Pencacai tua, seorang guru muda...

Pencacai tua, seorang guru muda


Kelihatan seorang tua menguakkan sampah-sampah yang dikumpulnya. Satu per satu diselidiki, ada yang dimasukkan ke dalam beg guni , ada yang ditinggalkan untuk diuruskan kemudian. Barang-barang buangan yang boleh dijual memenuhi beg guni tersebut. Sesekali dia menyeka peluh renik yang mengalir dengan lengannya. Panas terik mentari menyatakan dia harus berhenti seketika untuk berehat sebelum meneruskan kerja.

Lelaki tua itu bernama Ali. Mungkin jika dirinya di kampung-kampung, panggilan Pak Ali akan melekat padanya. Dia pencacai. Pencacai tua di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Kota yang menjanjikan rezeki buat sesiapa yang berusaha. Bukan, rezeki buat sesiapa yang dikehendaki Tuhan. Bagi Ali, menjadi pencacai itu adalah kerja sehariannya untuk mencari sesuap nasi setiap hari.

Ketika berehat di tepi jalan Tunku Abdul Rahman yang sibuk itu, dia melihat ramai pengunjung yang berpusu-pusu menjenguk kedai-kedai pakaian yang berderetan di tepi jalan tersebut. Suasana hingar bingar tidak menjejaskan panaroma indah yang dia nikmati setiap hari. Kadang-kadang telinganya sudah lali dengan bunyi-bunyi muzik dan kenderaan sehingga bunyi-bunyi itu ibarat halwa telinga setiap hari. Pemandangan itu juga kadang-kadang diselang selikan dengan drama sebabak pengunjung sekitar itu.

Selalu ada manusia yang bertali leher, bercakap di telefon bimbit, memaki hamun dan hampir-hampir telefon tersebut remuk digenggamnya. "Kecewa dengan deal yang dibuat barangkali", fikir Ali dalam hati. Di sebelah barat jalan itu pula, kelihatan pasangan suami isteri sedang berpimpinan tangan-mesra. Ali tersenyum sendiri, jika arwah Anisa masih hidup, pasti mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Namun, kisah kehidupannya tidak begitu bernasib baik. Isterinya, Anisa, meninggal dunia kerana barah hati yang hanya sempat dikesan 2 bulan sebelum kematiannya. Sudah tiada apa lagi yang tinggal melainkan seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun. Anaknya, Zakri, telah dididik dengan pendidikan yang serba sempurna sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang berjaya. Malah, hidup anaknya itu menjadi lebih sempurna apabila memiliki seorang isteri yang cantik, Zaleha Dato' Amin. Zaleha seorang wanita bekerjaya yang cemerlang, anggun dan menarik perwatakannya. Memang sesuai dengan Zakri yang agak kacak kerana mengikut keturunan isterinya yang sedia cantik.

Kehidupan Ali juga baik sebelum dia mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia koma beberapa bulan. Setelah pulih, dia mengalami hilang ingatan dan terpaksa dijaga oleh Zakri dan isterinya, Zaleha. Oleh kerana hilang ingatan, Ali bersikap seperti budak-budak ya g terpaksa dilayan seadanya oleh Zaleha.

Sesekali timbul rungutan dari Zaleha, "Abang, ayah awak tu, suka sangat sepah-sepahkan makanan. Klau keluar rumah tu, bukan tahu nak pakai selipar ke kasut, habis karpet rumah kita kotor dengan pasir lumpur dari luar. Entan terpijak tahi kucing lat luar tu, siapa tahu..."

Rungutan Zaleha itu tidak diambil pusing oleh Zakri pada mulanya kerana Ali sebenarnya dijaga oleh pembantu rumah mereka, Ibu Yanti, namun, sejak Ibu Yanti bercuti, banyak perkara tidak dapat dijaga dengan baik oleh pengganti pembantu rumahnya itu. Pengganti ini seorang yang muda dan tidak berpengalaman, menyebabkan rungutan Zaleha semakin kerap dan menyakitkan hatinya. 

Rupa-rupanya segala perbualan antara Zakri dan isterinya, didengar jelas oleh Ali. Ali merasakan dunianya sempit, seolah-olah dirinya tidak diperlukan lagi di dunia ini. Kesal juga dalam hati kerana dia hanyalah seorang manusia yang memerlukan kehidupan normal seperti orang lain. Bukan pintanya untuk dia menjadi begitu, malahan dia merasakan atur cara kehidupan sudah bertambabh baik. Dia boleh makan sendiri, ke bilik air sendiri, tidur pada waktunya dan sudah boleh membaca sedikit. Dia ternyata sangat kecewa dan ingin keluar dari rumah anaknya dengan secepat mungkin.

Ali tahu Zakri tidak akan sanggup membuangnya, tetapi dia sangat arif dengan pepatah melayu yang berbunyi, 'Habis madu, sepah dibuang'. Sebelum anaknya sendiri yang amat dia kasihi itu mengusirnya, lebih baik dia yang mengundurkan diri. Malah, pada firasatnya, hidupnya tidak mungkin menjadi lebih baik, berbanding kehidupan anak cucunya yang mempunyai masa depan yang lebih panjang. Senyap-senyap pada tanggal 16hb Mei 2002 itu, dia meninggalkan rumah anaknya. Berbekalkan selipar tua, beberapa helai pakaian miliknya, sebotol air dan sedikit makanan, dia meninggalkan rumah besar Zakri.

