Siapa kata jalan ini mudah dan pendek?

I blog with BE Write

None.


Tiada siapa yang mengatakan jalan dakwah ini pendek mahupun mudah. Dakwah itu mudah. Dakwah itu susah. Melalui pelbagai benua mencari hakikat perjuangan yang tidak pernah henti ini mengajar saya erti sebenar jalan ini. Benarlah kata orang apabila jalan ini tidak ditaburi bunga-bunga dan karpet merah. Namun, jalan ini penuh ranjau dan duri. Adakala kita terpijak, menangis menahan kesakitan. Kita bersendirian menahan sendu dan kadang-kadang kita tewas dengan air mata sendiri.

Sepintas lalu, perjalana ke New York atas dasar kerja ternyata membebankan hati saya. Kerja dakwah 24 jam walaupun tiada pengisian yang mengisi hati. Mutabaah amal dilakukan sendirian, aduan dan sedu sedan saya sendirian. Mengadu pada Allah agar bisa diberi kekuatan untuk tidak terus leka dengan dunia. Berhari-hari saya sibuk bersembang dengan ahli ekonomi, ahlul back ofis setiap negara, bercerita penuh perhatian untuk menyelesaikan masalah kami. Hal menjadi begitu kompleks hingga saya tenggelam dalam perbicaraan tentang dunia dan lemas di dalamnya. Kasihan juga melihat teman saya yang not yet a muslim, hanya sibuk dengan email pejabat sedangkan saya sibuk mereply email berkaitan dnt dan sibuk menengok fb anak-anak usrah untuk memastikan mereka ok. Begitu sibuk dengan mengupdate rerakan tentang dnt dan juga sibuk menegur orang sana sini untuk dnt ini. Sedangkan teman saya itu begitu khusyuk membaca email dari bos dan mereply sebaik mungkin. Dia ternyata lebih cepat ingin pulang dari saya. Sehari-hari, kami ahli konferens bertegur sapa, bertukar pendapat dan bermesra atas dasar hubungan sesama ahlul bank setiap negara. Hubungan itu, hubungan yang nipis. Ianya P.L.A.S.T.I.K! Tidak dapat saya tahan untuk tidak bersua muka dengan Pakcik Tim kerana layanan dan sikapnya yang jelas tidak sincere-ada saja udang di sebalik batu. Mungkin pada perasaan saya sahaja, namun, saya memilih untuk tidak merosakkan mood sepanjang hari. 
















Sampai satu masa, saya menangis di dalam hati kerana perbicaraan saya sehari-hari hanyalah tentang dunia. Tidak saya nafikan saya semakin pakar dan semua market updates berada di hujung jari. Semua perkara tentang ekonomi dunia berada di dalam kepala dan begitu mudah ingin memulakan bicara pertama dengan rakan-rakan sebelah. Semuanya tentang dunia begitu arif. Namun, hati saya tidak tenang. Tidak pun teruja dengan perkara itu dan merasa begitu pelik sekali. Saya jelas menyampah bila video perbicaraan saya berulang di depan mata saya. Ternyata perasaan itu amat tidak selesa. Mujur Allah mengurniakan kebaikan hati dua orang teman dari New Jersey untuk bersama-sama Jumaat yang indah itu. Kami melawat Central Park dan jujur saya katakan, itulah yang terindah dalam perjalanan seminggu itu. Itulah pengubat jiwa saya yang benar-benar sakit dengan dunia ini.

Pusing-pusing NY seterusnya hanyalah melawat dinding-dinding tidak bernyawa. Andai mereka boleh berkata-kata, pasti lawatan itu akan lebih menarik lagi. Selain dari bangunan kaku dan lautan manusia yang pelik, saya tidak menjumpai apa-apa selain kebosanan dan sakit kaki. Ingin pulang, terlalu awal kerana kami menumpang di rumah seorang kawan sekerja yang tidaklah rapat tetapi cukup baik menumpangkan kami semalaman. 

Berat untuk saya katakan, tetapi percutian di New York itu tidaklah mengembirakan malah langsung tidak saya jumpai satu pun perkara yang menarik selain keunikan Grand Central Terminal . Orang kata, NY  itu is OVERRATED!!! Saya mengharapkan perjalanan selepas ini lebih baik....

End of eposidethree which is not cool at all.

After this, 'once in West Lafayette'


I blog with BE Write

Comments

Popular Posts