muhasabah, muraqaba dan beberapa perkataan bermula dengan M

Hohohoho..........



Semalam naqibah memberi nasihat simple, dan mengingatkan kami untuk memuhasabahkan diri dengan 11 perkara yang disarankan oleh Syed Hawwa dalam bukunya yang bertajuk...(saya lupa).

Bila masa tidur sudah pun terlajak, dan terlalu banyak perkara yang mahu difikirkan, maka keupayaan untuk lelap itu menjadi 1% sahaja. Terkedip-kedip dalam keadaan cemas, bingung dan dalam masa yang sama gembira.

Sejak akhir-akhir ini, usrah itu menghidupkan dan membahagiakan. Nikmatnya bisa melenyapkan kekeringan hati dan kepedihan jiwa dek situasi pejabat yang mencengkam.

Cuma, sejak akhir-akhir ini juga, saya memuhasabah diri, dakwah pada adik-adik tersayang, pada mad'u di kolej-kolej cemerlang, pada rakan seofis, pada jiran(yang ni sangat fail!!!) dan juga pada famili yang jauh di timur sana.

Saya cenderung untuk mengutamakan famili dalam setiap keputusan dan boleh saya katakan saya sanggup bertongkah arus untuk memenuhi tuntutan mereka. Setiap kali pulang, memang masa saya hanya untuk mereka.

Seakan sudah kecewa barangkali dengan hasil yang ada, saya berasa begitu sedih sekali. Memandang diri yang sudah tidak layak dan seakan tidak mampu mendokong dakwah ini lagi.

Namun, setiap kali saya berkata pada jiwa saya, setiap kali itulah ada suara yang memangkah-"Hey, kekuatan dan kehebatan itu Allah yang beri. Bukan sedikit pun sebab kita. Jadi tidak berusaha sehabis baik dan serahkan padaNya?"

Kadang-kadang saya terasa ingin ke Palestin, menumpahkan darah ini di sana, mungkin syahid di sana. Gambaran imaginasi biasanya indah. Indah seperti gambaran syorga, cuma realitinya pahit dan hitam. Ada suara lain pula mengatakan ini,"Allah telah memilih orang yang sebaiknya di pos-pos dan di setiap pertanggungjawaban. Tinggal kita untuk tetap teguh dan berusaha di sana."

Waduh, senang bicara dari membuatnya. Pos-pos yang kupikul sekarang bukan main hebat beratnya...untuk aku.... Walaupun kelihatan rakan usrahku yang begitu maju sekali larian dakwahnya, tenang sekali bicaranya dan ceria sekali senyumannya. Owh, pagar sebelah memang kelihatan hijau rumputnya.

Jom tutup cerita malas, mandom, marah dan segala M....

Kita buka cerita action, awesome, agreeable, awwww.... awak memang cantik hari ini :)





Comments

Popular Posts