Setelah itu, hiduplah Ali sebaang kara. Rumahnya beratapkan langit dan beralaskan bumi, sekali sekala berdindingkan kotak buat penghalang hujan dan ribut. Setelah bekalannya habis, dia mula mengutip tin-tin kosong dan barang buangan seperti besi setelah melihat seorang apek cina yang mengusung kereta sorong penuh dengan barangan tersebut. Diikutnya sehingga ke kedai yang membeli barangan tersebut, dan kini itulah punca pendapatannya. Dia malu untuk mengemis kerana dia masih ingat di kala dia sedang berehat di tepi tangga, ada seorang pemuda menghulurkan RM50 dan memegang tangannya seraya berkata, "Pakcik, saya tidak salahkan pakcik untuk mengemis, tetapi letaknya beban kesalahan ini pada saya, orang yang boleh mengubah sistem. Maafkan saya tidak dapat membantu pakcik sangat, tapi akan saya pastikan kesilapan ini akan berubah. Saya janji!" 

Kejap tangannya menggenggam jari jemari Ali. Pemuda itu merenung jauh ke dalam mata Ali dan setelah berpuas hati dengan anggukan lemah Ali, dia bergegas berjalan kembali menuju destinasinya yang sebenar. Janji itu seakan terlalu utopia, tetapi dalamnya pandangan pemuda itu menyakinkan Ali, dia juga akan terus berusaha dengan caramya sendiri. Dia bertekad tidak akan mengemis!

Maka, dia kekal hidup dengan mengutip sampah dan mencari barang-barang yang boleh dijual. Hari bergantu hari, Ali mencari tempat berteduh di bawah jambatan pula. Sekurang-kurang dia mampu berteduh dari panas matahari dan juga mengelakkan terkena basah hujan yang sememangnya lebat di Malaysia ini. Kehidupan tidaklah semakin baik apabila dia semakin jdah dijangkiti demam dan selesema apabila musim hujan berganti panas dengan tiba-tiba.

Sekalipun Ali kelaparan mahupun sakit, dia tidak pernah mencuri. Walaupun banyak kali usahanya memulangkan kembali dompet yang dijumpainya selalu berakhir dengan dia disalahkan dengan tuduhan mencuri, dia tidak pernah serik. Dia tiada dokumen identiti diri, malah bila ditanya, dia sendiri tidak ingat di manakah rumah Zakri, dan dia sengaja mendiamkan kewujudan anaknya itu, kerana dia tahu Zakri seorang arkitek muda yang sudah terkenal, jika disebut nama, pastinya orang akan tahu siapa. Sekurang-kurangnya dia akan direman sehari dan esoknya akan dilepaskan kerana tiada bukti. Dia jujur dan setia. Setia memulangkan barang-barang yang menjadi kepunyaan orang lain-dari telefon bimbit, dompet mahupun cincin emas bertatahkan permata. Ini kerana dia tahu, barang-barang tersebut bukan barang buangan, ia adalah milik seseorang. Malah, kerana kejujurannya itu, pihak polis kini tidak lagi memasukkannya ke dalam lokap kerana tahu dia hanyalah seorang pencacai.

Kini, 10 tahun berlalu dari tarikh dia keluar dari rumah Zakri. Pada tanggal 16 Mei ini, Ali masih ingat, ketika dia baru mendapat gaji pertama setelah bergelar seorang pekerja bank, dia melawat gurunya di sekolah lama. Dalam pertemuan guru dan anak-anak muridnya, Ali dan rakan-rakannya bangga menyebut perkerjaan mereka satu -persatu. Pada firasat mereka, gurunya itu pasti berbangga dengan kejayaan anak-anak muridnya yang kini sudah bergelar doktor, jurutera, pekerja bank sepertinya dan juga ada yang menjadi guru. Namun, guru muda dihadapan mereka itu dengan penuh bersungguh bertanyakan rakan-rakan mereka di kelas akhir. Ali dan rakan-rakanya kaget, tidak tahu apa yang hendak dijawab kerana mereka sendiri kurang pasti apakah nasib rakan-rakan yang lain. Pada fikiran Ali, mungkin rakan-rakan dari kelas akhir itu segn berjumpa dengan Cikgu Shuaib kerana mereka barangkali masih belum mendapat kerja mahupun tidak dapat pekerjaan yang baik kerana keputusan SPM yang tidak cemerlang. 


Dalam keadaan yang terpinga-pinga itu, dengan tenang Cikgu Shuaib berkata, "Cikgu tak harap anak-anak(murid)  cikgu menjadi doktor, jurutera ataupun bekerja di syarikat-syarikat besar.  Yang cikgu harapkan, anak-anak cikgu ini jujur dalam kerjanya. Kalau semua jadi orang-orang besar, siapa nak buat kerja-kerja kotor? Siapa yang nak bersihkan tandas, nak kutip sampah... Tuhan jadikan kita berbeza-beza supaya ada yang boleh membuat semua kerja tu. yang penting semua orang jujur, sebab kalau pangkat besar pun, tapi tak jujur, cikgu pun taknak mengaku dia anak murid cikgu."

Semua terlopong mendengar kata-kata guru muda itu. Ingin sekali Ali berjumpa gurunya itu untuk mengatakan, "Cikgu, saya pencacai jer, tapi cikgu akan mengaku saya anak murid cikgu kan?"


Air mata separa meleleh membasahi pipi....

Comments

arissa myana said…
pergh kakk.. ni leh challenge faisal tehrani ng hilal asyraf ni hehe :)


Allah huAkbar... kitaran hidup ni sangat aneh kan?
tetapi Tuhan tidak pernah zalim dn above all, utk list down kn semua rahmat dn nimat Dia, mmg bottomless.

selamat hari guru :) moga Allah teguhkn langkah kakak sampai ke jannahNya, amiin :)
Hoho..tiba2 dpt idea nih...actually ayat last tu mmg cikgu betul2 ckp kat kami... So, celok dr pengalaman sendiri. InsyaLlah dik, kita usahakan sama2. Menuju jannahNya yang kekal abadi...

Popular Posts