Tidak suka pembaziran

Tingkah laku kita yang sudah lama embedded dalam diri kadang-kadang kita tidak sedar rupa-rupanya boleh berubah, atau lebih menakutkan lagi, boleh bercambah.

Hohohohoho..... Bercambah?

Sejak dari kecil, saya memang tidak suka pembaziran. Biasanya, tentang makanan. Saya akan menjadi orang yang menghabiskannya. Walaupun, ibu saya suka menyimpan tapi instinct saya kuat mengatakan, makanan itu akan terbuang juga akhirnya selepas sehari dua menetap di dalam peti ais beku mahupun tidak beku. Hasilnya, dapatlah saya merasai duduk di dalam tubuh yang montel lagi comel ini. Yup, dalam erti kata lain, sedikit gemuk berbanding adik beradik yang lain. Owh, hakikatnya memang gemuk pun. Saya tidak kisah kerana dalam kegemukan ini, saya masih boleh mewakili rumah sukan dalam lumba lari.

Rupa-rupanya, sikap ini bercambah hingga ke bahagian-bahagian lain dalam sikap saya. Tanpa saya sedari, saya menjadi orang yang terlalu berkira dalam pembahagian bajet. Tidak kiralah saya ini bendahari terlantik mahupun melantik diri sendiri, saya amat berhati-hati dalam menyerahkan dan menyediakan bajet untuk sesiapa yang menghendakinya. Ketika di sekolah menengah, saya selaku bendahari terhormat rumah Emerald itu, siap dengan ledger dan setiap transaksi harus disertakan dnegan resit. Harus ada justifikasi, jika tidak, memang tanggung sendirilah pembelian itu. Hasilnya, di hujung tahun, kami masih memperoleh seribu lebih lagi untuk dibawa ke tahun hadapan. Itu belum kira duit di tangan cikgu. Baguslah kan akauntan yang kedekut dan sangat berhati- hati, tapi mungkin kurang digemari oleh inisiator yang mahukan hasil yang cepat walaupn terpaksa mengorbankan banyak duit. Saya bukan orang sebegitu.

Sikap ini terus berkembang dalam hal-hal pemberian hadiah. Saya memang suka sebenarnya memberi hadiah. Tapi, kerap kali saya kebingungan memilih hadiah terbaik untuk orang yang sesuai. Sebagai orang yang sangat sukakan buku, dan tidak nampak bagaimana buku itu tidak akan mendatangkan manfaat, maka, buku menjadi pilihan saya sebagai hadiah. Tidak kiralah hadiah hari lahir, perkahwinan, kelahiran baby baru, anniversary dll. Hanya ketika di UK, hadiah itu bertukar rupa berdasarkan permintaan specific adik2, abang, kakak, mak dan abah. Sekali lagi, hati terluka jua melihat, baju dan kasut yang dibeli tidak digunakan. Hanya menjadi perhiasan almari baju dan rak kasut. Ternyata saya amat kecewa melihat perkara itu. Sekalipun hadiahnya buku, bukan sekali dua saya melihat, buku itu disepah-sepahkan. Bagi saya, buku adalah satu-satunya bahan yang tidak layak untuk sesiapa perlekehkan, kerana di dalamnya ada ilmu. Sekiranya ilmu diletakkan di tempat yang hina, ertinya, orang tersebut menghina ilmu. Masakan boleh begitu? Tetapi itulah hakikatnya. Hingga saya menjadi begitu berkira-kira untuk menghulurkan hadiah yang tidak langsung habis i.e bukan makanan, kerana tidak mahu 'pidang berbuah dua kali'.

Yang akhir sekali percambahan sikap tidak suka membazir ini melekat kepada pemberian sesuatu yang intangile seperti kasih sayang, kepercayaan, dan kecintaan. Saya rupa-rupanya begitu berhati-hati dalam hal ini kerana bimbang pemberian itu tidak dihargai. Sesuatu yan intangible seperti ini, layaknya tidaka akan luak sedikit pun dalam hati, tidak mengambil kos apa pun dan tidak kira masa, ianya percuma dan letaknya dalam hati. Jadi mengapa begitu berkira? Kerana bimbang, ianya terbazir begitu sahaja. Pembaziran perasaan ini lebih teruk kerana ia tidak busuk mahupun buruk, tetapi boleh menyebabkan kita jatuh sakit. Fizikal kita sakit kerana soal hati dan perasaan. Orang yang terluka kakinya masih mampu bekerja jika dia tahu hanya dia yang boleh menyara keluarga. Hatinya jadi besar. Perasaannya jadi utuh. Dan dia seolahnya sihat sahaja. Namun, sakit dalam hati, boleh merenggut kewarasan minda, ketajaman akal dan kekuatan tubuh badan. Makin susut, makin lemah dan makin menderita. Sound so bad, huh?

Bukan mencari alasan kenapa begitu kaku dalam ukhuwah, malah ibarat berlakon dalam mesra dengan anak-anak usrah dan rakan2 seperjuangan. Cuma sesetengah manusia itu memang kaku dan kayu. Saya tidak bisa menrahsiakan apa yang terbuku dalam hati. Semua orang tahu menelah saya, membaca riak rubah air muka saya. Maka, saya tidak sembunyikan apa pun dari orang ramai. Apa yang saya rasa, sama ada saya ungkapkan atau tidak, air muka saya sudah menjelaskan segalanya.

Maka, tidak perlulah bertanya ini, "Awak okay? Nampak macam tak okay je ni."

Isnit  obvious?

Sebab tu saya suka jika pemberian itu only touch n go. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu tahu sama ada ianya digunakan atau tidak. Sebab saya memang bencikan P.E.M.B.A.Z.I.R.A.N.

Comments

Popular Posts