The bosses aren't idiot

Seperti tajuk, che puan bos saya dan tuan muda bos kecil saya bukannya tidak bijak. Jauh sekali dari sifat itu, malahan mereka punya segulung ijazah sarjana dari dalam dan luar negara. Jika anda terjumpa mereka, pastilah semua orang akan menyukai mereka. Itu adalah fakta, bukan rekaan saya.

Ehem... Jadi masalahnya di mana dong? Hingga harus membaca buku - bos yang kurang bijak- bagaimana menghadapinya?

Perlu diingat manusia ini seringkali lari dari masalah. Selalu menyalahkan dan selalu juga meng'escape' diri sendiri. Susah nak mengaku salah dan susah nak mengaku kalah. Sekalipun salah dikatakan benar, sekalipun benar, tetap jua salah di mata mereka.

Saya begitu stress dengan kehadiran mereka berdua dalam hidup saya. Saya punya satu shield yakni Yang dipertua Bos Kecil saya yang akan pencen tahun hadapan. Sekalipun dia sering dibambu oleh Che Puan Bos Besar, dia kelihatan begitu tenang dan boleh bergembira. Sikapnya itu terlalu amat saya kagumi. Seakan dunia ingin kiamat, dia masih boleh tenang-tenang menanam biji kurma. Teringat tentang hadis ini...

Sebenarnya,kita selalu merungut dengan keadaan diri kita. Itu tak kena, ini tak kena. Rasa macam nak resign, nak cari kerja lain, nak cari department lain, nak ganti bos lain. Tapi, satu action pun kita tak ambil untuk merealisasikan impian kita tu. Yang kita dok sibuk setiap hari adalah menceritakan ketidak'perfect'an dunia sekeliling dan betapa tersepitnya kita di dalam situasi itu.

Hohoho..itu fe'el manusia kan?

Suka cakap belakang, suka mengomel dan suka mengumpat. Saya pun dah jadi sebahagian asam garam pekerja biasa yang takde kuasa ini.

Lantas setelah membaca satu belog kepunyaan somebody yang femes di alam realiti dan fantasi, saya terfikir... Dari saya dok memikirkan camne nak lari dari tempat kerja saya ini dan mula mencari kerja lain, lebih baik saya cari solusi untuk tenang-tenang aja di sini. Mana nak cari tempat yang bagi medical free, gaji sekian banyak, cuti tahunan pun agak lumayan dan rakan-rakan yang best (sekalipun ada yang x best sangat....) Cuma masalahnya bos yang seperti tajuk sahaja. Small matter lah. Paling-paling kena masuk bilik, marah tak sampai sejam. Pastu sekali sekala kena stay back, buat kerja-kerja rencam yang membuang masa, tenaga dan pecah otak. Serius small matter.

Walaupun banyak hari yang saya akan merangkak naik ke atas katil selepas Isyak, tempat kerja saya tidak seteruk saya sangka. Masih ramai lagi jiwa-jiwa yang menyeimbangi kehidupan mereka, yang masih hati dan perut, yang masih rasional dan berfikiran terbuka. Setakat dua orang yang sedikit keliru dengan kehidupan mereka sebagai orang di atas itu, apalah sangat. Hey!!! X sabar nak tunggu tahun depan. Tahun baru bererti cuti baru. Cuti baru bererti destinasi cinta yang baru!!!

Who's next? Where's next? What's next?

I can smell the freshness of after-cut grass kat pagar rumah sebelah. :)

P/S: Saya orang merdeka. Hanya hamba kepada yang Satu -Allah. Not even a gomen slave!

Comments

Popular Posts