katakan terlalu banyak diskaun? Kita, atas alasan kesibukan kerja, baik di ofis mahupun kerja-kerja dakwah itu sendiri secara tidak langsung meletakkan tarbiah ini on sale- memberi diskaun yang begitu banyak dari asalnya. Saya tidak lagi punctual ke usrah saya dan lebih merelakan untuk solat, mengisi perut dan rehat sebentar di LK, kerana usrahmates saya tidaklah hadir awal. Jika hadir awal pun mereka, by the time saya sampai, usrah belum lagi bermula. Memberi ruang kerana alasan sibuk bekerja. Walaupun, saya memang memerlukan rehat barang sebentar sebelum memulakan satu lagi peristiwa dahsyat dalam kehidupan seharian saya, saya tidak kisah untuk terus ke usrah, namun, atas kelewatan semua, saya rela menjadi yang terpaling lewat. Yup,kita mendiskaunkan waktu usrah. Itu sudah kira 50%, kerana effort kita utk punctual telah pun menjelaskan niat kita. Jika niat kabur, bagaimana mahu menjadikan usrah berkesan?

Begitu juga dengan daurah, kita lewat. Atas alasan anak, isteri, adik-beradik....

Sekali lagi, atas alasan sibuk, kita tidak dapat menjalankan segala intipati dalam usrah. Last-last usrah cuma mencover bahan penting, hilang ruh, hilang rasa, dan hilang feel. Kita cuma limitkan masa supaya semua orang boleh pulang awal, kerana esok kena kerja. Itu baru masa, bagaimana pula dengan kualiti pengisian.

Sudahlah pengisian tidak dapat disempurnakan seperti yang telah termaktub dalam pembelajaran membawa halaqah, kualiti pengisian juga, kita diskaunkan. Contoh diri sendiri yang paling tepat, memberi usrah lewat pembacaan semula bahan dengan sepintas lalu. Ketika traffic light merah, ketika rehat lunch ataupun ketika belum memulakan kerja. Kualiti bahan tidak kita jaga, memberi diskaun lebih 30% lagi kepada tarbiyah kita.

Bagi yang online pula, lagi banyak diskaun hingga jadi almost 100% diskaun. Sudahlah tidak nmpk muka, bayang apatah lagi, online tidak berjaya menghubung suara2 manusia, kerena pertemuan itu pertemuan maya, tanpa ruh, tanpa jasad. Saya kerap kali bingung melihat orang bercinta, bagaimana mereka boleh begitu pasti, orang di sebelah sana sebenarnya memang rindu dan sayang padanya? Tidakkah hnaya dengan bertelefon, bertukar status fb dan berskype mampu menjelaskan isi hati dan perasaan? Mungkin pokok pangkalnya adalah pada rasa cinta itu sendiri. Ia terbina dan terluah tanpa wayar, tanpa pertemuan, tanpa mata bertentang mata. Jadi tanpa cinta, bagaimana mungkin pengisian itu akan sampai ? Bukankah apa yang disampaikan dari hati akan sampai ke hati juga? Yang pasti, jika kita mendengar usrah bagai radio, maka seperti nyanyian radiolah yang kita dapat. Barangkali menjentik sekali dua, tetapi untuk kekal di dalam hati, ambil masa dan ambil usaha.

Diskaun apa lagi yang kita adakan untuk tarbiah kita? Daurah yang kita hadiri, pertamanya lewat. Keduanya tidak kondusif-pesertanya sama ada terlalu ramai ataupun terlalu sedikit. Dalam kes terlalu ramai, begitu ramai yang mahu dengar pengsiian, tanpa disedari, anak-anak tidak dijaga baik, hingga mengganggu majlis. Bukan salahkan anak2, tetapi effort kita untuk menguruskan tarbiah aulad dengan baik. Mereka setiap kalinya datang ke daurah(sebulan sekali), hanya menghabiskan masa dengan ipad, games, berlari-lari, menangis dan makan, sy teringin sangat nak buat nursery dan didik anak-anak ini ketika ibu bapa mereka sibuk mendengar daurah. Sekali lagi, impian lebih besar dari kudrat yang ada.

Akhirnya, semakin banyak diskaun yang kita berikan buat deeNtee. Hujungnya tidak nampak, kenyataan kini pula makin kabur.

wallahu'alam.

Comments

Popular Posts