Kerat jari jika hidup kita sebegitu indah...

Jangan salah sangka. Hidup ini memang indah. Seindah pelangi selepas hujan. Seindah hijaunya daun di rimba. Seindah bunga di taman.

Cuma kerap kali saya mendengar keluhan dan komen mereka di sekeliling dengan mengatakan.

"Ada kawan saya dia tudung labuh.Pakai stoking dan selalu cakap pasal Islam. Beritahu pasal khalifah, hamba etc. Tapi dia pernah tipu. Contohnya, dia dapat result best, tapi dia kata result dia tak best."

"Harap jer akhwat, tapi x sensitif langsung. Kebersihan pun x jaga."

"Camne dia tak kisah jer. Kata ikut usrah, tapi perkara mudah camni buat buat salah."

"Kata belajar bahasa Arab, tapi tajwid Quran pun x betul."

"Kata if settle hubungan dengan Allah, akan settle hubungan dengan manusia. Solat,qiam semua mantop, tp, langsung xde perasaan!"

Ya, kita banyak mendengar ini dan sambil mengangguk-anggukkan kepala kita hampir setuju.

Ini satu sahaja saya ingin katakan.

Ada perkara, dengan tidak perkara itu, ia tidak akan berlaku.

Bak kata omputih, "to make an omelette, you need to break the eggs. But, it's not sufficient"

Bukan dengan syarat kita ini ikut usrah, kita ini bergelar akhawat, kita ini sudah mendengar pengisian dan menyampaikan dakwah itu, segala perkara akan settle. Akan jadi baik seperti sepatutnya. Dan seterusnya hati manusia itu terus menjadi sebaik hati burung.

Tidak!

Segalanya perlukan usaha. Ukhuwah, qudwah, tadhiyah, tsiqah dan taat - ada usahanya. Ada langkah-langkah ke arahnya seperti mana tabiat-tabiat yang lainnya.

Maka, jangan pandang sebelah mata dengan usaha menghubungkan silaturahim sesama manusia. Usaha memahami sensitiviti rakan kita dan memahami sensitiviti masyarakat. Begitu juga dalam pelbagai lapangan ilmu, tidak dek kita ini begitu pandai benar dalam matematik, probability equation dapat kita selesaikan dengan begitu sahaja. Setiapnya ada usaha, ada caranya.

Fikir-fikirkan. 

Comments

Popular Posts